TIPS PARENTING 12 : CEMBURU ANAK

Cemburu tanda kita sayang atau caring. Cemburu yang ada asas, bukan yang membabi buta akan dapat menyelamatkan banyak keadaan daripada menjadi out of control.

Bila disebut tentang cemburu, lazimnya masyarakat kita terbayanglah kisah isteri cemburukan suami yang pakai wangian dan bersiap sekacak mungkin ke tempat kerja. Pakwe yang cuba hubungi makwe malam-malam, telefon bimbit busy sentiasa.

Kurang sekali kita bincangkan sikap cemburu seorang ibu kepada anaknya. Jika ada pun, segelintirnya seperti yang sering kita tonton di kaca televisyen dalam slot akasia, slot samarinda iaitu kisah ibu yang cemburukan menantu. Itu pun sebab bimbang menantu mengambil alih peranannya dan kasih sayang anaknya beralih arah.

Pernahkah kita terdetik untuk mencemburui anak kita yang baru seusia 10 tahun? Yang baru nak menjengah alam remaja?. Dunia sekarang, anak seusia 6 tahun pun sudah pandai dan memandai. Tak perlu tunggu usia mereka menjangkau 13 tahun. Kes-kes yang dirujuk kepada kami menunjukkan anak darjah 1 sudah banyak yang melihat sendiri video lucah, malah melihat abang dan kakak melakukan hubungan seks!!!

DUNIA TANPA SEMPADAN? BINA SATU UNTUK ANAK KITA

Dunia tanpa sempadan kini membuatkan kita sebagai ibu bapa terpaksa membina sempadan-sempadan dan halangan-halangan. Inilah konsep hudud dalam rumah. Kadang-kadang kita pula yang terpaksa keluar sempadan untuk berada dihadapan anak kita.

Sifat cemburu inilah yang membuatkan kita melangkah kehadapan lebih daripada anak. Dunia zaman moden dan IT ini membuatkan bukan setakat selangkah malah berpuluh-puluh langkah lagi kita kena berada jauh 100 tahun di hadapan. Ini bukan pepatah bapak kencing berdiri, anak kencing berlari tau, ini pepatah anak dapat diploma, ibu bapa kena ambil Ijazah! Tidak boleh dibiarkan, anak digital ibubapa analog. Mesti cemburu pada anak.

Bayangkanlah, anak sekarang masuk sahaja sekolah menengah sudah diberikan telefon bimbit dan komputer riba yang canggih, yang ada camera, yang ada laman sesawang. Tup..tup.. anak kita yang tadinya berada di dalam bilik di Taman ABC sudah pun boleh berada di Negeri XYZ! Maaf cakap, sudah pun beraksi seksa seksi. Sikap tidak cemburu, biarkanlah dan tidak apa, mengizinkan anak kita diratah di dalam jagaan sendiri. Kononnya mereka sedang mentelaah, nak exam dah. Memangpun! mereka sedang mentelaah, tapi dimentelaah dek jantan liar. Habis setiap inci tubuh mereka sudahpun dikaji melalui webcam! Ini hanya satu contoh, banyak lagi contoh jika nak dicoretkan.

JANGAN JAGA TEPI KAIN MEREKA?

Memang pun kita sebagai ibu bapa wajib lagi fardu sentiasa menyibuk dan sentiasa menjaga tepi kain anak-anak kita. Kalau kita tidak tolong jaga, nanti diselak pula. Anak-anak lahir tak tahu apa-apa (jahil). Allah suruh jaga tepi kain mereka sampai umur 40 tahun. Tapi macam mana kita nak jaga jika kain sebahagian kita sendiri selalu terselak?

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” QS: 16. An Nahl 78.

Jahil memang cenderung ke haluan kiri, haluan neraka. Mereka mudah diperdaya dan mudah memperdaya. Itu belum lagi sukarnya kita nak menjaga pakaian, tingkah laku, aktiviti, pergaulan mereka di depan mata. Pokoknya jika kita sayangkan mereka kita sentiasalah cemburukan apa yang mereka lakukan. Sentiasalah tanamkan dalam hati, Apakah yang sedang anak aku buat? Apa yang ada dalam beg sekolah mereka? Apa yang mereka baca? Apa yang mereka tulis? Apa yang mereka bincangkan? dan banyak lagi.

