5 Cara Bagaimana Nak Memilih Kamera Smartphone Yang Berkualiti

2022 dah masuk bulan ke 2, ada ke yang berazam nak upgrade koleksi smartphone tu? Boleh baca lanjut untuk tambahan ilmu tentang smartphone dan elak ditipu peniaga.

Iphone 13 dah berada di pasaran negara kita baru-baru ni. Ia telah dilancarkan pada 15 September yang lepas. Dan seperti yang dijangka sambutan memang menggalakkan daripada peminat-peminat jenama ini. Apa faktor yang menyebabkan jenama iphone digilai ramai?

Ada yang mengatakan kualiti kamera iphone superb, gambar cantik dan jelas, tak macam kamera smartphone yang lain. Sejauh mana kebenaran statement ni?

Kami di sini tidak berniat untuk membandingkan jenama smartphone di Malaysia. Tapi kami hanya ingin berkongsi 5 cara bagaimana memilih kamera smartphone yang betul-betul berkualiti dan menjadikan gambar korang best dan cantik. Tak kisahlah sama ada korang pakai jenama iphone ataupun android.

  1.  Saiz Sensor Kamera

Semakin besar saiz sensor sesebuah kamera smartphone, semakin banyak cahaya dapat ditangkap. Dan semakin banyak cahaya, semakin cantik dan jelas gambar. Walaupun kita mengambil gambar pada waktu malam sekalipun, kamera kita masih boleh mengambil gambar dengan baik disebabkan oleh kemampuan untuk menangkap cahaya.

Nak tahu saiz sensor kamera dekat smartphone kita tak susah. Tengok je pada spec kamera. Selalunya dia tulis seperti 1/1.7”, 1/1.2”, 1/1.5” dan sebagainya. Jadi antara 1/1.7” dan 1/1.2” mana yang lagi besar sensor dia? Untuk bacaan sensor kamera, makin kecil nombor tu makin besarlah sensor dia. Jadi susah tentu 1/1.2” lagi besar berbanding 1/1.7”

 

  1. Lens Kamera

Lens kamera juga memainkan peranan cukup penting dalam penghasilan gambar. Nak check lens kamera smartphone, kita boleh tengok juga dekat spec kamera. Selalunya dia akan tulis 26mm, 50mm, 150mm dan sebagainya.

Untuk smartphone yang ada lebih dari 1 lens, kita akan nampak berbagai-bagai saiz lens yang ditawarkan. Dan lens ni juga dibahagikan kepada macam-macam jenis. Antaranya wide lens, ultrawide lens, telephoto dan macam-macam lagi.

So, apa fungsi lens ni? Lens ni fungsi dia adalah untuk menunjukkan focal length kamera. Mudah cerita, semakin kecil nombor lens tu semakin wide gambar yang kita akan dapat. Kalau nombor lens tu besar seperti 70 mm atau 100mm, maka yang terhasil adalah gambar jenis telephoto.

 

  1. Megapixel

Ni part paling best bila cerita pasal kamera smartphone. Ramai orang menyangka semakin besar megapixel sesuatu kamera semakin cantik gambar yang diambil. Sebenarnya bukan macam tu. Saiz megapixel ni hanya untuk memastikan detail dan kejelasan gambar je.

Contoh, lagi besar saiz megapixel, lagi jelas gambar yang dihasilkan. Pendek kata, bila nak print gambar dia tak akan pecah. Tapi dari segi warna, kecerahan gambar, dynamic range dan sebagainya, saiz megapixel dekat kamera sama sekali tidak ada kaitan.

Jadi, belilah smartphone dengan saiz megapixel yang bersesuaian untuk kegunaan kita. Ada ketikanya, kamera yang mempunyai 12 megapixel lebih cantik gambarnya berbanding dengan kamera yang mempunyai 40 megapixel.

 

  1. Camera Features

Kebanyakan smartphone sekarang menawarkan features yang menarik untuk model diorang. Antaranya seperti HDR, auto focus, night mode dan sebagainya. Jadi lagi banyak features yang ditawarkan, lagi bagus untuk penghasilan gambar.

Ada sesetengah model smartphone, dia letakkan gimbal kamera untuk camera features dia. Memang mantap. Sebab yang bestnya bila kita ambil gambar sambil berjalan pun gambar kita tak kan bergegar.

 

  1. Chipset & Processing Hardware

Kamera smartphone sekarang ni boleh kata hampir 100% gunakan internal hardware untuk proses gambar. Sebab tu untuk sesetengah model smartphone, bila ambil gambar auto cantik je. Semuanya disebabkan oleh teknologi AI yang telah dipasangkan di dalam smartphone tersebut.

Buat masa ini, kebanyakan smartphone menggunakan Snapdragon sebagai chipset untuk model mereka. Ada juga sesetengah model yang gunakan Mediatek. Bagi kami, kedua-dua chipset ini adalah yang terbaik dan bagus. Chipset yang lain juga bagus, tetapi ia bergantung kepada jenis model smartphone dan penggunaannya.

Smartphone sekarang semakin canggih. Antara kelebihan smartphone ini adalah boleh masuk dalam poket saja dan yang paling best, mudah dibawa kemana-mana. Boleh dapat momen yang menarik pada bila-bila masa. 

 

 

Kalau ambil gambar, kita pun susah nak bezakan gambar yang diambil menggunakan smartphone atau kamera DSLR. Dengan adanya tambahan ilmu shooting dan editing, foto dah boleh setanding pro. Tambah berbaloi apabila gambar dari smartphone kita, boleh digunakan untuk jana pendapatan.

Kami nak kongsi ilmu dalam kelas-kelas online ini. Selepas pendaftaran berjaya, boleh ikuti kelas online secara live dan / atau rakaman dalam tempoh 1 bulan bermula tarikh daftar. Jadual kelas-kelas terdekat :

SABTU | 12 FEBRUARI 2022
9.00am - 12.00pm Smartphone Photography
2.00pm - 5.00pm Smartphone Photo Editing
AHAD | 13 FEBRUARI 2022
9.00am - 12.00pm Smartphone Landscape Photography
10.00am - 11.00am (Sesi Live Q&A) Fotowang

 

Sertai pakej fotografi yang kami sediakan mengikut kesesuaian. Klik link di gambar untuk pendaftaran.

 


Related Posts

Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Gambar oleh Ugur Akdemir Rujukan untuk blog kali ini dipetik daripada laman web rasmi Nikon USA. Kepada pemula fotogr...
Read More
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
Buat mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan smartphone, pasti perlukan aplikasi yang cepat dan mudah untuk me...
Read More
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Bagi penggemar fotografi di luar sana, pasti sudah faham dengan terma digital noise. Ia adalah salah satu perkara yan...
Read More

Filter
5 Cara Bagaimana Nak Memilih Kamera Smartphone Yang Berkualiti
5 Cara Bagaimana Nak Memilih Kamera Smartphone Yang Berkualiti