8 Tips Peniaga Online Boleh Guna Nak Lock Sales Berganda Melalui Whatsapp

Gunakan kesemua tips ini untuk peniaga online boleh lock sales dan gandakan jualan walaupun melalui WhatsApp sahaja. 

Nak layan prospek yang pertama kali kita attend, memang kalau tak kena gaya akan rasa janggal. Sebab tu kena 'break the ice' dulu. Bila dah tahu serba sedikit latar belakang, dah tak kekok dan perbualan di telefon atau WhatsApp boleh lancar.
Tips ini disebarkan oleh kebanyakan uplines yang nak downlines dan sidelines mereka sama-sama dapat lock sales CARA BERKESAN:

 


✅ 1 Layan Seperti Kawan Baik.
kalau baru mula-mula dapat contact details dan bakal pelanggan ni masih dengan status prospek, jangan mulakan dengan 'over generalisation'. Ini bermakna, siapa pun mereka, kita kena ada rasa YAKIN yang mereka BOLEH jadi customer kita satu hari nanti.
Kalau awal-awal dah mula ada prasangka tak baik dekat bakal pelanggan, memang boleh 'nampak' dari segi lenggok bahasa kita yang melayan mesej mereka tu.


✅ 2 Sebut / Tulis Nama.
Kalau kita asyik panggil 'sis', 'sis' sepanjang kita cuba 'cucuk jarum' memang sampai ke sudahlah kita ni membiak 'cyst'! Tak salah kalau kenalkan diri kita dulu pun. Lepas tu usaha dapatkan nama prospek tu. Lepas mesej kedua, dah boleh mula panggil mereka dengan nama yang mereka berika. Jangan lupa save siap-siap nama dan nombor telefon mereka tu. Nanti di masa akan datang, mesej ke tiga dan seterusnya, mereka tahu yang kita KENAL siapa mereka. 


Kita pun, kalau di tengah-tengah jalan, terserempak dengan orang dan orang tu panggil nama kita, kita akan rasa lebih 'attached' dengan orang tu kan? "Eh, dia kenal lagilah.". Terharu, pasti kita rasa terharu sikit kan orang masih kenal kita?

 


✅ 3 Tanya Masalah.
Kita bukan nak jadi Cik Kiah yang jaga tepi kain orang, tapi kalau kain orang tu memang dah koyak, kenalah tegur juga tak?
Maksudnya, kalau dari mesej prospek tu, mereka ada nampakkan yang masalah yang mereka hadapi boleh dibantu, kita tanyakanlah lagi serba sedikit maklumat lanjut. Supaya nanti, kita boleh bantu berikan saranan kepada mereka.


✅ 4 Bantu Selesaikan Masalah.
Yang tadi macam kita jadi Cik Kiah berhemah tu, bukan sebab apa. Ini sangat membantu untuk kita sarankan PENYELESAIAN kepada masalah mereka tu. Produk yang sesuai untuk mereka selesaikan masalah.


Tapi, kalau produk kita tak sesuai, jangan suggest dia beli jugak produk kita. Nanti jadi isu misleading product (langgar etika berniaga). Kita pun tak suka kan kalau kita dah labur duit, hasilnya tak seperti kita nak. 'Lebur'lah mankanya duit kita tu. Jadi, pastikan kaji betul masalah prospek tu sebelum beri cadangan. Kalau mereka berpuashati, jangan risau. Dari prospek, pastilah akan jadi repeat customer pula lepas tu.


✅ 5 Beri Maklumat Harga.
Pantang kalau bila kita tanya harga, seller buat rahsia-rahsia dulu.
Paling menyampah, dah tanya dari awal, 2-3 mesej panjang dia balas, beri karangan dulu pula. Maklumat harga ni, kalau kita yakin dengan produk kita boleh terjual, tak ada masalah pun kalau dari awal kita nak kongsikan kepada orang. Jangan sampai ke sudah tak diberikan maklumat harga, dok ber'sis'-'sis' sepanjang. Nak beli pun terus hilang nafsu membeli. Kan dah rugi. Silap-silap kita pula kena block di WhatsApp. Baru padan dengan muka sis ya.

