Kalau tahu lumayan, dulu lagi aku buat Youtube kata Saiful Nang
Ini gambar masa PKP2 tempohari. Dalam PKP kita tak boleh nak keluar pun. Saya pun dah pindahkan operasi semua company-company yang saya kendali di rumah. Ada dewan lama diubah jadi ofis. Masa ni. nak travel pun tak boleh dan rentas negeri pun dah lama tak boleh semenjak PKPB lagi.
Sebelum itu, saya harap suri-suri rumah yang ada henfon walaupun cap ayam pun, atau usahawan makanan walaupun yang cuma buat karipap di rumah sambil-sambil, boleh baca sampai habis. Ada sebab saya kongsikan rahsia ni.
Masa PKP2 tu fikir juga, nak buat apa ye kalau tak travel. In fact sampai sekarang pun tak boleh ke mana. Saya tanya diri semula, apa kata kita masak? Hari-hari pun kalau tak masuk Youtube, kita masak juga cuma kali ni kita masak dan menyembang dengan henfon semasa memasak. Kemudian edit guna henfon dan upload Youtube juga guna henfon.
Tak banyak boleh dapat, cuma sekitar RM6000 lebih sebulan Youtube bayar. Jangan cakap Youtube dah ramai orang follow memanglah...nak tahu ke tidak, kami bermula dari ZERO dalam Youtube. Jangan ingat FB kita ramai follower, buat Youtube terus naik. MINTA MAHAP cik kak semua, FB dan Google (Youtube) tidak ngam. Kita post share Youtube link dalam FB confirm FB tenggelamkan. Macam orang kena santau kot...yang ada kedai, tapi orang tak nampak kedai dia. Haa...gitu. Santau ke apa tu?
Sini saya kongsikan beberapa perkara yang buat saya rasa menyesal tak buat Youtube channel dari dulu lagi.
1. Benda boleh buat pakai henfon dan mudah. Edit pakai henfon. Hari ni shoot, hari ni edit dan hari ni juga upload dan hari ni juga nampak duit masuk kaching kaching kaching melalui dashboard Youtube Studio.
2. Dulu orang tengok TV, kita tengok semua yang indah-indah. Hari ni semua orang dah suka tengok Youtube kerana paparannya realiti. Ini trend semasa. Tanya keliling cuba, berapa jam seminggu kita mengadap TV dan berapa lama kita mengadap Youtube? Ini peluang besar.
3. Bila konsisten buat content, akan datang kepada kita sponsor-sponsor. Kalau setakat nak holiday mana-mana, tulis jer email kepada hotel biasanya IN THE HOUSE semuanya. Hotel dan airlines antara yang sangat welcome Youtubers. Biasanya maqom ni akan mula terasa sekitar melebihi 50k subscribers. Kurang dari tu pun kalau views dan engagement hebat, juga mereka suka.
4. Topic Youtube jangan jauh-jauh nak ambil. Benda yang ada di sekitar kehidupan kita jer. Macam saya, memang suka travel dan masak. Maka content dalam Youtube RareTV tu saya buat lah travel dan masak-masak. Tak payah pening kepala. Bukan kena keluar duit tambahan pun. Kalau ada pun duit nak keluar cuma setakat beli tripod sebiji dan mic yang RM12 tu pun dah boleh clear apa kita sembang.
Banyak lagi sebenarnya nak tulis tapi ni jari dah melecet menaip. Macam ni lah, saya dan team plan nak ajar semua bagaimana nak
1. Food Photography dengan Smartphone
2. Smartphone Food Videography
3. Smartphone Video Editing
4. Kelas Youtube Income Tinggi
5. Kelas Poster FB Guna Henfon
5. Kelas Iklan FB Impak Tinggi
KESEMUA INI RM470!! TAPI UNTUK WAKTU TERHAD SEMUA INI HANYA RM150 SAHAJA. KLIK UNTUK ACCEPT TAWARAN LUARBIASA INI
Banyak sangat jimatnya ni.
Ini bukan janji-janji MLM tapi ini realiti. Klik bawah ini terus untuk join kerana tawaran ini akan tamat pada bila-bila masa apabila quota langganan tamat sebelum hari Sabtu ini.