10 Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang iMac 2021

Selalunya iMac keluar dengan warna putih atau silver. Namun kali ini ada kelainannya. Setelah bertahun menunggu, akhirnya Apple memperkenalkan kepada dunia satu rekabentuk baru iMac yang dramatik.

10 perkara yang perlu diketahui tentang iMac 2021 ini: 

1. Dramatiknya pada warna iMac itu sendiri yang menarik perhatian dan moden. Didatangkan dengan 7 warna yang vibrant.

 

2. Ditambah pula dengan rekabentuknya yang nipis, hanya 11.5mm, menarik minat semua penggemarnya. Dan berat iMac ini kurang daripada 4.5kg sahaja. Betul-betul ringan ni.

 

 

3. Rekabentuk yang kompak ini dibantu dengan chip pemprosesan, M1. M1 menggabungkan processor, graphics, memory, and lebih lagi dalam 1 chip ini. Ini menjadikan komputer ini sangat praktikal.


4. Power connector bermagnet yang mudah digunakan. Didatangkan dengan warna yang sepadan dengan iMac.

5. Menggunakan 4.5K Retina display, menjadikan gambar di skrin lebih details dan jelas. Dan True Tone Tecnology akan melaraskan warna secara automatik mengikut cahaya di sekitarnya, memberi pemandangan yang semulajadi. Jadi aktiviti mengedit foto, kerja-kerja untuk presentations atau menonton program atau movie kegemaran, semuanya nampak wow di iMac.

 

6. Sistem kamera terbaik untuk iMac setakat ini. Sesuai untuk video call kerana mempunyai sensor yang boleh "menangkap" lebih banyak cahaya.

7. Studio quality mic memberikan keselesaan semasa perbincangan berlangsung atau bervideo call bersama rakan-rakan. Dan beamforming technology membantu untuk memadamkan noise disekitarnya yang mana semua orang dengar apa yang kita cakap bukan bunyi bising sekitarnya.

8. Untuk speaker pula, didatangkan dengan six speaker sound system. Memang akan memenuhi ruangan. Sesuai untuk movies, music dan lebih lagi.


9. Menambah tarikan iMac ini adalah lebih banyak apps boleh digunapakai. Dengan hanya search dan download di Mac App Store.


10. Gandingan iMac dan iPhone memberikan yang terbaik pada skrin yang besar dan cantik. iPhone membolehkan anda mengakses apa yang perlukan dari iMac di mana sahaja. Dan apabila digunakan bersama, keduanya berfungsi seperti magis.

Image: iMac

Ada imac terbaru pun kalau tak tahu edit video (atau apa yg kita nak jual) pun tak guna, kan?


Related Posts

Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Baru-baru ini, tular di socmed gara-gara sekeping gambar screenshot peniaga online yang menjawab mesej WhatsApp bakal...
Read More
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
Tak perlu tulis berjela kalau tahu cara MUDAH nak 'pancing poket' pelanggan / bakal pelanggan. Kena caranya, terus ja...
Read More
6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
Beberapa tips ini sangat berguna untuk peniaga online yang banyak bergantung kepada leads yang diterima dari iklan me...
Read More

Filter