Janganlah bimbang dikatakan kolot. Dengan anak pun nak cemburu? Bila kita cemburu, itu tanda kita sayang dan bimbang akan kehilangan seseorang yang kita sayangi. Cemburu, bila diletakkan pada tempatnya dapat mendorong seseorang itu untuk menghargai dan melindungi hubungan dan insan yang disayangi itu. Cemburu memberi manfaat kerana ia dapat membuka mata kita terhadap sesuatu yang masih berada di dalam tanggungjawab kita supaya ia tidak akan hilang dari kita sebelum waktunya.

Bila hilang rasa cemburu mulalah timbul sikap ketidakpedulian pada anak dan keluarga. Mulalah membiarkan segala perilaku dan penampilan serta aktiviti mereka tanpa kawalan. Semua berdalih konon saling mempercayai meskipun realitinya bakal mengundang fitnah dan indikasi negatif serta membuka peluang penodaan, kepincangan dan kemaksiatan.

Pasangan yang saling cemburu sanggup menghabiskan wang ringgit, mengupah risik untuk mengetahui tentang pasangannya, malah ada yang sampai ke tahap membunuh secara batil. Cemburu atas dasar kebenaran dan tanggungjawab merupakan dasar perjuangan amar ma’ruf nahi munkar. Apabila tidak terbit sikap cemburu dalam hati seseorang yang beriman, maka sudah pasti tidak akan ada dorongan untuk memperjuangkan amar ma’ruf nahi munkar padanya, yang dimulai dari sekecil-kecil perkara untuk diri dan keluarga.

Terlalu banyak firman dan hadis yang merujuk soal kaitan kepimpinan ibu bapa dan cemburu ini. Ringkasnya, lelaki itu pemimpin keluarga. Selaku pemimpin, kita bakal ditanya tentang orang yang kita pimpin. Lelaki yang tidak cemburu terhadap ahli keluarganya dikatakan lelaki dayus.

Si Dayus haram mencium bau syurga, samada di dunia mahu pun di akhirat. Neraka di dunia ini menjadi tiket untuk neraka yang satu lagi! Bagaimana? lelaki dayus akan berakhir dengan longgokan laporan polis di tangan kerana isteri berselengkoh, anak gadis di bawa lari teman lelaki, nak tukar agama atau tak mau balik lagi. Tidak pun habis duit mereka bayar denda dan kos mahkamah, anak ditangkap mengedar dadah atau pecah rumah, merogol dan memukul. Semua berpunca kerana tidak cemburu untuk mencegah lebih awal.

Ada hadis yang berbunyi: “Orang-orang mukmin itu pencemburu dan Allah lebih pencemburu.” (HR. Muslim).

Lihat! Allah juga sangat cemburu kepada kita. Jangankan berzina, mendekatkan diri kepada zina saja Allah sudah larang. Jangan kata ingkar, berkawan dengan syaitan pun sudah Allah tegah. Mengapa? Itu kerana Allah sayang kita.

Masalah kita adalah kita tidak tahu kita bermasalah. Kita tidak mampu menjauhi syaitan kerana kita sendiri tidak kenal syaitan.

Kudap Kudap
dari Ibu-ibu
WARGA PRIHATIN

Masih belum terlewat lagi untuk kita menuntut ilmu keibubapaan. Berbuat sesuatu dengan ilmu pasti beroleh hasil yang lebih baik. Tambahan pula ilmunya dari Al-Quran sendiri, sudah tentu lebih yakin.

Jadi kami nak bantu ibubapa mendapatkan ilmu yang boleh diaplikasikan dalam keluarga sendiri melalui Pakej Parenting yang mana ada 2 kelas iaitu kelas Tadabur Asas Al-Quran dan kelas Akhlak. Klik link di bawah untuk mendaftar.

 


Related Posts

Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Bila tiba hujung minggu atau musim cuti sekolah, bukanlah bermakna mak ayah boleh rehat - rehat goyang kaki. Mestilah...
Read More
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Dalam fasa anak - anak membesar, adakah kita perasan masalah perkembangan pada mereka? Contohnya, ada perkara yang pa...
Read More
Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Tanpa kita sedar, sebenarnya melukis merupakan aktiviti yang luar biasa. Mungkin bagi sesetengah individu mengganggap...
Read More

Filter
TIPS PARENTING 12 : CEMBURU ANAK - Saiful Nang Academy
TIPS PARENTING 12 : CEMBURU ANAK - Saiful Nang Academy