Pendaftaran Terbuka Sepanjang Masa! Boleh daftar dan terus menonton rakaman kelas dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh pendaftaran.
INFO KELAS
Pendaftaran terbuka Sepanjang Masa! Boleh daftar dan terus menonton rakaman kelas.
Antara masalah kejahilan yang paling besar melanda kita umat Islam hari ini ialah mengenal nama atau istilah dalam agama.
ALLAH ada nama, binatang ada nama, manusia dan semua urusan hidup kita pun begitu juga. Contohnya, Polis itu nama, Bomba itu nama, Hospital juga nama, Mahathir itu nama, Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh semuanya nama. Setiap nama itu ada ideologi dan matlamat hidup dan perjuangan yang mereka bawa.
Kerana itu ALLAH perintah kita baca dan iqra’ berdasarkan NAMA ALLAH – (BISMILLAH/BISMIROB).

Dalam meniti sistem Islam pun begitu juga. SIROOT, SABIL, THORIQ itu istilah. Syiar, syariat dan syair juga istilah. Arif, Takrif, Marifat, Taaruf semuanya istilah. Syurga, neraka adalah nama, dosa pahala juga nama. Dipan-dipan dan talaqqi itu istilah, sibghatullah, wasilah, wusto, marjan, rohik, khamar semuanya istilah.
AKU dan KAMI adalah gantinama. Syaitan, malaikat itu nama, Adam juga nama. Muhammad s.a.w. itu nama, Ahmad dan Syaibatul Hamdi juga nama, Mahdi, Dajjal, Isa pun nama dan banyak lagi nama dan istilah dalam agama.
Setiap nama ada cerita dan falsafah agama di sebaliknya yang harus kita tahu dan mengenalinya melalui nama.
Jika kita tidak kenal syurga neraka kita akan tersalah masuk pintunya. Tidak kenal syaitan kita tidak mampu merejamnya.

Tidak kenal istilah sedekah, zakat, infaq, akikah, korban, fidyah, kifarah kita tidak akan mahu mengeluarkannya. Jika kita tidak faham istilah siapa fakir, siapa miskin, siapa yatim dan kesemua 8 asnaf, nanti tidak sampai matlamat zakat kita.
Jika kita tidak kenal ikhlas, akan hilang mukhlisnya, tidak kenal islah akan hilang amal solehnya.
Bila kita tidak kenal ALLAH kita tidak akan mencintainya, silap haribulan terbatal pula syahadahnya. Tak kenal Muhammad juga sama, tak mungkin mampu berselawat dengannya, tak mungkin kuat syahadah dan akidah kita.

KATEGORI1. Ibubapa2. Dewasa3. Remaja
APA YANG AKAN ANDA PELAJARI?
1. Diperkenalkan Asas Tadabbur Al-Quran dari sudut nama-nama dan istilah.
2. Ibubapa dan anak akan belajar bagaimana menguasai terminalogi dan analogi di dalam Al-Quran secara lebih praktikal untuk digunakan sebagai panduan dan ilmu dalam pendidikan kekelurgaan.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Komputer / Laptop / Smartphone
MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI
1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah.
2. Ada nota dan video Live bersama ustaz.
3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan.
4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami.
5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.
TESTIMONI


