Youtuber Cilik 12 Tahun Mampu Beli Vellfire Hasil Pendapatan Dari Upload Video Ke Youtube

Beliau ialah Alyssa Dezek yang mempunyai hampir 4 juta subscribers di Youtube channel beliau. 

Career Youtube Alyssa bermula pada 7 tahun lepas bilamana ibu beliau, Suzanne Dezek upload video Alyssa bermain instrument ukelele. Alyssa cover lagu 'Kantoi' pada masa itu. Tanpa disengajakan videonya viral sebab tak ramai kanak-kanak di usia muda waktu itu yang boleh bermain music instrument dengan baik. Niat ibunya pada ketika itu hanyalah untuk menyimpan video kenangan Alyssa di YouTube untuk tontonan mereka sekeluarga di masa hadapan.

Over the years, kini Alyssa telah pun mempunyai lagu-lagu sendiri dan MV Alyssa yang terbaru mempunyai jumlah tontonan sebanyak 141 JUTA. Fuhh! Video-video beliau yang lain juga mempunyai puluhan ribu sehingga ke puluhan juta tontonan. Memang power adik kecil ini. Alyssa juga mempunyai fan-base bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Singapura, Indonesia, Brunei dan juga Filipina. 


Hasil usaha dan kerja keras Alyssa yang sering memuat naik video content di YouTube dan menerima pendapatan yang lumayan dari platform itu, Alyssa tekad ingin membeli sebuah kenderaan mewah Vellfire untuk kegunaan beliau dan keluarga. Siapa sangka hanya dengan upload video di YouTube boleh mengubah kehidupan seseorang itu kan. 

Tahniah buat Alyssa dan Tahniah juga buat si ibu yang membuka YouTube account untuk Alyssa, dan upload video-video Alyssa di situ. Tanpa kerja keras dan dorongan si ibu (dan keluarga beliau), pasti Alyssa tidak akan berada di tahap ini. 

Ibu ayah kat luar sana pun boleh juga beri sokongan dan dorongan buat anak-anak kita yang suka untuk ceburkan diri di dalam arena YouTube. Seperti Alyssa, ibunya yang bukakan jalan untuk beliau sehingga beliau boleh berjaya sehingga ke tahap ini. 

Jika ibu ayah tak tahu cara nak buka YouTube channel untuk anak-anak, boleh baca di SINI. Ada kami tunjukkan cara-caranya. Tapi kalau ibu ayah tak reti cara nak ambil video anak cantik-cantik, dan cara nak edit video; boleh klik gambar kat bawah ni. Kami ada sediakan kelas khas cara untuk shooting dan edit video guna henfon. Tak ada camera dan equipment lain pun tak apa. Guna apa yang ada di tangan jer dulu. Nak daftarkan anak pun boleh juga, yang paling muda pernah sertai kelas videografi kami kanak-kanak umur 8 tahun. Abahnya yang daftarkan. 

 

 

 

 



Filter
Youtuber Cilik 12 Tahun Mampu Beli Vellfire Hasil Pendapatan Dari Upload Video Ke Youtube - Saiful Nang Academy
Youtuber Cilik 12 Tahun Mampu Beli Vellfire Hasil Pendapatan Dari Upload Video Ke Youtube - Saiful Nang Academy