10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales

Tak perlu tulis berjela kalau tahu cara MUDAH nak 'pancing poket' pelanggan / bakal pelanggan. Kena caranya, terus jadi REPEAT CUSTOMERS. Boleh fokus, tambah pelanggan baru dan kembangkan DATABASE kita. ITU HARTA PALING BERHARGA.

Jadi, terus rujuk perkongsian ini untuk COPYWRITING HEBAT :

1. HEADLINE PADU
Kena faham, orang TAK BACA penulisan berjela, lagi-lagi kalau penulisan adalah jenis 'berbau iklan'.

2. JANGAN IKLANKAN KELEBIHAN PRODUK SAHAJA
Tapi, nampakkan apa bakal pelanggan boleh jadi (lebih hebat) kalau guna produk / servis kita

3. JAWAB SOALAN / KEGUSARAN PELANGGAN DALAM COPYWRITING
Jangan syok sendiri, letak diri dalam 'kasut' bakal pelanggan. Apa yang akan mereka MAHU TAHU, dan jawab soalan / kegusaran mereka.

4. BUAT MEREKA TERTAWA
Jangan terlalu serius 'menjual' sepanjang masa. Ada masa, kena ada sentuhan jiwa dalam copywriting juga. Buat dengan bersahaja. Itu lebih menggamit minat bakal pelanggan. Mereka akan rasa 'senang' dengan perkongsian kita, mudah juga nanti nak jadikan mereka 'senang membeli' dari kita.

 

5. PENULISAN PERLU MENGGAMIT PELANGGAN BUAT LANGKAH SETERUSNYA

Dah tulis panjang-panjang, tapi tak ada sales, rugi tu. Pastikan mereka IKUT SARANAN kita. Nampakkan keperluan mereka bertindak SEGERA. Kalau tidak, mereka akan kerugian (kita pun rugi sama nanti).

 

6. GUNAKAN NOMBOR

7 langkah.

10 sebab.

5 syarat.

11%.

Kegunaan nombor buat bakal pembaca dapat bayangan apa yang bakal mereka perlu baca. Beri fakta dan jumlah, mereka akan jadi LEBIH JELAS dengan apa yang cuba disampaikan tanpa perlu panjang-panjang dituliskan.

7. TULIS DALAM RIMA DAN PENGULANGAN

Bila ada ayat yang berima hampir serupa seperti jimAT, hebAT dalam satu-satu penulisan, lebih 'catchy'. Orang mudah nampak, lagi-lagi dalam headline atau poster iklan. Boleh jadi 'zikir' dan motto atau tagline produk / servis juga. Sebab itu, kalau namanya LAGU atau PUISI, orang lebih suka dengar/baca.

 

8. NAMPAKKAN SOLUSI UNTUK MASALAH PELANGGAN DARI PRODUK KITA
Jangan hanya nampakkan kelebihan yang produk / servis kita ada. Kaitkan masalah yang mereka hadapi akan SELESAI bila pilih guna produk / servis kita. Bila mereka rasa KITALAH PENYELESAI MASALAH mereka, mereka akan pilih kita berbanding produk / servis yang hanya naikkan kelebihan produk sahaja.

9. KONGSIKAN TESTIMONI UNTUK BUANG KETIDAKYAKINAN MEREKA
Betul ke apa yang kita tawarkan adalah yang paling bagus? Apa bukti? kongsikan testimoni genuine, yang tak dipaksa. Macam mana nak dapatkan testimoni macam ni? Rajin-rajinlah bertanya khabar dan buat 'follow ups' dengan pelanggan. Kalau kita buat dengan betul, walautak diminta pun, ada sahaja yang faham bahasa dan kongsikan kepada kita. (Tapi jangan tunggu orang beri, kita pun perlu berbahasa-basi bertanya dengan baik)

10. PASTIKAN CTA 'PENUMBUK RUSUK' DISERTAKAN SEKALI
Mulakan penulisan dengan memujuk dan akhirinya dengan mengajak mereka buat tindakan seterusnya. Pastikan CTA sesuai dengan konteks penulisan / iklan.

Semua 10 tips ni sangat bagus untuk diamalkan oleh usahawan online. Tapi lagi bagus kalau ditambah dengan ilmu-ilmu dari PAKEJ USAHAWAN ONLINE yang memang difokuskan untuk usahawan online semua. ADA ILMU, LEBIH MAJU. 
.
Nak tambah ilmu lagi, boleh rujuk kelas-kelas bisnes TERBAIK untuk Usahawan Online :
SABTU | 9 APRIL 2022
9.00am - 12.00pm Whatsapp Lock
2.00pm - 5.00pm Copywriting Membelah Langit
AHAD | 10 APRIL 2022
9.00am - 12.00pm Poster Iklan FB Guna Smartphone (Poster Mudah Smartphone)


Daftar terus Pakej Usahawan Online dengan menekan gambar di bawah.

 

  


Related Posts

Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Baru-baru ini, tular di socmed gara-gara sekeping gambar screenshot peniaga online yang menjawab mesej WhatsApp bakal...
Read More
6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
Beberapa tips ini sangat berguna untuk peniaga online yang banyak bergantung kepada leads yang diterima dari iklan me...
Read More
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
Siapa di sini yang selalu TERASA bila tengok iklan ejen insurans? Kebanyakan antara kita mesti pernah sekurang-kurang...
Read More

Filter
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales