Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan

Bagi penggemar fotografi di luar sana, pasti sudah faham dengan terma digital noise. Ia adalah salah satu perkara yang selalu mengganggu kualiti gambar dan kadangkala membuatkan kita sedikit kecewa bila hendak edit. Bagi yang belum tahu, digital noise adalah bintik-bintik kecil yang banyak dan ia boleh dilihat pada gambar yang diambil menggunakan kamera digital. Bintik yang dipanggil noise ini kebiasaannya muncul pada gambar yang diambil di tempat yang gelap atau kurang cahaya. Kebanyakan orang menganggap ia adalah perkara negatif dan memburukkan gambar. Namun, ada segelintir yang sukakannya dan anggap ia adalah suatu elemen yang membuatkan gambar mempunyai “karakter” dan berseni. Di sini saya ingin kongsikan kelebihan dan kekurangan digital noise, dalam masa yang sama, bilakah waktu yang sepatutnya kita tambah atau kurangkan noise.

Pertama sekali, kita perlu tahu bagimanakah noise boleh terjadi. Bagi kamera filem, noise atau grain terhasil secara semula jadi daripada gulungan filem yang diproses kerana adanya debu metalik berwarna perak. Bagi kamera digital pula, ia terjadi kerana jumlah ISO yang terlampau tinggi disebabkan gambar yang kekurangan cahaya. ISO yang tinggi akan menigkatkan sensitiviti cahaya pada sensor. Semakin tinggi jumlah ISO, semakin jelas noise pada gambar. Seperti yang kita tahu, jumlah ISO boleh dikawal secara manual menggunakan DSLR, tetapi tidak semua smartphone boleh berbuat demikian. Kebiasaanya, ISO pada kamera smartphone dikawal secara automatik oleh sistem. Ini menyebabkan terhasilnya noise tanpa kita sedari.

Digital noise ini ada baik dan buruknya. Jika dilihat dari keburukannya, digital noise mampu menjejaskan kualiti gambar jika ia terlalu berlebihan. Noise yang berlebihan akan mengurangkan ketajaman gambar sekali gus menjadikan subjek pada gambar kelihatan sedikit kabur dan tidak jelas. Selain itu, kita akan perasan yang warna pada gambar sudah tidak lagi menyerlah kerana ditenggelamkan dengan warna kelabu daripada noise.

Bercakap berkenaan kelebihan pula, noise membantu gambar anda kelihatan sinematik dan berseni kerana ia mimik gambar yang dihasilkan menggunakan filem. Disebabkan noise menjadi kegemaran segelintir jurugambar, banyak photo editing apps menyediakan preset filem dengan noise. Malahan, gambar dengan efek sebegini sudah menjadi ikutan ramai pada hari ini.

Bilakah waktu yang sesuai untuk menambah atau megurangkan noise? Jika kita lihat dari sudut fotografi fesyen dan komersial untuk jenama-jenama popular, kebanyakan gambar yang diambil kelihatan jelas tanpa noise. Hal ini penting untuk meningkatkan nilai komersial dan bagi menarik perhatian orang ramai sebagai pelanggan. Ini juga termasuk fotografi produk dan makanan. Jika kita lihat dari sudut industri seni dan filem, noise memainkan peranan penting bagi mempamerkan karakter dan cerita disebalik karya tersebut. Ini kerana industri seni bersifat bebas dan tidak terikat dengan mana-mana jenama.

Walau bagaimanapun, pendapat ini adalah subjektif dan sekadar panduan sahaja. Oleh itu, ia terpulang kepada diri sendiri untuk menentukan sama ada anda perlukan noise atau tidak. Kesimpulannya, jika gambar anda melibatkan komersial, cubalah kurangkan noise seboleh mungkin. Manakala jika gambar anda sekadar tujuan menghasilkan karya seni, sedikit noise dan tekstur mungkin membantu dalam menyampaikan mesej anda.

Nak tahu lebih lagi mengenai noise dan teknik fotografi yang menarik dan profesional, jon sertai KELAS SMARTPHONE PHOTOGRAPHY bersama kami. Hanya gunakan smartphone sahaja, boleh dapatkan gambar - gambar yang cantik, yang penting perlu ada ILMU nya dahulu. Klik button ADD SELECTED TO CART di bawah utk daftar dan dapatkan harga DISKAUN mengikut pakej yang disediakan.

Related Posts

3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
Gambar oleh Paul Skorupskas Dalam topik kali ini, saya ingin kongsikan beberapa lensa yang anda patut cuba pada DSLR ...
Read More
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
Gambar oleh De an Sun Hari ni saya kongsikan serba sedikit idea lokasi untuk fotografi secara santai. Terpulang ke...
Read More
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Gambar oleh Jeremy Bishop Dalam era moden ini, kita sedar perubahan di sekeliling kita banyak berlaku mengikut pereda...
Read More

Filter
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan