Umur 4 Tahun Masih Tak Kenal ABC? Stop Bandingkan Anak Kita Dengan Anak Orang Lain

Anak pandai, tapi panas baran, tak yakin diri, tak ada empati, tak pandai bersosial, tak sabar, tak ada adab; apa gunanya?


Setuju dengan perkongsian Puan Aidil Rajiah tentang perkembangan pendidikan awal untuk kanak-kanak. 6 tahun pertama anak perlu difokuskan kepada perkembangan emosi, sensory, adab dan self esteem.

Berhentilah paksa anak cemerlang akademik sahaja, tapi ketinggalan urusan yang lebih utama.

Anak pandai, tapi biadab dengan ibubapa, guru dan orang yang lebih tua.
Anak pandai, tapi lari dengan orang yang dia kenal di socmed.
Anak pandai, tapi kaku seperti robot.
Anak pandai, tapi pendendam dalam diam.
Untuk apa?

Kita mahu anak yang menyejukkan mata dan hati ibubapa, guru dan semua. Anak yang sensitif dengan persekitaran dan ada sifat empati terhadap semua. Ada anak yang pandai hargai orang lain, tidakkah akan mendamaikan hati kita juga?

Di Findland dan di Jepun, tiada ujian yang menyesakkan dada dan emosi anak-anak. Mereka belajar semua ilmu asas untuk kehidupan terlebih dahulu.
.
Anak-anak mereka belajar seni, akhlak dan adab dalam kehidupan seharian. Seni lukis, seni mewarna, seni origami antara yang dilatih sedari kecil. Ini sangat melatih ketekunan, kesabaran dan kepuasan dalam penghasilan kerja-kerja kesenian. Emosi mudah dikawal kerana dari kecil dah buat secara natural melalui aktiviti-aktiviti seni. Semua dalam keadaan emosi yang terkawal.

Daftarkan anak-anak dalam mana-mana Kelas Seni yang dianjurkan. Untuk link pendaftaran boleh tekan pada gambar-gambar.

Di sekolah juga, aktiviti kemas bilik darjah, kemas tandas, kemas kantin dan persekitaran. Dari pelajaran sebegitu, mereka faham tanggungjawab sebagai manusia. Latih mereka pastikan kebersihan dalam tandas, supaya bila dah dewasa, tiada lagi isu tandas kotor walaupun tandas untuk kegunaan orang awam - sebab ianya hak masyarakat, dan mereka tahu itu adalah tanggungjawab asas. Semua yang mereka praktikkan semasa kecil akan dibuat sampai bila-bila.

Kita mahu anak-anak yang kita lahirkan jadi anak-anak yang dapat mencerap dan memahami mengapa mereka berbuat sesuatu. Anak-anak yang bukan akhirnya menjadi "Tuan" kepada ibubapanya sendiri. Makan sentiasa bersuap dan tiada inisiatif mengusahan sendiri. Anak-anak yang ada empati dan mampu bertindak mengikut keperluan dan situasi, dan yang paling penting, mengikut aturan baik yang diterapkan ibubapanya.

Ibubapa, rapati anak, buat mereka seperti kawan, terapkan kemahiran asas yang akhirnya membuatkan mereka mampu menggunakan aqal sampai cemerlang dalam semua segi.

Kita nak lahirkan insan, bukan robot.

Kalau sayangkan anak-anak, daftarkan mereka dalam mana-mana kelas seni pada gambar-gambar.



Filter
Umur 4 Tahun Masih Tak Kenal ABC?  Stop Bandingkan Anak Kita Dengan Anak Orang Lain - Saiful Nang Academy
Umur 4 Tahun Masih Tak Kenal ABC?  Stop Bandingkan Anak Kita Dengan Anak Orang Lain - Saiful Nang Academy