Rumah Bersepah Tanda Doa Kita Untuk Dapat Anak Sihat, Termaqbul

"Dina, kalau nak warnakan kertas tu, jangan sampai kotorkan meja ya!"
"Eeee meh sini Mommy buatkanlah. Sepahnyaaa!"

Teguran-teguran ni kita pernah buat, kan? Ada masa, ada yang sampai anak menjeruk hati, merajuk tak nak makan. Ada yang terus tak nak bercakap dengan kita. Bila difikir-fikirkan semula, terasa hati diracik-racik, pedih.

Jadi ibu ayah ni memang kena kental hati. Nak anak seimbang fizikal dan minda, ibu ayah pun kena sama seimbangkan manis, masin, pedas, masam dan pelbagai 'rasa' lain dalam pendidikan. Yang penting, JANGAN SEKAT SILIBUS PENDIDIKAN UNTUK MEREKA. Anak kreatif, anak buat sepah, mindanya bebas berimaginasi 'membina'. 

Seperti yang Dr Ahmad Luqman Bukhari kongsikan tu, bersyukurlah. Itu tandanya, anak kita seorang yang sihat, sentiasa berusaha cari jalan, 'buat sepah' sebab anak kreatif dan permulaan nak jadi generasi PENCIPTA. Tapi, ibubapa mesti sentiasa MEMANTAU supaya mereka tak berlebihan pula.

Anak kecil ni mereka kreatif tapi kadang-kadang kita sebagai ibubapa sekat sifat kreatif mereka tu tanpa kita sedar. Jadi kami kongsikan di sini cara-cara yg boleh ibu bapa boleh praktikkan untuk merangsang minda dan kreativiti anak-anak.

1. Be mentally Prepared For A Mess 

Ibubapa boleh set up art area di mana anak-anak boleh buat experiment dan buat kecah. Tp ibubapa pun kenalah bersedia secara mental dengan apa yang akan terjadi. Ruang kecil pun tak apa janji ada. Atas meja makan ke, balkoni rumah ke, kat garage ke... janji mereka ada area untuk mereka menzahirkan ‚Äėkarya seni‚Äô mereka

2. Elakkan Beri Arahan

Jangan beritahu anak-anak apa yang nak dibuat atau bagaimana nak buat. Daripada kita beri arahan ‚ÄúLukis pelangi‚ÄĚ, apa kata kita¬†galakkan mereka untuk mix colour dan conteng/lukis menggunakan jenis berus/kertas yang berbeza.¬†Kreativiti tanpa batasan.

3. Borak Mengenai Artwork Mereka


Bila kita sembang dgn mereka, cuba beri komen yg lebih jelas. Contohnya, darpada kita beri komen yang general seperti ‚Äėcantiknya adik lukis‚Äô, cuba beri komen seperti ‚Äėibu tengok adik banyak guna warna biru. Kenapa adik pilih warna tu?‚Äô Mereka akan rasa kita beri perhatian kepada artwork mereka

4. Explore Proses Artwork Anak Kita


Antara cara terbaik nak stimulate minda anak kita ialah dengan galakkan mereka bercakap mengenai hasil seni yg mereka hasilkan. Selain dapat mengeratkan hubungan antara anak dengan kita, kita juga boleh menyelami cara mereka berfikir

5. Jangan Lukis Sekali Dengan Anak


Bukan tak boleh, tapi bila ibubapa lukis sekali sama-sama dengan anak dan lukisan kita jauh lebih baik dari mereka, anak kecil ni boleh rasa kecewa dgn hasil seni yang mereka hasilkan. Seeloknya jika kita boleh duduk bersama mereka dan pastikan mereka tahu yg kita menunjukkan minat dan sangat meyokong proses art-making mereka

6. Biarkan Mereka Buat Experiment Sendiri

Bila anak-anak kita dah siapkan hasil seni mereka, seeloknya jangan kita cuba-cuba suggest untuk tambah itu ini atau lakukan perubahan pada artwork mereka. Penting untuk anak-anak tahu apa yg mereka hasilkan itu cukup baik - walaupun yg dia lukiskan itu hanyalah 'orang lidi.'

Jadi, dengan aktiviti-aktiviti yang pastinya 'menyepahkan' rumah kita, bersyukurlah.

Sepatah kata lagi dari Ahmad Luqman Bukhari :
Percayalah, hati kita ni akan jadi sangat sedih bila nampak anak tak aktif dan tak bermaya.
Setiap hari kami akan bertemu mak ayah yang kesedihan masa terpaksa bawa anak yang jatuh sakit ke hospital.¬†ūüėĘ
.

Jika ada ibubapa yg berminat nak asah skill lukisan anak-anak atau nak daftarkan anak kelas yg fun dan interaktif secara online, boleh daftarkan anak kelas lukisan Komik Kartun dan Kelas Teknik Mewarna. Tekan gambar-gambar untuk link pendaftaran.


**sijil ada juga disediakan (optional - dgn bayaran tambahan) bagi ibubapa yang ingin mendapatkan sijil tambahan buat anak

Related Posts

Bedung bayi : Langgar Hak Asasi?
Bedung bayi : Langgar Hak Asasi?
Orang tua-tua dulu-dulu memberi nasihat kepada ibu-ibu muda jika tidak membedung anak, akan mejadikan anak kengkang j...
Read More
Anak Malaysia Usia 10 Tahun Menang Reka Maskot Komanwel 2022
Anak Malaysia Usia 10 Tahun Menang Reka Maskot Komanwel 2022
London: Lukisan kanak-kanak berusia 10 tahun anak kepada ibu bapa kelahiran Malaysia yang menetap di Britain dipilih ...
Read More
Anak Bergaduh, Tapi Mak Ayah Yang Bertumbuk
Anak Bergaduh, Tapi Mak Ayah Yang Bertumbuk
Perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh ini membuka mata dan diharapkan dapat sama menyedarkan ibubapa di luar sana....
Read More