Pelukis Down Syndrome Cilik Bantu Tampung Kos Pembedahan Kanak-kanak Yang Memerlukan

Maryam bersama-sama guru seninya, Nik Nur Izzati (kanan)
(Sumber gambar: The Star)

Maryam Khairul Anuar, kanak- kanak berusia 9 tahun ini sungguh luar biasa. Meskipun dilahirkan dengan Down’s Syndrome, Maryam membuktikan bahawa kelainan upaya bukan penghalang untuknya berbakti kepada masyarakat. 

Anak istimewa ini merupakan zuriat ketiga kepada seorang doktor pakar bedah kardiotoraks pediatrik, Dr Khairul Anuar Abdul Aziz, 39 dan isterinya, seorang pegawai bank, Sharifah Sarah Syed Mohamed Tahir, 39. 

Dengan bantuan dan bimbingan guru seninya, Nik Nur Izzati Yazid, 31, Maryam berjaya menghasilkan lukisan yang bukan sahaja memukau mata, malah ada nilai komersial. Setiap lukisan beliau dijual pada harga dalam lingkungan RM100 hingga RM5,000 di laman Facebook dan Instagramnya, Maryam Saves A Heart (MSAH)

 

Sebahagian besar hasil jualan karyanya digunakan untuk membantu pihak yang memerlukan. Baru-baru ini, Maryam telah menjual 95 karya hasil lukisannya dan berjaya mengumpul dana sebanyak RM80, 000 untuk membantu menampung kos pembedahan jantung kanak-kanak pelarian. Dana yang dikumpulkan itu disumbangkan terus kepada Yayasan Institut Jantung Negara (IJN). 

Bukan itu sahaja, malah sebelum ini, Maryam menerusi MSAH telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM6500 untuk Kiwanis Down Syndrome Center di Petaling Jaya. Pencapaian ini sungguh mengagumkan dan membuktikan bahawa kanak-kanak Down’s Syndrome juga boleh berbakti kepada masyarakat meskipun ada keterbatasannya yang tersendiri. 

Maryam mula melukis sejak berusia 6 tahun. Sejak hari itu, Maryam menemui ketenangan melalui aktiviti seni melukis ini. Beliau menggunakan cat akrilik dan mengaplikasikan pelbagai teknik seperti lukisan jari, lukisan swab (menggunakan putik kapas), berus dan span untuk menghasilkan lukisannya. Beliau juga suka memasukkan elemen alam dalam lukisannya termasuklah  pelangi, langit, pokok dan bunga-bungaan. 

Antara lukisan Maryam 

(Sumber gambar: The Star)

Apa yang lebih menginspirasikan daripada kisah Maryam ini ialah kerjasama dan sokongan padu ahli keluarganya dalam mengasah bakat lukisan Maryam. 

Kempen Maryam Saves A Heart ini digerakkan oleh ahli keluarga mereka sendiri. Bapanya sendiri akan menghantar lukisan kepada pelanggan. Manakala, dua orang abangnya Hamza, 15 dan Faruq, 13, dipertanggungjawabkan untuk mengurus akaun media sosial.

Selain itu, Puan Sharifah Sarah dan Dr Khairul Anuar sendiri begitu cakna dengan perkembangan emosi Maryam serta memberikan ruang luas kepadanya untuk mengasah kreativiti. 

"Kanak-kanak istimewa ini perlukan persekitaran yang positif agar mereka tidak berasa sedih disebabkan melakukan kesilapan atau gagal memahami sesuatu perkara," katanya.

Kisah Maryam dan keluarganya membuktikan bahawa kanak-kanak kelainan upaya juga mampu berjaya dengan cara mereka yang tersendiri. Apa yang penting ialah kesanggupan ibu bapa untuk mencungkil bakat mereka dan mengasahnya sehingga bersinar. 

Sumber rujukan: The Star

Bagi ibu bapa yang berminat untuk mengasah kreativiti anak anda, boleh daftarkan anak ke dalam Kelas Artman kami hujung minggu ini! Mana tahu anak kita sememangnya ada bakat terpendam dalam bidang seni ini. Di kelas Komik Komik Kartun, anak-anak bebas melukis komik mengikut kreativiti mereka dengan pantauan daripada Cikgu Izzah. Di kelas Teknik Mewarna dan kelas Oil Pastel pula, anak-anak diajarkan penggunaan warna yang sesuai. Mood anak-anak pasti ceria melihat lukisan yang berwarna-warni. 

Klik terus gambar dibawah untuk mendaftar pakej Oil Pastel.

 


Related Posts

Ketagihan Gadget Punca Fenomena Anak Tak Dengar Kata
Ketagihan Gadget Punca Fenomena Anak Tak Dengar Kata
Kajian saintis menunjukkan anak yang sudah terlalu leka dan seronok dengan gajet ini bakal mengalami MASALAH SENSITIV...
Read More
Ajar Anak Tidak Malu Kerja Kotor, Satu Hari Nanti Mereka Tak Jijik Menjaga Kita Di Waktu Kita Pikun
Ajar Anak Tidak Malu Kerja Kotor, Satu Hari Nanti Mereka Tak Jijik Menjaga Kita Di Waktu Kita Pikun
Program Artcamp daripada Artman baru sahaja melabuh tirai. Seminggu cuti sekolah digunakan sepenuhnya untuk anak-anak...
Read More
Ajar Anak Setia Bertudung Sebelum Umur 7 Tahun
Ajar Anak Setia Bertudung Sebelum Umur 7 Tahun
Dulu kami fikir, umur bawah 7 tahun masih belum wajib nak bertudung. Masih kanak-kanak lagi kononnya. Namun kami rasa...
Read More

Filter
Pelukis Down Syndrome Cilik Bantu Tampung Kos Pembedahan Kanak-kanak Yang Memerlukan
Pelukis Down Syndrome Cilik Bantu Tampung Kos Pembedahan Kanak-kanak Yang Memerlukan