PdPR Lepas Raya, Ini Tips Elak Anak Bosan Belajar Di Rumah

Bila kes Covid-19 makin meningkat, keadaan ini amatlah membimbangkan ibubapa terutama yang menghantar anak ke sekolah. Oleh itu, pihak kerajaan mengambil keputusan untuk meneruskan sesi pembelajaran dengan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). 
.
Bila duduk di rumah, adakalanya anak - anak akan lebih CEPAT BOSAN untuk belajar kerana ada banyak perkara yang MENARIK PERHATIANNYA seperti televisyen, gadget, barang mainan kesukaan dan lain - lain.
.
Sebenarnya ada caranya untuk elakkan anak cepat bosan ketika belajar. Teruskan baca tips di bawah.
.
1. Cipta susana seronok utk belajar
.
Antara yang boleh dilakukan supaya anak - anak tak bosan untuk belajar ialah dengan membuat satu permainan yang boleh dikaitkan dengan pembelajaran mereka. Misalnya subjek Matematik, kita boleh fahamkan mereka berkenaan tajuk wang dengan aktiviti jual beli. Untuk tajuk bentuk geometri, boleh fahamkan dengan aktiviti origami. Dari situ anak - anak nampak apa yang dipelajari secara akademik dapat dilihat dalam bentuk praktikal. Begitu juga dengan subjek yang lain, yang penting ibubapa perlu fikirkan idea yang kreatif.



2. Susun jadual
.
Jangan suruh anak belajar setiap masa, susun jadual untuk bahagikan masa belajar dan aktiviti lain seperti kerja - kerja di rumah, luangkan masa untuk hobi mereka seperti melukis, mewarna dan lain - lain agar mereka tidak bosan.



3. Beri reward jika rajin belajar
.
Antara yang boleh buat anak jadi lebih minat untuk belajar ialah bila diberikan reward. Antaranya ialah memberi pujian, masak makanan kesukaan anak dan macam - macam lagi. Jangan biasakan beri reward dalam bentuk gadget, susah nanti kalau mereka dah terlalu fokus dan 'melekat' dengan gadget tu.
.
Semoga dengan tips ini dapat membantu ibubapa untuk naikkan lagi semangat anak - anak untuk belajar semasa PdPR kali ini. Banyak manfaatnya bila belajar di rumah ni selain dapat menyelamatkan diri wabak Covid - 19, dapat juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.


Related Posts

Minat & Bakat Seni Anak Ini Boleh Ke Pentas Dunia
Minat & Bakat Seni Anak Ini Boleh Ke Pentas Dunia
Walapun baru sahaja berusia 11 tahun, anak ini memiliki bakat luar biasa dalam menghasilkan lakaran pakaian seperti p...
Read More
3 Langkah Penting Didik Anak Bijak & Kreatif
3 Langkah Penting Didik Anak Bijak & Kreatif
Ramai ibubapa yang anggap anak yang bijak itu mesti cemerlang dalam akademik, boleh skor A setiap subjekTahu tak, per...
Read More
Masalah Komunikasi Punca Anak Tantrum Bila Tak Dapat Gadget
Masalah Komunikasi Punca Anak Tantrum Bila Tak Dapat Gadget
Hari ini ada mak ayah yang BERBANGGA dengan anak yang diberi pendedahan gadget seawal umur 2- 3 tahun cepat kenal A-Z...
Read More

Filter
PdPR Lepas Raya, Ini Tips Elak Anak Bosan Belajar Di Rumah - Saiful Nang Academy
PdPR Lepas Raya, Ini Tips Elak Anak Bosan Belajar Di Rumah - Saiful Nang Academy