Kos Iklan Turun 10 Kali Ganda Lepas Tukar Gambar

Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang telah melabur dengan kelas keusahawanan oleh sifu-sifu ternama. Kemudian semangat berniaga mereka hidup dan mereka belajar teknikal pemasaran digital dari sifu lain pula. Lalu mereka berjaya sangat menaikkan jualan sendu yang RM5000 sebulan tak lepas, dan jadi RM300,000 sebulan.

Hebat kan? Tetapi belanja FB Ads sudah jadi RM30,000 sebulan pula. Kos engagement dah bersyukur kata MURAH dapat 1 engagement cuma 3 sen.
.
Bila tukar set gambar kepada gambar lebih menarik, kos engagement menurun dari 3 sen jadi 1 sen. Tak tukar copywriting, cuma tukar gambar dan kreatif sikit buat text on picture.
.
Alaaaa...jimat 2 sen jer kot. Betul, 2 sen sahaja. Tapi dalam belanja bulanan yang besar kalau 2 sen dari 3 sen kos asal tu kan 2/3 penjimatan. Kalau biasa keluar kos RM30,000 sebulan boleh save RM20k. Dari mana dapat? TUKAR CONTENT.
.
Ini zaman orang tengok Video dan Gambar DAHULU baru orang baca copywriting. Video ini contoh.

Lepas video ni 'meletup', ramai yang mula sedar yang di negara kita pun WUJUD tempat secantik tempat tumpuan orang serata dunia di New Zealand.

 

 

Bukan saja penduduk setempat dapat hasilnya, kami pun TERkesan sama dengan makin ramai nak belajar smartphone photography. Sebab ramai viralkan video ni secara sukarela.

Ramai juga nak belajar cara shoot dan edit gambar cantik, jadi semakin cantik, guna smartphone yang ada. Kami tunjukkan cara yang KAMI BUAT.

Kami pun bukan semuanya ada smartphone yang model belas-belas tu. Pakai je smarphone yang ada.

Kami tunjuk cara macam mana dengan guna smartphone yang ada (dan tambahan aksesori yang asas -  tak ada pun tak apa dulu), sesiapa yang ada smartphone boleh buat yang sama. Tak kisahlah kat mana-mana. 

Macam gambar ni, kami guna gambar yang sama dan buat poster marketing kelas Smartphone Photography, macam ini:

Konsep dia, ORANG TENGOK GAMBAR DAN VIDEO DULU, baru orang baca copywriting selalunya. 
.
Gambar poster cantik, orang tertarik.
Video menarik, orang lagilah tertarik.
.
Sebab tu, kos FB ads kami BOLEH JIMAT BANYAK. Kos CPE kalau TERlepas 3 sen, kami dah 'mengigal' / menggigil sebab kalau makin menaik, kami tak boleh nak berjimat.
Bila CPE CUMA 1 sen, kan dah boleh JIMAT 2 sen tu. 

Jadi, nak selamatkan KOS PENGIKLANAN kita, ada kaitan dengan pengunaan gambar dan / atau video yang cantik / menarik. Orang secara SUKARELA nak baca iklan kita, tak tenyeh butang 'skip ads' kalau di YouTube atau mana-mana platform kita guna. Nak boost iklan boleh, tapi kalau iklan kita dia pergi secara organik dulu, adalah LEBIH BAGUS.
.
Macam kita nak paksa tolak kereta dengan tayar rosak berbanding dengan kereta yang tayarnya dah sedia bergolek, lebih mudah tolak kereta yang sedia berjalan tu - ini analogi je - tak kuasa nak tolak kereta kalau tak perlu. Iklan yang berjalan secara organik (sebab orang suka tengok gambar / video cantik / menarik yang kita guna dalam iklan), orang redho nak share tanpa paksaan. Lagi mudah dia 'pergi' dan jadi viral. Jadilah kosnya MURAH dan MENJIMATKAN. 

Banyak lagi kami nak kongsikan dalam Kelas Iklan Facebook Impak Tinggi. Kelas bernilai RM140 ni kami nak beri PERCUMA je kepada yang MAHU dan yang ambil PAKEJ USAHAWAN ONLINE ( RM150 SAHAJA - 3 kelas + 1 kelas percuma). Tekan je terus pada gambar-gambar.

Nak LEBIH JIMAT, sertai Pakej Usahawan Online dan dapat sertai 3 kelas LIVE ini dan PERCUMA sertai Kelas Iklan Facebook Impak Tinggi.

 

SABTU | 26 FEBRUARI 2022
9.00am - 12.00pm Copywriting Membelah Langit
AHAD | 27 FEBRUARI 2022
9.00am - 12.00pm Whatsapp Lock

Related Posts

Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan
Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan
Perkara ini nampak macam isu kecil, tapi sebenarnya ianya antara salah satu sebab kenapa iklan kita DILIHAT, DIAMBIL ...
Read More
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
Marketeers / pegawai pemasaran yang baru memulakan kerjaya, mungkin ada masanya rasa terbeban dengan tugasan yang mem...
Read More
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Baru-baru ini, tular di socmed gara-gara sekeping gambar screenshot peniaga online yang menjawab mesej WhatsApp bakal...
Read More

Filter
Iklan Gambar Cantik Lebih Murah Dari Iklan Gambar Tak Cantik - Saiful Nang Academy
Iklan Gambar Cantik Lebih Murah Dari Iklan Gambar Tak Cantik - Saiful Nang Academy