Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Mak ayah ada tak anak yang setiap kali nak ke sekolah je mulalah buat perangai, tantrum dan beri banyak alasan? Pastinya mak ayah akan periksa dulu bila perkara ni berlaku untuk pastikan anak dapat ke sekolah.
Antara masalah yang dialami oleh anak - anak begini selalunya selain tidak sihat ialah tidak siap kerja sekolah. Tapi ada juga sebab lain yang mungkin kita terlepas pandang iaitu LEMAH MOTOR SKILL
Tanda yang dapat kita lihat ialah bila mereka cepat penat menulis. Ini kerana otot lengan mereka MASIH LEMAH, oleh itu mereka ada masalah utk memegang pensel dengan betul. Bila ada masalah untuk pegang pensel, nak menulis cepat pun masalah dan akhirnya kerja lambat siap, apa yang cikgu tulis di papan putih juga tidak dapat disalin kesemuanya.
Cikgu pula kalau anak murid tidak buat kerja sehingga selesai pastinya akan marah. Jadi, sebab itulah kita kena periksa semula sebab apa anak kita tak mahu ke sekolah, dan jangan terus kita nak persalahkan cikgu bila anak kita dimarahi.
Sebab itu pentingnya kita latih motor skill anak DARI AWAL, supaya tidak berlaku masalah seperti ini bila mereka dah mula ke sekolah. Sayang sangat kalau mereka ketinggalan daripada kawan - kawan yang lain.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan motor skill anak ialah seperti berikut:
1) Mewarna
2) Melukis
3) Menggunting dan sebagainya
Bagi ibubapa yang ingin meningkatkan tahap motor skill anak - anak di hujung minggu, boleh sahaja daftarkan mereka ke KELAS SENI ARTMAN bersama kami. Ada 3 kelas menarik sesuai untuk anak berumur 5-12 tahun. Kelas pun online sahaja, tak perlu risau kalau duduk jauh pun.
Dalam kelas seni ini, anak - anak akan diajarkan cara untuk hasilkan komik mudah, teknik mewarna menggunakan pensel warna dan oil pastel dengan betul. Anak - anak mesti teruja dapat lihat hasil kerja masing - masing nanti.
Klik sahaja button ADD SELECTED TO CART di bawah untuk dapatkan harga DISKAUN bagi setiap pakej yang disediakan.