Tips Tingkatkan Fokus Anak Melalui Mengemas

Ibubapa yang ada anak kecil, pernah tak dengar “Toys Rotation in Montessori Way”? Toys rotation ni boleh bantu anak kita untuk tingkatkan fokus anak-anak dan paling penting permainan kanak- kanak kurang berselerak dan mempunyai banyak ruang.

Apa tu toys rotation?

Kita sebagai ibubapa ni kan mesti ada rasa kesian tengok anak-anak takde mainan, so kita pun beli lah mainan untuk bagi anak-anak main. Tapi bila kita bagi main semua mainan pada satu masa, anak-anak akan lagi cepat bosan dan and tak terokai lebih lagi bagi setiap mainan tu.

Sebab tu pentingnya toys rotation, dimana boleh bantu untuk minimum kan mainan yang anak main, pada masa yang sama anak boleh fokus setiap mainan dengan lagi mendalam. Kita boleh tukar mainan anak setiap minggu atau 2 minggu sekali bergantung pada ibubapa masing masing.

Katakan, minggu pertama dan kedua nak ajar bentuk dan warna. Ibubapa boleh letak mainan yang mempunyai bentuk dan warna. Minggu ketiga dan keempat, ibubapa nak ajar abjad dan nombor. Jadi ibubapa boleh letak mainan berbentuk sedemikian rupa. Begitulah proses seterusnya.


Bila buat macam ni, ianya akan menarik minat anak-anak untuk tahu lebih mendalam, belajar dan tidak keliru. Paling penting, berikan galakan kepada anak-anak kita untuk kemas mainan dia selepas bermain. Sambil kita kemas ajak anak- anak kemas sekali, lama kelamaan anak-anak akan faham dan ikut.

Credit: Aishah Suhaimi (Childhood educator)

Sesekali, boleh take a break dengan mengikuti kelas Oil Pastel, kelas Teknik Mewarna dan kelas Komik Kartun yang dianjurkan oleh Saiful Nang Academy. Di mana di dalam kelas ini akan membantu anak-anak mengasah kemahiran, melatih daya kreativiti dan emosi anak- anak di samping mengenal bentuk dan warna. Ini menjadikan anak-anak lebih ceria dan menambah keyakinan mereka.

Boleh klik gambar dibawah untuk mendaftar pakej Oil Pastel yang mana ada 3 kelas dalam 1 pakej dengan penjimatan yang menarik.

 


Related Posts

Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Tanpa kita sedar, sebenarnya melukis merupakan aktiviti yang luar biasa. Mungkin bagi sesetengah individu mengganggap...
Read More
Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Ada tak dekat sini mak ayah yang beri 'GADGET TIME' untuk anak, instead of beri anak pegang gadget sendiri? Dalam dun...
Read More
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Mak ayah ada tak anak yang setiap kali nak ke sekolah je mulalah buat perangai, tantrum dan beri banyak alasan? Pasti...
Read More

Filter
Tips Tingkatkan Fokus Anak Melalui Mengemas
Tips Tingkatkan Fokus Anak Melalui Mengemas