✅ 6 Beri 'Gula-Gula'
Jangan jadi pembaris sangat pula ya, kita beri gula-gula betul pula. Orang kita tak dapat dinafikan, sangat hebat berunding. Kalau produk berharga RM100, dah diberi diskaun pun, kita tetap akan 'fight for our rights', kan? Best tau kalau boleh tawar-menawar ni. Dapat jimat lagi RM10 pun, berbunga-bunga.
Kita boleh buat yang sama, tapi bukan setiap kali. Harga mungkin tak dpaat dikurangkan, tapi kita beri something extra untuk mereka bawa pulang. Jangan sampai rugi pula dekat harga kos. Itu bukan berniaga. Itu menderma.

✅ 7 Minta Maklumat Pengeposan
Ini antara 'pengikat' antara seller dan bakal pembeli, sebenarnya. Bakal pembeli akan rasa, "Ok seller ni bila-bila masa ada ready produk. Kalau aku tak bayar, dia jual je kat orang lain". Juga cara ini nak nampakkan yang kita memang serius nak menjual. 
Kat sini pun kita boleh 'baca' bakal pembeli kita ni jenis bagaiamana orangnya. Ini 'proses penyulingan' kita sebenarnya. Kalau jawapannya adalah "nanti ya sis. I nak tanya dulu je dulu". Tapi, jangan risau. Ini semua sangat membantu kita buat pengasingan dari kita melayan semua yang sebenarnya tak mahu pun.


✅ 8 Beri No.Akaun Bank.
Antara maklumat paling penting kita perlu berikan selain dari harga dan kelebihan produk kita adalah, maklumat perbankan yang diperlukan untuk menyempurnakan urusan jual-beli kita ni. 

Jangan terlalu mengharap dan yang penting jangan gelojoh. Boleh 'prompt' bakal pembeli, tapi jangan sampai keterlaluan tak kira waktu kita tanyakan "nak beli ke tak?" "jadi beli ke" dan guna bahasa yang tak menyenangkan pula. 

Kita pun bukan sentiasa jadi pembeli yang bertanya dan terus membuat bayaran, kan? Ada banyak pertimbangan perlu dibuat dulu sebelum kita buat keputusan.

Yang penting, jangan berputus asa, ada caranya lagi sampai yang blueticks pun boleh jadi repeat customers kita tau. Kami ada caranya. Banyak lagi tips dalam kelas nak dikongsikan kepada semua. Pengalaman lock sales menggunakan WhatsApp walaupun produk harga 5 angka nak dikongsikan lebih banyak lagi dalam kelas.

Jangan lupa tekan mana-mana gambar untuk ilmu lock sales melalui WhatsApp SEGERA!


Related Posts

Apa Yang Dicari Sebelum Membeli Di Shopee, Ini Jawapan Netizen
Apa Yang Dicari Sebelum Membeli Di Shopee, Ini Jawapan Netizen
Pada dua hari lepas, kami ada buat survey di FB page Saiful Nang Academy mengenai apa yang pembeli akan search dahulu...
Read More
Iklan Gambar Cantik Lebih Murah Dari Iklan Gambar Tak Cantik
Iklan Gambar Cantik Lebih Murah Dari Iklan Gambar Tak Cantik
Mungkin ada di kalangan pembaca yang telah melabur dengan kelas keusahawanan oleh sifu-sifu ternama. Kemudian semanga...
Read More
Saiful Nang Bagi Tips Untuk Peniaga Naikkan Jualan & Engagement Di Facebook
Saiful Nang Bagi Tips Untuk Peniaga Naikkan Jualan & Engagement Di Facebook
Apa yang diharapkan oleh online seller adalah setiap posting yang dibuat akan membuahkan hasil baik dari engagament d...
Read More

Filter
8 Tips Peniaga Online Boleh Guna Nak Lock Sales Berganda Melalui Whatsapp - Saiful Nang Academy
8 Tips Peniaga Online Boleh Guna Nak Lock Sales Berganda Melalui Whatsapp - Saiful Nang Academy