5 Teknik Ambil Gambar Pose Melompat Guna Smartphone

Biasa kita tengok orang ambil gambar dengan posing melompat dekat medsos. Rasa triggered kan nak ambil gambar macam tu. Tapi macam mana cara nak ambil gambar melompat macam tu? Kalau tak tahu cara, tak menjadi gambar kita tu. Silap hari bulan model pun boleh lelah sebab asyik melompat je..hehe.

Jadi kami kongsikan tips untuk ambil gambar untuk jenis posing ni hanya dengan menggunakan smartphone.

1. Letakkan lens kamera dekat sudut paling rendah

Tujuannya supaya bila model kita melompat, model tersebut akan kelihatan tinggi. Kebiasaannya orang melompat tidaklah tinggi mana. Jadi kita perlukan sudut yang paling rendah untuk menampakkan seolah-olah lompatan itu tinggi.

 

2. Gunakan gambar menegak

Antara kelebihan gambar menegak ni, kita boleh dapatkan space yang lebih besar di bahagian atas subjek kita. Jadi bila model melompat, kita masih boleh dapatkan gambar penuh model tersebut. Takde lah nanti kes masa ambil gambar kepala hilang.

Tapi, kalau model ramai macam mana nak ambil?

Untuk gambar posing melompat ni, kebiasaannya kita tak gunakan model yang terlalu ramai. Maksimum pun kita akan gunakan 3 model je. Sebab bila model ramai sangat ni, paling susah ialah untuk dapatkan keseragaman lompatan. Nanti ada yang terlompat awal la, ada yang lompat tinggi sangat la, ada yang rendah sangat lompat la, macam-macam lagi.

Jika model kita ada 3 orang, boleh je gunakan gambar menegak. Nak gunakan gambar melintang pun boleh. Paling penting pastikan dalam gambar tersebut ada ruang yang cukup di atas subjek untuk melompat. Kalau kamera dekat sangat, boleh jauhkan sikit dari subjek.

3. Pastikan kamera tidak bergegar

Bila nak ambil gambar posing jenis macam ni, penting untuk pastikan kamera tak bergegar. Sebabnya bila subjek bergerak dan kamera pun bergegar juga, gambar confirm auto blur. Letak je kamera tu dekat atas tanah atau kalau takut phone kotor, gunakan alas pelapik. Bila kamera statik, baru boleh dapatkan kualiti gambar yang terbaik.

4. Gunakan mode Burst

Sekarang boleh dikatakan semua smartphone ada mode ni. Tujuan burst ni ialah untuk dapatkan moment terbaik masa melompat. Bila ambil gambar posing macam ni, kita tak boleh jangka bila moment yang terbaik untuk capture gambar. Jadi cara terbaik ialan dengan menggunakan burst. Nanti pilih je mana-mana gambar yang terbaik.

Caranya, sebelum ambil gambar pastikan kamera fokus pada subjek. Kemudian tekan je butang capture tu dan jangan lepaskan. Start dari sebelum model lompat, semasa melompat dan sesudah melompat. Baru lepaskan butang tersebut.

Kemudian pilihlah mana-mana gambar yang terbaik hasil dari burst tadi. Mode ini juga sesuai untuk ambil gambar anak-anak yang sentiasa bermain dan bergerak, atau untuk mengambil gambar candid.

 

5. Install apps untuk photo Burst

Bagi mana-mana smartphone yang mempunyai kekurangan pada mode Burst ni, boleh gunakan beberapa apps dalam Apple Store atau Playstore untuk membantu meningkatkan lagi kualiti Burst pada smartphone. Antaranya ialah, High-Speed Camera, Fast Burst Camera Lite, Turbo Camera dan Burst Mode Camera. 

Apps yang disenaraikan di atas mampu untuk capture sekurang-kurangnya 10-50 keping gambar dalam 1 saat. Jumlah gambar yang mampu diambil tersebut cukup untuk kita dapatkan beberapa keping gambar yang terbaik.


Nak tahu teknik ambil gambar lebih lagi guna smartphone, jom belajar dalam kelas SMARTPHONE PHOTOGRAPHY bersama Cikgu Harraz pada 28 Januari ni. Daftar terus Dah tahu hasilkan gambar melompat yang cantik, lagi best kalau tahu juga nak edit gambar melompat / tak melompat untuk jadi lebih cantik. Dah dua-duanya cantik, barulah mudah dijual gambarnya.

Nak kesemua 3 kemahiran shoot / edit / jual gambar, guna smartphone sahaja, boleh pilih mana-mana pakej yang disarankan dalam gambar-gambar di bawah. Barulah berbaloi-baloi usaha kita shoot gambar tu nanti. Boleh jadi sumber pendapatan pasif juga. Tekan sahaja ADD SELECTED TO CART mana-mana pakej pilihan di bawah.

Related Posts

5 Kamera Smartphone Terbaik Tahun 2022
5 Kamera Smartphone Terbaik Tahun 2022
Kami percaya, rata-rata pembeli hari ini pasti akan pertimbangkan ciri kamera yang bagus apabila hendak membeli smart...
Read More
Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Gambar oleh Ugur Akdemir Rujukan untuk blog kali ini dipetik daripada laman web rasmi Nikon USA. Kepada pemula fotogr...
Read More
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
Buat mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan smartphone, pasti perlukan aplikasi yang cepat dan mudah untuk me...
Read More

Filter
5 Teknik Ambil Gambar Pose Melompat Guna Smartphone
5 Teknik Ambil Gambar Pose Melompat Guna Smartphone