Vlog Kami Rakam Guna Smartphone di Timah Tasoh Viral Dan Jadi Tumpuan Pelancong Lokal
Kami sendiri pun tak sangka! Asalnya sekadar nak mencari tempat yang rare dan tidak dikenali ramai untuk kami buat content di YouTube channel kami RareTV. Lepas sahaja disiarkan terus video tersebut viral dan lokasi tersebut kemudiannya menjadi tumpuan pelancong.
Kalau tak pernah tengok video tu, ini video yang kami maksudkan. Kalau nak tonton di YouTube, boleh klik sahaja logo/gambar RareTV.
Ada juga kerenah viewers yang menggelikan hati kami,
"Nak pergi ambil gambar sebijik macam dalam video kami"
"Nak posing sebijik macam dalam gambar"
Terima kasih kepada viewers kami yang pergi sana selepas melihat video kami di YouTube dan kemudian tag kami di Instagram (@rarecation), kami sangat menghargainya. Sekurang-kurangnya kami tahu video kami memberi manfaat kepada ekonomi setempat (sebab kami lihat ada yang berniaga di situ).
Kalau nak tahu, hampir keseluruhan vlog ini kami cuma shoot hanya dengan menggunakan smartphone sahaja. Ada la sikit-sikit guna drone view untuk capture pemandangan dari sudut pandangan udara. Jika content nya baik, idea fresh, record guna henfon sahaja pun video kita boleh viral.
Nak tak kami ajar bagaimana teknik nak hasilkan video yang best dan gempak? Guna henfon jer. Edit video pun guna henfon juga. Mudah dan guna app percuma sahaja. Tak ada camera dan equipment mahal-mahal pun masih boleh tuntut ilmu, itu bukan penghalang.
Yang penting ada minat nak belajar.
Ada minat nak upgrade kemahiran diri.
Ada keinginan untuk hasilkan video yang lebih baik.
Kelas Smartphone Video Shooting (sesi pagi 9am-12pm) selama 3 jam dan kelas Smartphone Video Editing (2pm-5pm) juga selama 3 jam. Banyak sangat ilmu yang kami nak kongsikan nanti dalam kelas. Cikgu yang mengajarnya pun ialah seorang vlogger juga jadi ilmu yang kami kongsikan memang sentiasa up-to-date. Boleh klik di gambar terus ya untuk belajar.