10 'Gambar Biasa-Biasa' Milik Ibu Anak 3 Dibeli Orang Dari Seluruh Dunia Dalam US Dollar
Seronok bila dah tahu ada cara nak buat duit, dari koleksi gambar yang banyak dalam simpanan henfon / harddisk kita tu.
Musim nak raya ni, semakin banyaklah koleksi gambar kita nanti kan? Ibu anak 3 ni antara yang paling bahagia bila ada koleksi gambar yang banyak. Mana tidaknya, ada gambar yang dianggap 'biasa' dan bukan dalam kategori mahakarha (masterpiece) pun, ada yang membelinya. Macam gambar mercun pop-pop tu. Dah boleh buat koleksi gambar tema raya, untuk upload di website stock photo. Tak sekarang, di masa akan datang, ada sahaja yang nak membelinya.
Kalau orang lain, ada sahaja yang risau, koleksi gambar 'bertingkek-tingkek' banyak, tapi tak dapat nak dibuat apa. Itu, sebab dia BELUM TAHU apa sebenarnya yang boleh dibuat dengan koleksi gambar tu. Kita tunjukkan dulu contoh 'gambar biasa' yang orang dari seluruh dunia dah beli dari beliau ya.
Ini antara 10 (dari berpuluh-puluh) gambar beliau yang sudah terjual di website stock photo :
1. Gambar ikan belum dimasak
2. Gambar sketch warna
3. Gambar mercun 'pop-pop'
4. Gambar ikan siap disiang
5. Gambar Ikan 3 sekawan
6. Gambar buah betik siap dipotong
7. Gambar kotak set RTK
8. Gambar orang sedang ambil gambar
9. Gambar paip pecah
10. Gambar set cawan di bilik hotel
Nampak tak, gambar subjek biasa-biasa sahaja pun ada pembelinya. Bekas peserta kelas Fotowang juga rajin kongsikan tips dan kata-kata semangat kepada sahabat-shabat lain dalam support group di Telegram Gerakan PhotoSunday / Sahabat PhotoSunday. Kalau ada soalan, boleh sahaja ditanyakan dalam group selepas kelas dilalui. Ramai tak lokek ilmu di situ,selain cikgu-cikgu juga sedia membantu.
Selagi kita tak cuba, memang ada masa, susah nak percaya.Tapi yang utama, pastikan kita SUBMIT dahulu gambar-gambar tu dalam website stock photo. Pastikan juga diluluskan dahulu. Submit banyak-banyak gambar yang diluluskan, lebih banyak peluang gambar dibeli orang dari serata dunia.
Kalau orang nak beli, bila-bila masa dan dari mana pun mereka boleh beli. Penentu harga gambar, ditentukan pembeli, mengikut saiz yang dipilih dan disenaraikan dalam website stock photo. Tak apa kalau sekeping gambar dibeli orang pada harga USD 0.10 cent pun. Sikit-sikit, lama-lama dapat juga jadi sumber pendapatan pasif, walaupun semasa kita tidur,kan?
Lagi untung kalau sekeping gambar kita, dibeli orang pada harga tinggi dalam nilai US dollar. Belum kita tukarkan dalam nilai Ringgit Malaysia, lagi banyak jumlahnya! Macam contoh gambar ini, juga dari peserta yang sama seperti 10 gambar di atas.
Apa tunggu lagi, Cikgu Syibli nak kongsikan tips TERBAIK dalam Kelas Fotowang selain Cikgu Harraz yang akan ajarkan kemahiran shoot / edit foto umum / lanskap guna smartphone seperti dijadualkan :
SABTU | 12 FEBRUARI 2022 | |
9.00am - 12.00pm | Smartphone Photography |
2.00pm - 5.00pm | Smartphone Photo Editing |
AHAD | 13 FEBRUARI 2022 | |
9.00am - 12.00pm | Smartphone Landscape Photography |
10.00am - 11.00am (Sesi Live Q&A) | Fotowang |