4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial

Siapa di sini yang selalu TERASA bila tengok iklan ejen insurans? Kebanyakan antara kita mesti pernah sekurang-kurangnya 1 kali berdepan dengan ejen insurans yang buat kesilapan-kesilapan ini, setuju tak?

Untuk ejen insurans, kita kongsi tips supaya JIKA PERNAH melakukannya, untuk tidak ulangi kesilapan di bawah ini dan buatkan prospek lari.

Ada banyak cara untuk kita nak promote dan berniaga. Kami ada buat satu persoalan di FB page kami baru-baru ini dan mendapat pelbagai respond dari client insurance, potential client dan ejen insurans sendiri.

Boleh nilaikan sendiri dan jika anda salah seorang ejen insurans yang membaca ini, boleh upgrade kemahiran dan ilmu dari segi penulisan copywriting, after-sale service serta cara nak follow up prospek.

Baca sampai habis, ini kami senaraikan beberapa perkara yang sering ejen insurans lakukan.


1. SUKA MENAKUTKAN PROSPEK

Bab ni memang banyak kita tengok agent insurance buat. Kebanyakan posting mereka mesti mereka akan masukkan unsur 'fear'. Adakah ia berhasil?

Mungkin -- tapi tidak selalu. Kebanyakan pembaca/prospek akan stop membaca dan lari sebab tak ada orang yang suka ditakut-takutkan. Ada banyak cara kita nak mengiklan tanpa menakutkan-nakutkan prospek.

Contoh ayat: “Nauzubillah min zalik saya bukan nak doa utk abg tp kalau abg sakit kritikal dan tak boleh bekerja cari duit, keluarga abg nak makan dan hidup macam mana nanti?”

Dalam ayat di atas, dia ada point yang ingin disampaikan tetapi penggunaan ayat yang digunakan tidak berapa sesuai.

Instead, boleh buat reverse psychology dan masukkan unsur ‘inspirasi’ di dalam ayat.

Contoh ayat: “Jika ditakdirkan abang terkena sakit kritikal dan tak berupaya cari rezeki, sekurang-kurangnya pampasan yang abang dapat ini boleh membantu keluarga abang untuk teruskan kehidupan sementara ekonomi keluarga kembali stabil. Keluarga abang juga tak perlu berhutang dan meminta-minta..”

Antara kedua-dua ayat di atas, yang mana satu bila kita baca kita akan jadi lembut hati?

2. SUKA AMBIL KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN ORANG LAIN

Ni pun sering kita nampak. Asalkan ada berita yang tidak baik membabitkan kemalangan, penyakit dan kematian, pasti ada agent-agent ini yang akan ride the issue.

Nak ride the issue itu boleh, tetapi bukan dengan instal fear dan membuatkan seolah-olah menyalahkan mangsa atau keluarga mangsa. Prospek yang membaca posting itu pun rasa tak seronok dan menyampah. Dari kita nak lock sales, terus prospek lari berbondong-bondong. 

Aduh tak best lah macam tu kan..

Tak ada orang yang nak risiko kan keluarga masing-masing. Kita perlu ambil kira juga mengenai keadaan kewangan prospek kita tidak sama setiap orang. Ada yang merasakan bahawa siapa yang mampu untuk ambil insurance itu antara dari golongan yang mempunyai privilege dan lebihan duit setiap bulan, manakala ada juga yang menganggap bahawa insurance itu penting dalam kehidupan.

3. TERLALU MENDESAK

Kita whatsapp sebab nak bertanya mengenai produk dan servis yang mereka tawarkan, tapi rasa macam tersilap langkah pula. Mau taknya, almost setiap hari tanya jadi tak nak ambil insurance dgn mereka 🤦🏻‍♀️

Kita berniaga, nak follow up pun ada seninya, nak hantar ayat follow up pun bukan sebarangan ayat, nak close sales pun ada seni dia. Tone, gaya bahasa ayat semua kena jaga. Yang ini kita ajarkan dlm kelas Whatsapp Lock nanti.


Antara respond yang kami terima hasil dari soalan yang kami kemukakan di FB page kami

Ingat ya, walaupun kita tak dapat lock sales pada waktu itu, jangan pula kita perli dan sindir-sindir mereka. Mungkin keadaan kewangan mereka tidak kukuh pada waktu kita approach mereka.

Mungkin dalam masa 3,4 bulan akan datang dia akan datang semula kat kita dan bersetuju untuk ambil insurance dengan kita. Sebab itu kita sebagai penjual, be nice sahaja dengan prospek kita walaupun dia tak membeli PADA KETIKA ITU. Kalau dia selesa dgn kita, pasti dia akan recommend kita kepada kawan dan ahli keluarga mereka yg lain. Di hujungnya, siapa yang akan dapat manfaatnya? 

4. RIDE THE ISSUE DGN CARA YG SALAH

Issue semasa ada banyak, tapi cara kita nak ride itu salah. Orang tengah dalam kesusahan, kita ambil pulak kesusahan dia itu utk berniaga. Mana la netizen tak marah kan.

Nak ride issue semasa mmg boleh, tapi perlu juga kita jaga sensitivi mangsa dan ahli keluarga mereka. Jika tak sesuai, tak perlu kongsi. Topik yg ini kita akan kongsikan lagi dengan lebih mendalam dalam kelas Copywriting Sabtu ni.

Ada juga agent insurance yang menerima respond yang diberikan dengan hati yang terbuka. Bila kita melihat kepada feedback yang diberikan dari sudut yang positif barulah kita boleh perbaiki apa yang kurang. Dalam marketing, tiada satu posting yang sesuai untuk semua orang. 


Bagi yang berminat nak belajar dan upgrade ilmu dan kemahiran menulis Copywriting, lock sales dengan pantas melalui Whatsapp dan cara bina poster dengan mudah guna smartphone, boleh lah masuk kelas online kami hujung minggu ini.

SABTU | 22 JANUARI 2022
9.00am - 12.00pm Copywriting Membelah Langit
2.00pm - 5.00pm Whatsapp Lock
AHAD | 23 JANUARI 2022
9.00am - 12.00pm Poster Iklan FB Guna Smartphone (Poster Mudah Smartphone)

Kalau nak JIMAT, sertai PAKEJ USAHAWAN ONLINE, boleh dapat sertai Kelas Iklan Facebook Impak Tinggi bernilai RM 140 secara PERCUMA (sementara masih dalam tempoh promosi).

Boleh klik sahaja "ADD SELECTED TO CART" di bawah ini dan buat pendaftaran. Kelas ini boleh ditonton selama 1 bulan dan consultation group juga kami buka untuk sepanjang masa di Telegram GERAKAN PHOTOSUNDAY 


Related Posts

'Kembar' Kongsi Tips Bagaimana Chef Ammar Viral Dalam Perniagaan
'Kembar' Kongsi Tips Bagaimana Chef Ammar Viral Dalam Perniagaan
Ini adalah perkongsian dari Tuan Ammar Zahar, seorang marketing consultant yang banyak membantu usahawan, di page bel...
Read More
Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan
Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan
Perkara ini nampak macam isu kecil, tapi sebenarnya ianya antara salah satu sebab kenapa iklan kita DILIHAT, DIAMBIL ...
Read More
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
Marketeers / pegawai pemasaran yang baru memulakan kerjaya, mungkin ada masanya rasa terbeban dengan tugasan yang mem...
Read More

Filter
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial