Semua Mak Ayah Buatkan : Anak Sudahnya Tak Tahu Nak Buat Apa

Jangan tinggalkan anak yang lemah di belakang! Kesian mereka.
Anak-anak kalau kita tak berikan latihan, bimbingan, mereka akan 'hanyut dalam lautan'. Tak tahu berenang, LEMAS!
Boleh dapatkan pelajaran dari perkongsian Dr Redza Zainol ini dan diharapkan dapat buka mata dan minda ibubapa yang 'terlalu over protective' kepada anak-anak.

Apa maksud 'lawnmower parents' ni?
Jenis ibubapa sebegini adalah ibu bapa mempunyai keinginan yang kuat untuk 'melindungi' anak mereka dari sebarang jenis perjuangan atau halangan.

Hasilnya, mereka dikatakan 'mengatasi' segala masalah yang dihadapi anak mereka, dan juga mencegah masalah dari awal dan tak biarkan anak berusaha untuk selesaikan sendiri masalah pun.

"Bukan apa, cikgu. Saya tak nak anak lalui benda-benda yang saya lalui dulu. Saya nak mudahkan hidup anak-anak saya ni"
"Awak apa tahu, anak saya, saya tahulah nak didik macam mana"
Mungkin ini antara yang cikgu-cikgu atau ibubapa lain pernah hadapi bila kita menegur perbuatan ibubapa 'lawnmower' ini.

"Dah, dah. Kalau susah sangat, biar mak buat."
"Eeee nanti calar-balar badan tu. Jangan panjat."

Adakah ini juga antara kita sebagai ibubapa pernah buat secara berlebihan?
Kesian anak. Nanti tak cukup latihan nak 'survive' bila ibu ayah dah tak ada.

Ini juga antara yang 'lawnmower parents' sanggup buat demi nak 'selamatkan anak dari masalah'. Kita ada buat?

Nak latih anak 'berenang', campak mereka ke lautan', dengan pantauan ibubapa juga. Kata kuncinya, PANTAUAN IBUBAPA PERLU ADA. Bukan tak beri langsung peluang kepada anak untuk berusaha.

Sekali kita izinkan mereka lalui proses pembelajaran, dengan melalui masalah terlebih dahulu, mereka boleh berfikir dan buat pilihan. Jumpa masalah A, cari jalan penyelesaian. Lain kali bila jumpa masalah yang sama, anak dah tahu nak kena buat apa.

 

Kasihan kalau anak dari kecil memang tak diberikan latihan apa-apa, termasuk nak hasilkan kraftangan atau hasil seni yang memang terbukti boleh latih mereka:
- jadi kreatif
- mampu selesaikan masalah
- menenangkan emosi
- elak ketagihan gajet
- tak tantrum 
dan banyak lagi manfaat dari 'semudah-mudah' aktiviti melukis dan mewarna.
Ibubapa prihatin, akan sokong anak melalui semua proses latihan ini. Boleh ikuti ibubapa di Jepun dan Finland, contohnya. Anak yang pada tahap 6 tahun pertama sangat digalakkan bermain, fokus pada aktiviti seni, biarkan mereka 'meneroka' aktiviti seni yang memberikan banyak manfaat dengan pantauan. Hasilnya, adab dan akhlak dalam kehidupan seharian akan kekal diamalkan sampai ke tua.
Sayang anak, tangan-tangankan.
Kita galakkan mereka tangani masalah, melalui latihan-latihan yang bersesuaian dengan pantauan. 

Related Posts

Anak Malaysia Usia 10 Tahun Menang Reka Maskot Komanwel 2022
Anak Malaysia Usia 10 Tahun Menang Reka Maskot Komanwel 2022
London: Lukisan kanak-kanak berusia 10 tahun anak kepada ibu bapa kelahiran Malaysia yang menetap di Britain dipilih ...
Read More
Anak Bergaduh, Tapi Mak Ayah Yang Bertumbuk
Anak Bergaduh, Tapi Mak Ayah Yang Bertumbuk
Perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh ini membuka mata dan diharapkan dapat sama menyedarkan ibubapa di luar sana....
Read More
Gila : Kanak-kanak 8 tahun dan Kekasihnya 13 tahun, ‘Move in Together’ Atas Restu Kedua-dua Ibubapa
Gila : Kanak-kanak 8 tahun dan Kekasihnya 13 tahun, ‘Move in Together’ Atas Restu Kedua-dua Ibubapa
GILA. Itu antara reaksi pertama bagi sesiapa yang membaca tajuk artikel ini. Itu juga yang kami rasa, bila membacany...
Read More