10 Gambar Travel Kami Yang Berjaya Dijual Dalam Nilai US Dollar Secara Online

Nak travel ada yang masih ada sekatan walaupun ada yang dah boleh, tapi yang tak ada siapa nak halang adalah kalau kita nak buat throwback dengan gambar-gambar zaman boleh travel sepuasnya. Itu yang kadang-kadang tu di Facebook macam-macam posting berantai yang ada semata-mata untuk upload gambar travel. Hehe. Mengimbau memori lah katakan.

Dah alang-alang nak buat throwback tu dan terkenang-kenang best nya waktu kita pergi travel tu, boleh juga gunakan gambar-gambar tu untuk jual di stok foto online. Kalau nak tahu, gambar-gambar travel kita tu ada demand dan lagi best -- jual beli dalam nilai US Dollar. 

Nak kata boleh kaya kalau jual gambar di stok foto ni tidaklah, tapi boleh la kalau nak dijadikan sebagai pasif income waktu pandemic ni. Dari tersimpan dalam henfon memberatkan space, baik lah jual kan. Dapat juga duit. Kalau upload di Facebook dapat Likes jer.. Ni kami kongsikan beberapa keping gambar travel cikgu Syibli yang dah berjaya dijual di Shutterstock.


Gambar ketika di Cameron Highland


Gambar feri di Penang. Gambar legend ni sebab sekarang perkhidmatan ini akan ditamatkan dan akan digantikan dengan servis  bot laju.

Gambar di Sarawak
Jangan bazirkan gambar-gambar travel yang ada dalam simpanan kita tu. Rugi. Baik jual online dapat juga dapat duit. Boleh la nak menabung utk sambung travel bila border dah buka nanti.


 Gambar di Gili Trawangan, Lombok Indonesia. Gambar ni sekeping dibeli dengan nilai 25 sen USD.

  
Gambar Taj Mahal, India


Gambar di Tasik Taiping, Perak. Sudah ada 6 orang yang beli gambar ni. 


Gambar di sebuah perkampungan di Switzerland. 


Gambar air terjun di Lombok, Indonesia. Nak belajar ambil gambar air terjun macam tu boleh masuk kelas Smartphone Landscape Photography, kami boleh ajarkan. 

Nak belajar ambil gambar air terjun macam gambar atas ni, atau gambar Golden Hour/Blue Hour boleh masuk kelas landscape. Kita ajarkan cara shoot guna henfon. Memang best kelas ni rugi kalau tak join. 

 
Lagi gambar di India. Dah 20 orang yang beli gambar ni.


Gambar ketika travel ke North Italy.. 

Haa tengok dah kan gambar-gambar travel cikgu Syibli pun boleh jual.. Kami percaya gambar travel kita yang lain pun boleh jual juga. Boleh cari balik gambar-gambar travel kita yang lama tu, edit sikit kurangkan noise dan blurry. Lepas tu upload di Shutterstock. Ni boleh download percuma jer okay di henfon masing-masing. 

Gambar-gambar yang kita upload tu boleh dibeli banyak kali dan pelanggan kita boleh datang dari satu dunia. Contoh macam gambar KLCC cikgu Syibli kat bawah ni, sepanjang upload tu dah 500 orang dah yang beli gambar tu, best kan! Nanti mana tahu gambar kita pun boleh jadi macam tu juga.. 


Haa macam mana? Berminat tak nak kami ajarkan step by step bagaimana nak jual gambar online? Tips nya mudah sahaja; 

Senang kalau rajin dan istiqamah. 
Susah kalau malas. 

Jual gambar di stock photo ni tak perlu fikirkan sangat pasal income, orang beli tak beli -- nanti stress. Bila stress, nak teruskan buat pun akan jadi tak seronok. Jadi kita selalu nasihatkan pelajar dan peserta-peserta kita untuk buat benda ni secara santai dan sambil-sambil sahaja. Customer pun kita tak perlu cari, tahu-tahu jer nanti gambar kita dah ada orang beli. 

Jom lah kami ajarkan sampai pandai. Kelas pre-recorded jadi boleh tonton anytime dalam masa 2 bulan. Sesi Live Q&A pula kita akan buat sebanyak 2 kali sebulan dan sesi yang terdekat ini ialah pada 09 Januari 2022, jam 10 pagi. PERCUMA untuk peserta kelas Fotowang. Bagi yang nak masuk kelas Fotowang, boleh klik sahaja ADD SELECTED TO CART di bawah ni. 1 kelas RM70, tapi kalau daftar lebih kita bagi DISCOUNT. Boleh pilih sahaja salah satu pakej di bawah yang mana paling sesuai dengan kita. 


Related Posts

Ibnu al-Haytham, Orang Pertama Yang Menemukan Konsep Fotografi
Ibnu al-Haytham, Orang Pertama Yang Menemukan Konsep Fotografi
Pada hari ini, dunia fotografi telah berkembang pesat dengan teknologi moden dan canggih. Manusia berjaya memahami ko...
Read More
Fotografi Minimalis: Cerita Di Sebalik Gambar
Fotografi Minimalis: Cerita Di Sebalik Gambar
Gambar oleh Oliver Hae Dalam blog kali ini, kami ingin berkongsi tentang salah satu kategori fotografi yang agak popu...
Read More
5 Kamera Smartphone Terbaik Tahun 2022
5 Kamera Smartphone Terbaik Tahun 2022
Kami percaya, rata-rata pembeli hari ini pasti akan pertimbangkan ciri kamera yang bagus apabila hendak membeli smart...
Read More

Filter
10 Gambar Travel Kami Yang Berjaya Dijual Dalam Nilai US Dollar Secara Online
10 Gambar Travel Kami Yang Berjaya Dijual Dalam Nilai US Dollar Secara Online