Perangai Tak Senonoh Youtuber Ini Buat Parents Wajib REPORT Sebab Manipulasi Watak Upin Ipin

Baru-baru ini viral di social media mengenai salah satu Youtube account yang menggunakan clickbait thumbnail video Upin Ipin dengan text dan caption yang tidak senonoh dan tidak berkaitan langsung dengan video yang dipaparkan. 

Gambar depan video guna watak dalam kartun animasi Upin Ipin, dah tentulah yang berminat nak click ialah anak kecil. Anak-anak sekarang pun dah canggih ada smartphone setiap sorang. Bagi ibu bapa yang masih tak faham gambar apa yang kami sedang cakapkan, boleh rujuk gambar di bawah. 

Jika dilihat, video dengan thumbnail tersebut mempunyai jutaan viewers. Content video main game GTA tapi kenapa perlu letakkan thumbnail sebegitu? Semuanya untuk tujuan clickbait sahaja. Anak-anak ni tahap ingin tahu mereka tinggi, jadi mana yang tak elok ni boleh la kita cegah awal-awal sebelum terlambat. Jadi kami nak kongsikan kepada semua ibu bapa cara nak report video begini sampai account Youtube dia kena block. 

Pergi ke account Youtube beliau di SINI, kemudian cari butang 3 titik seperti yang dalam kotak merah. 

Kemudian, click Report. 


Pilih Spam or Misleading, dan kemudian pilih Misleading Thumbnail. Kemudian, click Next. 

Di bahagian ini boleh tuliskan yang bersesuaian seperti contoh di atas. Kemudian, boleh tekan Report. Boleh juga ulang step ini untuk video-video beliau yang lain.

Buat ibu bapa, perlu juga sentiasa pantau kegiatan aktiviti digital anak-anak kita. Video apa yang mereka search di Youtube, video apa yang mereka tonton di Youtube serta di social media yang lain juga. Sekarang ini duduk dalam rumah pun belum tentu selamat lagi jika tidak dibendung dari sekarang. 

Kalau taknak anak-anak terlalu asyik dengan gadget, ibu bapa boleh juga daftarkan anak-anak ke kelas seni. Banyak manfaat dari segi akademik dan non-akademik yang boleh anak-anak dapat dari aktiviti seni seperti melukis, mewarna, origami dan aktiviti seni yang lain. Kita lah yang mencorakkan masa depan mereka. Boleh klik saja di gambar ini untuk daftarkan anak-anak dalam kelas Komik Kartun dan kelas Teknik Mewarna dengan kami hujung minggu ini. 

 



Filter
Perangai Tak Senonoh Youtuber Ini Buat Parents Wajib REPORT Sebab Manipulasi Watak Upin Ipin - Saiful Nang Academy
Perangai Tak Senonoh Youtuber Ini Buat Parents Wajib REPORT Sebab Manipulasi Watak Upin Ipin - Saiful Nang Academy