6 Tips Nak Ambil Gambar Cantik Macam Profesional Tapi Guna Smartphone

Semua orang tengok je gambar nampak cantik terus keluarkan perkataan "wah lawa betul gambar ni" tapi tak tahu kenapa gambar ni lawa. Semuanya ada sebab dan teknik yang tersendiri yang ingin dipaparkan oleh jurugambar dalam memastikan gambar mereka disukai. Tapi sebenarnya yang bukan professional photographer pun boleh jugak nak ambil gambar cantik-cantik! Guna henfon yang ada tu jer pun boleh dah.

Jadi ini kami nak kongsikan 6 tips nak ambil gambar cantik guna henfon. Henfon cap ayam pun takpe, janji orang di belakang camera tu pandai ambil gambar. Semua gambar-gambar ini kami shoot guna henfon sahaja.

1. VARIASI ANGLE 

Kalau tengok gambar ni, terus mata kita tertancap kat KLCC tu kan.. Ada banyak cara nak ambil gambar KLCC tapi variasi angle yang kita guna membuatkan gambar itu jadi lebih menyerlah dan berbeza.

Macam dalam gambar ni, cikgu Harraz gunakan tingkap sebagai framing. Bila kita nak ambil gambar, cuba fikirkan cara untuk hasilkan gambar yang kreatif. Jangan ambil gambar eye level - boring. Nanti dalam kelas kita explain lagi angle apa yang ada dan boleh kita guna pakai.

2. GUNA PENCAHAYAAN SEMULAJADI 

Pastikan arah cahaya, kawal pencahayaan dalam gambar. Sebenarnya ambil gambar under exposure lebih baik dari over exposure sebab nanti masa edit kita boleh cerahkan gambar tu. Bak kata cikgu Syibli, gambar yang gelap boleh dicerahkan. Gambar yang terang, terang selamanya.

Gambar kita boleh menjadi secantik DSLR dengan memahami kualiti cahaya ketika kita mengambil gambar. Dan cahaya yang cantik untuk ambil gambar adalah ketika Golden Hour dan Blue Hour.

Gambar ni kami shoot guna henfon jer, tapi sebab cahaya pada ketika itu tengah cantik, jadilah biasan seperti dalam gambar.

3. FRAMING 

Framing ni pula ialah pembingkaian dalam fotografi. Tujuannya ialah untuk menarik fokus kepada subjek di dalam foto dengan menyekat bahagian gambar yang lain dengan penggunaan objek/subjek di lokasi bergambar. Framing ini jugak boleh diletak di tengah gambar atau di pinggir/tepi. Nanti bila nak ambil gambar, boleh gunakan pokok bunga atau pun tingkap yang ada kat rumah tu.

Macam dalam gambar ni, kita jadikan bunga-bunga pink itu sebagai framing kepada subjek utama.

4. REFLECTION 

Komposisi yang mudah juga untuk dipraktikkan ialah reflection. Reflection ni digunakan ketika kita menggunakan permukaan yang boleh beri kesan reflection seperti cermin, tasik, dan air takungan. Pendek kata, apa saja permukaan yang berkilat boleh dijadikan sebagai reflection dalam gambar kita. Kalau kat rumah, boleh gunakan cermin sliding door, cermin tingkap, atau pun kita boleh buat takungan air kecil di laman rumah.

5. JANGAN GUNAKAN FUNGSI ZOOM 

Kebanyakan henfon bila guna fungsi digital zoom gambar jadi pecah dan blur. Kualiti gambar menurun dengan sangat banyak dan teruk.

Jadi seeloknya bila nak ambil gambar, dekatkan camera henfon kepada subjek kita. Pastikan pencahayaan cukup supaya kualiti gambar kita tip top ya.

6. BERSIHKAN LENS CAMERA SMARTPHONE 

Ramai yang terlepas pandang bab ini, biasanya kita keluarkan fon dari poket terus bukak kamera dan snap. Tapi sebetulnya kita perlu bersihkan lens dulu supaya tak ada habuk atau minyak yang mengganggu gambar kita nanti. Guna kain lembut ya semasa nak bersihkan lens nanti bercalar pula lens camera henfon kita.

Nak belajar ambil gambar guna henfon dgn kami pun boleh. Kalau belajar edit gambar sekali kami nak bagi harga special. Atau dah belajar ambil gambar dan edit ni, nak try jual gambar online pun boleh jugak. Di bawah ni PAKEJ COMBO yang tengah on going sekarang. Boleh klik jer mana-mana gambar ni untuk grab PROMO yang sedang berlangsung ketika article ini ditulis. Henfon pula tak kisah guna henfon jenis apa, semua boleh join dan belajar. Android user boleh, iOS pun boleh.  

A) PAKEJ FOTOGRAFI

PAKEJ FOTOGRAFI

B) PAKEJ KAKI FOTO LANSKAP

 

C) PAKEJ PHOTO EDITING

 


Related Posts

Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Gambar oleh Ugur Akdemir Rujukan untuk blog kali ini dipetik daripada laman web rasmi Nikon USA. Kepada pemula fotogr...
Read More
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
Buat mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan smartphone, pasti perlukan aplikasi yang cepat dan mudah untuk me...
Read More
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Bagi penggemar fotografi di luar sana, pasti sudah faham dengan terma digital noise. Ia adalah salah satu perkara yan...
Read More

Filter
6 Tips Nak Ambil Gambar Cantik Macam Profesional Tapi Guna Smartphone - Saiful Nang Academy
6 Tips Nak Ambil Gambar Cantik Macam Profesional Tapi Guna Smartphone - Saiful Nang Academy