Dari Bergelar Youtuber, Kini Jadi Pengarah Filem Dgn Kutipan RM7 Juta Sepanjang Tayangan

Itulah dia anak muda bernama Syahmi Sazli, 26 tahun yang berasal dari Kelantan ini. Mula menempa nama pada tahun 2016 apabila video-video pendek beliau viral dengan topik-topik yang 'panas' ketika itu seperti isu hantaran mahal, dan cinta bola.

Mungkin ramai yang tak tahu pada permulaan career, Syahmi hanya bermula dengan shoot video guna iPhone 5 dan edit video guna apps Viva Video sahaja. Bermula sekadar suka-suka dan minat, mula upload video cerita pendek beliau di personal profile FB, ke Page FB dan kemudian beralih angin ke Youtube. kini Syahmi dah jadi pengarah filem viral tahun 2020, Mael Totey The Movie dengan kutipan sebanyak RM4.56 Juta dalam masa 4 hari tayangan dan kini sudah mencapai RM 7 Juta pada December 2020. 

Setelah 5 tahun berkecimpung dalam arena Youtube, channel Syahmi Sazli kini sudah mempunyai 269 video dengan jumlah tontonan sebanyak 380.4 Juta. 

Sehingga kini Syahmi masih lagi bergiat aktif di Youtube dengan memuat naik video drama pendek dan drama spontan. Berdasarkan statistik dan data di Social Blade, Syahmi beroleh pendapatan sehingga RM120K sebulan dari channel Youtube beliau sahaja. 

Nak jadi Youtuber dan buat video sekarang ni dah mudah, dengan smartphone je pun boleh. Tapi harus diingat, kejayaan tak datang dalam masa 1 malam, 1 minggu mahupun 1 bulan. Kejayaan datang bila kita rajin cari ilmu dan buat content secara berterusan. 

Ada yang bercita-cita nak jadi seperti Syahmi Sazli? Modalnya cuma smartphone yang ada di tangan dan kerajinan. 

Rajin tengok berita semasa, rajin upload video, rajin upgrade ilmu dan kemahiran. 

Kelas online kami, Smartphone Video Shooting dan Smartphone Video Editing 1 hari dari pagi sampai petang. Join kedua-dua kelas ini cuma rm100 sahaja. Banyak tips dan teknik videography yang akan kami kongsikan dalam kelas nanti. Video kelas pula boleh ulang tengok sampai faham selama 6 bulan. 

 



Filter
Dari Bergelar Youtuber, Kini Jadi Pengarah Filem Dgn Kutipan RM7 Juta Sepanjang Tayangan - Saiful Nang Academy
Dari Bergelar Youtuber, Kini Jadi Pengarah Filem Dgn Kutipan RM7 Juta Sepanjang Tayangan - Saiful Nang Academy