8.4 Juta Terima Bantuan Telefon Pintar Dan Sambungan Internet Melalui Jaringan Prihatin
Program ini bertujuan untuk membantu sekitar 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih. Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan untuk program tersebut.
Program Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta dua belas (12) syarikat telekomunikasi di Malaysia, iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.
Semua warga Malaysia yang layak boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi terpilih dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021. Setiap individu atau isi rumah hanya boleh membuat sekali tuntutan sahaja.
Pemohon boleh mendaftar di mana-mana syarikat komunikasi terpilih. Pelbagai jenis pelan yang ditawarkan oleh setiap syarikat komunikasi di bawah Program Jalinan Prihatin ini.
Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan, iaitu:
Subsidi 1: Subsidi pelan data bulanan; atau
Subsidi 2: Subsidi pembelian pakej peranti mudah alih.
Manakala penerima yang layak terdiri daripada 2 kategori yang akan mendapat tawaran subsidi seperti berikut:
1. Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun:
- RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
- RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.
2. Penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun:
- RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
- RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.
Dengan adanya bantuan seumpama ini dari Kerajaan, sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah dan memerlukan peranti serta sambungan internet pada musim PDPR ini.
Cara memohon bantuan dan maklumat lanjut boleh layari website Jalinan Prihatin ini.