Mak Ayah Menyesal Tak Tahu 5 Kesan Bahaya Gadget Ni Pada Anak!

Kebanyakan ibubapa sekarang memberikan gadget khusus kepada anak - anak, kononnya supaya anak - anak duduk diam, tidak kelihatan nakal melompat sana sini. Kalau anak yang masih kecil banyakkan aktiviti yang meningkatkan motor skills. Bukan tak boleh langsung tapi masalah yang berlaku adalah lepas tangan selepas berikan gadget kepada anak sehingga tiada pemantauan yang rapat.

Namun sebagai ibubapa juga perlu tahu KESAN BURUK apabila anak - anak terlalu terdedah dengan gadget secara BERLEBIHAN.

1. Gangguan perhatian

Apabila anak terlalu fokus pada gadget, ini menyebabkan gangguan kepada anak - anak, membuatkan mereka TIDAK MENDENGAR apabila ibubapa panggil. Semua perkara tak dipedulikan bila ada gadget di tangan.

2. Mengganggu tidur anak

Skrin smartphone/ gadget mengeluarkan bluelight yang mengganggu pengeluaran hormon melatonin, iaitu hormon yang mengawal tidur dan bangun kita. Prof Muhaya mencadangkan, sejam sebelum masa tidur, jauhkan anak dari apa - apa gadget untuk mendapatkan tidur yang berkualiti

3. Berkelakuan buruk

Masalah emosi boleh disebabkan oleh gadget. Jika sudah menjadi tabiat mereka bermain dengan gadget sahaja, kanak - kanak yang tidak dapat membezakan baik buruk ini sukar untuk mendengar kata ketika leka bermain. Juga bukan mudah untuk mendapatkan kembali gadget apabila sudah dalam genggaman mereka. Jika tidak diberi, pasti akan mula TANTRUM seperti mengamuk dan baling barang.

4. Masalah akademik

Seperti remaja, kanak - kanak juga ketagihan penggunaan gadget. Apabila terlalu kerap bermain gadget sehingga mengabaikan apa yang patut mereka lakukan termasuklah belajar. Ini menyebabkan mereka terkebelakang berbanding kanak - kanak yang lain.

5. Masalah pertuturan dan perkembangan bahasa

Apabila kurang berinteraksi, anak akan menjadi lemah dalam pertuturan dan akan lebih mendiamkan diri. Keyakinan diri mereka juga akan berkurangan kerana mereka lebih suka hidup dalam gadget mereka.

Anak-anak ni sebenarnya ibu ayahnya lah yang mencorakkan kehidupan dan keperibadian mereka. Jika banyak masa diluangkan dengan gadget, tak mustahil lagi banyak yang mereka belajar dari Youtube/game berbanding dari apa yang kita ajarkan kepada mereka. Jika video baik-baik yang lalu, Alhamdulillah. Tapi jika iklan dan video yang tak senonoh yang mereka TERtengok setiap hari, nak salahkan siapa? Fikir-fikirkan.

Nak bagi anak main henfon tak ada salahnya, tapi perlulah BERPADA-PADA dan TIDAK BERLEBIHAN. Sebagai ibu bapa, kita kena jadi lebih kreatif dalam memberi pendidikan kepada anak zaman kini. Lagi pula sekarang ni kita dan anak-anak kita terperuk seharian dalam rumah disebabkan lockdown. Dari beri anak main henfon sepanjang masa, boleh isi masa lapang mereka dengan aktiviti seni, lukisan, mewarna, main block permainan, dan sebagainya. Aktiviti seperti ini nampak biasa tapi sebenarnya ia boleh merangsang minda mereka untuk berfikir, menyelesaikan masalah dan critical thinking disamping boleh merapatkan BONDING anatara ibubapa dan anak

Dalam pada waktu sekarang ini, jomlah kita manfaatkan masa lapang anak - anak kita tu dengan MENGASAH BAKAT SENI mereka dengan mengikuti KELAS SENI ARTMAN bersama kami. Satu kelas RM 70, kalau daftar dengan pakej, boleh dapat HARGA DISKAUN. Klik sahaja ADD SELECTED TO CART di bawah untuk daftar.

 


Related Posts

Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Tanpa kita sedar, sebenarnya melukis merupakan aktiviti yang luar biasa. Mungkin bagi sesetengah individu mengganggap...
Read More
Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Ada tak dekat sini mak ayah yang beri 'GADGET TIME' untuk anak, instead of beri anak pegang gadget sendiri? Dalam dun...
Read More
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Mak ayah ada tak anak yang setiap kali nak ke sekolah je mulalah buat perangai, tantrum dan beri banyak alasan? Pasti...
Read More

Filter
Mak Ayah Menyesal Tak Tahu 5 Kesan Bahaya Gadget Ni Pada Anak! - Saiful Nang Academy
Mak Ayah Menyesal Tak Tahu 5 Kesan Bahaya Gadget Ni Pada Anak! - Saiful Nang Academy