Apa Yang Dicari Sebelum Membeli Di Shopee, Ini Jawapan Netizen
Pada dua hari lepas, kami ada buat survey di FB page Saiful Nang Academy mengenai apa yang pembeli akan search dahulu sebelum buat keputusan untuk membeli di Shopee.
Banyak jawapan menarik yang kami terima dan kami ingin kongsikan dengan penjual Shopee di luar sana. Semoga perkongsian kami ini sedikit sebanyak dapat membantu menambah baik cara kita berniaga di Shopee dan seterusnya dapat menjana sales yang lebih tinggi.
Bila kita tahu maklumat apa yang pembeli akan cari sebelum mereka buat keputusan, sekurang-kurangnya cara kita berniaga akan lebih terarah.
Bila bakal pembeli dah baca review dan buat market research, perkara terakhir yang akan membuatkan mereka membeli dengan kita ialah melalui visual yang kita tunjukkan iaitu gambar dan video. Jika gambar makanan pun nampak tak sedap; nafsu nak membeli pun hilang. Kan dah rugi kat situ. Klik di gambar jika nak belajar shoot gambar & video makanan yang menyelerakan dengan hanya gunakan smartphone di tangan itu sahaja.
Seperti pembeli bernama Linda LJK Kefli cakap, perkara pertama yang akan dilihat dahulu ialah gambar yang seller upload. Jangan upload gambar makanan yang nampak tak menyelerakan. Pembeli tengok pun terus turn-off nak beli di kedai kita. Sekarang ni henfon yang kita guna tu pun dah canggih, ambil gambar produk makanan kita guna henfon sahaja pun dah boleh dapat gambar cantik, DAN MENYELERAKAN.
Seller Shopee belajar sesuatu dari perkongsian ini?
Jangan jadikan external factor (PKP, Lockdown, masalah ekonomi dll) sebagai punca kita tiada jualan. Sebaliknya, kita muhasabah semula dan gunakan peluang ini untuk perbaiki cara kita berniaga dan tingkatkan kemahiran yang diperlukan.
Orang tak engage di posting kita?
Belajar tulis copywriting yang betul.
Orang tak tertarik nak berhenti scroll di posting kita?
Belajar ambil gambar dan video produk makanan yang PADU dan gunakan ia sebagai pulling factor.
Tak ada camera?
Guna henfon.
Tak pandai nak ambil gambar?
Belajar. Kami bersedia nak ajar kepada seller yang tiada basic photography & videography.
Kurangkan beralasan kerana orang yang sering beri alasan ini ialah orang yang gagal. Sebagai seorang usahawan, perlulah mempunyai hati dan jiwa yang kental jika nak kekal lama dalam bidang perniagaan. Jika cara A tak jalan, kita fikirkan pula cara B, C, D dan seterusnya. Jangan mudah menyerah kalah.
Jika ada seller yang nak tingkatkan jualan melalui pujukan secara halus (gambar dan video), boleh klik sahaja "ADD SELECTED TO CART", daftar dan boleh terus belajar online. Kelas online terdekat untuk belajar ambil gambar dan video makanan ni pada 14 & 15 Ogos 2021 (Sabtu & Ahad). Kalau tak sempat join kelas Live pun tak apa sebab kita bagi sekali video rakaman. Boleh tengok berulang kali sampai faham selama 2 bulan.