5 YouTuber Dengan Pendapatan Tertinggi Melebihi RM80 Juta Pada Tahun 2020

Kebanyakan semua orang dah tahu yang kita boleh jana pendapatan melalui Youtube. Berbanding dengan media platform yang lain yang terkesan daripada pandemic Covid-19, YouTube merupakan salah satu platform hiburan utama bagi penonton yang stuck di rumah dan kebosanan menghadapi lockdown. Di sini kami senaraikan 5 Youtuber yang menerima pendapatan paling tinggi dari Youtube bagi tahun 2020. 

5- Markiplier (Mark Fischbach)

Pendapatan: USD 19.5 Million (RM 80 Juta)
Views: 3.1 billion
Subscribers: 27.8 million

Mark Edward Fischbach yang juga lebih dikenali secara online sebagai Markiplier, seorang American Youtuber, gamer-commentator, comedian, dan juga aktor. Berasal dari Honolulu, Hawaii dan kini menetap di Los Angeles, California. Beliau mula upload video di Youtube pada 8 tahun yang lepas dengan hanya upload breakdowns of video games. Melalui channel beliau, Mark banyak upload pelbagai video games (yang utamanya video horror) seperti Neverending Nightmares, Amnesia: The Dark Descent, SCP – Containment Breach, and Five Nights at Freddy's. Yang membuatkan penonton tertarik dengan video beliau ialah cara beliau beri comment, in-depth style of gameplay, tone suara yang digunakan, dan tak lupa juga beberapa charity work yang dilakukan oleh Mark.

4- Rhett and Link

Pendapatan: USD 20 Million (RM 82 Juta)
Views: 1.9 billion 
Subscribers: 41.8 million 

Antara Youtube start yang bertahan lama. Youtube channel yang dimiliki oleh 2 identiti iaitu Rhett James McLaughlin, 43 dan juga Charles Lincoln Neal III, 42. Mereka bermula dengan program "Good Mythical Morning" sebuah talk show yang berkonsepkan 'nerd' pada tahun 2012. Pada Februari 2019, mereka dibayar sebanyak USD 10 Million untuk memperoleh SMOSH, a sketch comedy Youtube channel. Melalui pembelian itu, Mythical Entertainment (syarikat mereka) kini mempunyai seramai 100 orang pekerja, hasilkan hampir 2 billion views di Youtube pada tahun 2019, dan menjana pendapatan anggaran USD 11 Million dari Youtube's ad-share program. 

3- Dude Perfect

Pendapatan: USD 23 Million (RM 94.6 Juta)
Views: 2.77 billion 
Subscribers: 5.7 million 

Youtube channel yang dimiliki oleh 5 lelaki iaitu Coby Cotton, Cory Cotton, Garret Hillbert, Cody Jones dan Tyler Toney. Mereka merupakan bekas roomates semasa di Texas A&M University. Antara video popular mereka ialah video mereka enjoy bermain lightsbers, Nerf Guns dan paintballs. Disebabkan video dan stunt mereka telah membawa kepada national tour yang mendatangkan hasil sebanyak USD 6 Million. Pada Mac 2020 ketika Corona virus menyerang dunia dan banyak aktiviti sukan yang tidak boleh dilakukan, Dude Perfect Youtube channel buat satu program yang dinamakan sebagai Quarantine Classic. Dimana mereka compete against each other dalam sukan basketball dan roller-chair hockey. Siri video ini telah mendatangkan hasil sebanyak USD 160,000 dan mereka telah menyumbangkan duit itu kepada Red Cross and Feeding America. 

2- Mr Beast (Jimmy Donaldson)

Pendapatan USD 24 Million (RM 98.7 Juta)
Views: 3 billion 
Subscribers: 47.8 million 

Jimmy Donaldson ialah seorang American Youtuber, entrepeneur dan philanthropist. Jimmy telah menjadi pioneer dalam menghasilkan genre video YouTube yang memfokuskan kepada expensive stunts dan humor. Pada tahun lepas, Jimmy telah membekukan dirinya dalam ais, naik Ferris wheel 1000 kali dan bina Lego tower terbesar. 

 1- Ryan Kaji

Pendapatan: USD 29 Million (RM 119.2 Juta)
Views: 12.2 billion
Subscribers: 41.7 million

Ryan Kaji baru berumur 9 tahun dan sudah pun jana pendapatan hampir RM120 Juta pada tahun 2020. Padu teruk! Pada November 2020, Ryan Kaji menjadi Youtuber pertama yang featured di Macy's Thanksgiving Day Parade. Ryan's World YouTube channel banyak menghasilkan video content berupa DIY science experiments, family storytime dan juga reviews permainan-permainan terbaru. Itu hanyalah permulaan sahaja, hasil dari populariti beliau, kini Ryan Kaji mempunyai licensing deals untuk 5,000 Ryan's World produk yang merangkumi dari pelbagai household items seperti bedroom decor, clothing, toys, jam tangan, action figures, dan even walkie talkie. 


Jika dilihat dari kisah-kisah mereka, kebanyakan mereka memulakan YouTube channel ini dengan membuat video perkara dan hobi yang mereka minat. Main games, buat extreme activity, science experiment dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang mereka jadikan sebagai content di YouTube channel mereka. 

Nak jadi YouTuber semua orang boleh, bahkan Ryan Kaji pun dah ada YouTube channel sejak berumur 3 tahun. (of course parents nya yang buka YouTube channel untuk anak mereka). Sekarang nak create Youtube account pun tak ada limit umur. Tapi nak jadi YouTuber ni perlulah dengan ilmu. Bila hasilkan video dengan ilmu, barulah orang tertarik nak tengok video kita. 

Bila cakap pasal ilmu ni bukan nya kita suruh buat content akademik, tapi kena tahu skill videography dan editing, SEO, kena ambil tahu content bagaimana yang orang suka dan sebagainya. Belajar dengan kami lah bagaimana nak shoot dan edit video. Kami ajar guna smartphone jer, tak perlu beli equipment mahal-mahal. Dah boleh generate income dari YouTube baru kita upgrade equipment kita. Boleh klik kat gambar bawah ni je okay untuk ke kelas.

 

 Sumber: Forbes



Filter
5 YouTuber Dengan Pendapatan Tertinggi Melebihi RM80 Juta Pada Tahun 2020 - Saiful Nang Academy
5 YouTuber Dengan Pendapatan Tertinggi Melebihi RM80 Juta Pada Tahun 2020 - Saiful Nang Academy