Asal Pembantu Rumah, Kini Gaji Tahunan RM1 Juta Hasil Upload Video YouTube Guna Smartphone
Siapa sangka, dengan video yang diupload ke YouTube hasil edit menggunakan handphone, ibu anak 3 kelahiran Indonesia ini boleh hasilkan pendapatan tahunan sebanyak itu.

Mana-mana surirumah yang mempunyai suami sporting macam En Paul ini pun boleh sama-sama bergabung untuk hasilkan video contents dan kongsikan tentang keluarga atau aktiviti biasa-biasa sendiri tetapi menarik, untuk manfaat orang lain juga.

Video-video mereka pun tidaklah semuanya beredit 'sempurna'. Yang penting, perkongsian mereka menarik dan tidak dibuat-buat.
Pernah menjadi pembantu rumah di beberapa negara seperti Singapura, Belanda, dan Hong Kong, awalnya hanya suka-suka kongsikan video-video tentang pengalaman sehariannya di luar negara, minat memasaknya dan tentang keluarganya sahaja. Semakin hari semakin berkembang hingga sekarang dah ada 1.36 JUTA subscribers. Dari biasa-biasa, jadi juta-juta. Seronok!
Surirumah yang suka memasak pun sebenarnya boleh jadi YouTuber hebat macam Puan Rosidah ni ya. Masak-masak kongsi resipi biasa-biasa pun orang subscribe. Betullah orang kata, rezeki tak pernah salah alamat, lagi-lagi bagi yang berusaha.

Video-video yang diupload sekarang dah menghampiri jumlah 1880 video kesemuanya sejak dia buka akaun YouTubenya pada 8 Oktober, 2013. Sekarang dah ada hampir 3.2 juta views.
Sumber maklumat dari socialblade.com mensasarkan mereka mampu menghasilkan pendapatan bulanan antara RM8,400 - RM133,000 sebulan, atau RM100,000 - RM1.6 juta setahun dengan jumlah subscribers dan viewers yang mereka ada. Lumayan sungguh!

Cerita-cerita tentang anak-anak mereka, Daniel Soekarno, Cassandra Kartini dan Carissa Sartika yang dibiasakan dengan gabungan budaya timur dan barat yang pentingkan unsur-ususr kekeluargaan, kesopanan dan keprihatinan antara manusia buat orang suka nak terus follow perkongsian mereka.
Setiap beberapa tahun, mereka akan balik ke Indonesia atau Kanada melawat kampung halaman dan membiasakan anak-anak dengan kedua-dua budaya. Masing-masing pun rapat dengan ahli keluarga di kedua-dua negara.

Yang buat subscribers lebih tersentuh hati adalah cerita tentang anak kedua mereka, Cassandra yang diduga penyakit kanser sejak bayi. Ini pun banyak buat orang suka ikuti perkembangan mereka di YouTube. Cassandra pernah jalani pembedahan selama 8 jam semasa umurnya 14 bulan. Lepas dibedah, perlu jalani kemoterapi dan lain-lain rawatan yang pelbagai dan menyakitkan pula. Memang jadi inspirasi kepada ibubapa lain yang ada anak dengan penyakit kanser.
Terkini, mereka dalam proses menyiapkan urusan perpindahan ke Kanada dari Hong Kong dijangkakan pada bulan Julai 2021 nanti. Semua urusan pembelian hartanah di Kanada bernilai hampir USD 1 juta adalah hasil usaha mereka sendiri. Wow sangat, kan?
Memang Puan Rosidah ni beri banyak inspirasi kepada jutaan subscribersnya. Memang mengagumkan sebab dia bermula dengan kongsi video biasa-biasa, edit guna handphone yang ada sampai berjaya seperti sekarang.
Siapa kata 'main YouTube' tak bawa ke mana tu, dia belum tahu caranya sahaja lagi. Kita tahu tentang kejayaan orang, kita pun sebenarnya BOLEH BUAT juga. Kalau nak kami ajarkan cara shoot dan edit video guna handphone, tapi video boleh jadi lagi professional, tekan terus link-link di bawah:
TAWARAN UNTUK YANG MEMBACA SEHINGGA TAMAT:
Boleh gunakan DISCOUNT CODE ini SVSSVE10SNAP (hanya sah sehingga dimaklumkan tarikh akhirnya tak lama lagi ini DAN hanya sah digunakan untuk pendaftaran kedua-dua kelas Smartphone Video Shooting dan Smartphone Video Editing SAHAJA) bagi melayakkan anda mendapat diskaun sebanyak RM10 @ 10% potongan harga untuk penyertaan dalam kedua-dua kelas.
Boleh pilih kedua-dua kelas dari link di bawah.
SENARAI KELAS-KELAS TERBAIK DI SAIFUL NANG ACADEMY
s