Bagaimana Youtube Gamers Jana Pendapatan 4-5 Angka Dari Youtube

Orang main game memang ramai, tapi tak ramai yang berjaya jana pendapatan melalui platform Youtube. Ada juga yang menjadikan ‘career’ ini sebagai sumber pendapatan utama mereka. Setiap bulan channel mereka akan menerima pendapatan anggaran serendah 4 hingga ke 6 angka, dah setaraf engineer kerja oil and gas dah.

Henfon dah ada, manfaatkan pula fungsi camera yang ada dengan hasilkan video yang berkualiti tinggi dan dalam masa yang sama boleh mula jana income dari Youtube.

Jadi macam mana nak dapatkan income dari Youtube channel ni? Kami kongsikan cara-caranya di bawah:

1) IKLAN
Yang ini paling mudah. Biasa kan bila kita tengok video Youtube, tiba-tiba ada iklan di tengah-tengah atau di permulaan video. Bila viewers tengok iklan kita, kita juga akan dapat income dari situ. Easy money lah kiranya ni.

Bila boleh kita mula monetise dari Youtube?
Bila channel kita dah cukup 1000 subscribers dan 4000 jam tontonan.

2) PRODUCT REVIEW
Bila jadi Youtuber, ni perkara biasa. Banyak founder akan hantar produk mereka untuk kita review di channel. Tshirt, makanan, produk gaming dan sebagainya.

3) SPONSORED VIDEO
Sponsored video ni konsepnya sesebuah produk membayar kita untuk meletakkan produk mereka di dalam video kita. Sebagai contoh, ada syarikat kerusi gaming minta kita selitkan sekali mengenai kerusi gaming itu di dalam video.

Beza product review dan sponsored video?
Product review satu video cerita pasal product itu sahaja, sponsored video kita selit sekali produk client dalam video kita.

4) JUAL PRODUK SENDIRI
Ini yang paling terbaik dan memang ramai gamers Youtuber buat. Soloz ada jual merchandise, Syafiq Aiman pun ada jual merchandise, begitu juga dengan Penjahat Soldier.

Contoh merchandise dari Soloz

Jika kita ada Youtube channel dengan subscriber yang ramai tetapi kita tiada produk sendiri, rugi sebenarnya. Sebab antara 4 cara buat duit ini, nombor 4 ni yang paling menguntungkan.


Jadi sekarang dah tahu macam mana nak jadi gamers Youtuber tapi dalam masa yang sama boleh hidup selesa?


The best thing about Youtube ni, tak ada limit umur. Maksudnya kalau ada anak-anak kita yang nak jadi Youtuber pun tiada masalah. Contoh seperti gamers Syafiq Aiman berjaya cecah 1 juta subscriber di channel beliau pada umur 19 tahun, dan berjaya membeli kereta pertama jenama Honda beliau pada usia 17 tahun.

Nak jadi gamers tak susah, nak buat video dan edit video pun tak susah. Tapi perlulah jadi seorang gamers yang ada ilmu. Barulah ada hasilnya.

Bukan untuk gamers Youtuber je, yang nak jadi chef Youtuber, lifestyle Youtuber, video content maker dan lain-lain. Kena ingat juga, kejayaan, subscribers dan income ribu-ribu tak akan datang dalam masa 1 malam, 1 minggu mahupun 1 bulan. Tetapi kejayaan datang dari ilmu dan usaha yang berterusan.

Prinsip kami mudah, nak jadi apa pun perlu ada ilmu.
Nak jadi gamers, kena pandai main game. 
Nak jadi chef, kena pandai masak.
Nak jadi doktor, kena belajar medic.
Nak jadi engineer, kena belajar engineering.

Nak jadi Youtuber berjaya, kena pandai buat video content dan belajar upgrade ilmu. Nak belajar dengan kami pun boleh, kami ajarkan buat video dan edit video guna henfon saja. Kelas online hari Sabtu ni dari jam 9am - 5pm. Daftar dan kami bagi sekali PERCUMA kelas Youtube Income Tinggi. Kelas Youtube ni kita ajarkan cara nak bina content yang boleh dapatkan subsribers yang tinggi, views yang tinggi, cara penggunaan keywords dan SEO yang betul dan beberapa lagi teknik dan tips untuk menaikkan channel Youtube. 

Boleh klik sahaja "ADD SELECTED TO CART" di bawah ni untuk masuk kelas.


Related Posts

6 Aplikasi Percuma Edit Video Menggunakan Smartphone Bagi Pengguna iOS Dan Android
6 Aplikasi Percuma Edit Video Menggunakan Smartphone Bagi Pengguna iOS Dan Android
Kalau dulu nak edit video kena ada komputer atau laptop yang high performance tapi gajet begini mahal pula harganya. ...
Read More
Mekanik Tempatan Guna Youtube (106K subscribers) Untuk Promote Bisnes Workshop
Mekanik Tempatan Guna Youtube (106K subscribers) Untuk Promote Bisnes Workshop
Seperti yang sering kami beritahu sebelum ini, semua orang pun boleh jadi Youtuber walaupun kita seorang mekanik! You...
Read More
Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Suman Dhamane telah meraih perhatian di India apabila meraih 8 juta tontonan sebulan pada tahun 2020 yang lalu menuru...
Read More

Filter
Bagaimana Youtube Gamers Jana Pendapatan 4-5 Angka Dari Youtube
Bagaimana Youtube Gamers Jana Pendapatan 4-5 Angka Dari Youtube