3 Tips Untuk Pastikan Gambar Kita Upload Lulus Di Shutterstock

Kami pasti mesti ramai yang mengalami masalah sama seperti salah seorang peserta kami yang ini: 

Okay tak apa, kami kongsikan di sini apa antara sebab gambar kita kena reject oleh Shutterstock.

1) NOISE 

Noise tu apa? Noise tu mudah kata macam ada bintik-bintik hitam di gambar kita. Macam mana nak ambil gambar tanpa ada noise? 

Pastikan kita ambil gambar yang mempunyai pencahayaan yang cukup; di tepi tingkap, luar rumah, bawah porch, bawah cahaya matahari contohnya. 

2) FOCUS

Selalunya ni isu tangan gegar bila ambil gambar. Kadang kita tak perasan tapi bila tengok betul-betul, sebenarnya ada beberapa part di gambar itu yang tak focus. Focus ni penting barulah gambar kita jadi sharp. Cara nak ambil gambar yang ada Focus; di camera henfon kita tu, kita click lama-lama di screen dan nanti akan keluar AF Lock, dan kemudian baru kita ready untuk shoot.

Jika tak faham, boleh masuk kelas Smartphone Photography Sabtu ni nanti kami tunjukkan caranya. Klik gambar di bawah. Ada pakej daftar 2 kelas dapat RM100 dan daftar 3 kelas dapat RM150. Penjimatan sehingga RM60. Boleh pilih nak masuk kelas yang mana satu ya. 

3) SALAH UPLOAD

Gambar kategori editorial tapi pergi upload di bahagian commercial, memang confirm gambar kita kena reject dengan reviewer. Sebelum nak upload gambar, pastikan kita tahu dulu gambar tu jatuh di bawah kategori yang mana satu. Nak upload gambar editorial pun ada teknik dia tau, tak sama dengan commercial. Nanti dalam kelas kami terangkan dengan lebih jelas mengenai ini. 

Bagi yang belum masuk kelas, tapi berminat nak belajar cara jual gambar secara online, boleh klik gambar di bawah ni. Boleh dapat harga discount sehingga RM60.. Ilmu pula boleh diguna pakai sampai bila-bila dan video kelas pun boleh ulang tengok banyak kali sampai faham dalam masa 2 bulan. 

 

Ini pula testimoni peserta kita yang dah berjaya jual gambar di serata dunia. Tak perlu pening-pening kepala pun nak keluar pergi shoot, sebab mereka ni semua ambil gambar barang-barang sekeliling dalam rumah dan ketika keluar buat urusan harian je..

Gambar telur pindang ni mencatatkan jualan TERTINGGI setakat ini dalam 1 transaksi bagi bekas peserta kelas kami setakat ini. Beli telur tak sampai pun RM20, tapi pulangannya nak sampai RM200 dalam 1 transaksi! Kami pun gembira bagi pihak beliau.

 Tahniah semuanya. Ramai lagi sebenarnya yang dah berjaya menjual gambar mereka. Boleh sertai support group kami di Telegram Gerakan PhotoSunday dan group 2 hala kami di Telegram Sahabat PhotoSunday.

Best kan! Kalau dulu lepas masak terus panggil keluarga makan. Sekarang ni sebelum panggil mereka makan, kita ambil gambar dulu. Dulu pergi pasar beli barang terus balik, sekarang kita ambil masa seminit dua untuk ambil gambar sikit. Rezeki siapa yang sangka kan, gambar ubi kentang pun ada yang beli. 

Jom lah belajar fotografi dengan kami Sabtu ni. Kelas best and berbaloi dengan rakaman selama 2 bulan. Consultation percuma juga kami berikan di dalam Telegram group kami. 

Nak belajar, boleh klik sahaja "Add Selected To Cart" di bawah.


Related Posts

5 Instagrammable Hotspot Di Selangor
5 Instagrammable Hotspot Di Selangor
Beberapa minggu lepas, kerajaan telah mengumumkan yang Pelancongan Dalam Negeri Yang Sama Kini DIBENARKAN termasuklah...
Read More
AWAS! Jangan Tertipu Dengan Scam Jual iPhone Terlajak Murah
AWAS! Jangan Tertipu Dengan Scam Jual iPhone Terlajak Murah
Baru-baru ini tular di dalam Facebook group Malaysia iPhone Users mengenai satu sponsored ads penjualan iPhone dengan...
Read More
10 Gambar Travel Kami Yang Berjaya Dijual Dalam Nilai US Dollar Secara Online
10 Gambar Travel Kami Yang Berjaya Dijual Dalam Nilai US Dollar Secara Online
Nak travel tak boleh, yang boleh buat kita throwback jer lah. Kadang tu di Facebook macam-macam posting berantai yang...
Read More

Filter
3 Tips Untuk Pastikan Gambar Kita Upload Lulus Di Shutterstock - Saiful Nang Academy
3 Tips Untuk Pastikan Gambar Kita Upload Lulus Di Shutterstock - Saiful Nang Academy