Kepengsss Serah RM5,000 dari Gaji Pertama Hasil Upload Video YouTube Kepada Ibu Tersayang
Anak balas jasa ibu hasil dari video YouTube jadi inspirasi untuk anak-anak yang mengenang budi.
Siapa sangka, anak bongsu dari 6 beradik yang dari zaman persekolahan jarang mencapai 'kejayaan membanggakan keluarga' ini akhirnya mampu membalas jasa mereka dari YouTube. Ibunya dah terima RM5,000 wang tunai tersebut yang cuma sebahagian dari gaji pertama Kepengsss. Siapa yang tak nak buat macam tu kat ibu masing-masing, kan?
Kepengsss, atau nama sebenarnya Muhammad Faris Izwan B Abdullah baru je nak masuk umur 21 tahun pada 30 Oktober 2021 depan. Tapi, disebabkan kesungguhan Kepengss hasilkan contents menarik, bertenaga, spontan dan kelakar, Kepengsss setakat ini dah berjaya terima anugerah Silver Button Play dari YouTube kerana mencapai tahap 100,000 subscribers sebelum ini, walaupun baru buka akaun di YouTube pada Februari 2018.
Kepengsss pernah beberapa kali viral dan salah satunya berkaitan dengan posting "Abah, Faris Rindu Abah Sangat Sangat" selepas pemergian ayahnya, seminggu selepas Kepengsss selesai menduduki peperiksaan SPM 2017. Terkini, bila beliau mengeluarkan video dengan niat menasihati seorang pendakwah, yang videonya telah mendapat 2.4 juta views. Sejak itu, Kepengsss semakin ramai mengumpul subscribers dan terkini sudah mempunyai sekitar 445K subscribers di YouTube dengan hampir 19 juta viewers video-videonya.
Dari 'studio' di bilik kecil di rumah ibubapanya, hingga menyewa sebuah rumah 3 bilik untuk dijadikan pejabat dan studionya sekarang, perkembangan Kepengsss dalam penghasilan contents video di YouTube menampakkan yang dia dan team serius dalam bidang ini.
Walaupun awalnya Kepengsss hanya menggunakan smartphone dan mengeluarkan contents bersifat statik - bercakap depan kamera smartphone dan tidak sedinamik sekarang dengan team kawan-kawan baiknya (gambar di atas hanya sebahagian sahaja dari team), ini bukan satu halangan untuk Kepengsss buat yang lebih baik setiap kali buat content.
TAWARAN UNTUK YANG MEMBACA SEHINGGA TAMAT:
Boleh gunakan DISCOUNT CODE ini SVSSVE10SNAP (hanya sah sehingga 08hb Januari 2021 ini SAHAJA) bagi melayakkan anda mendapat diskaun sebanyak RM10 @ 10% potongan harga untuk penyertaan dalam kedua-dua kelas: