JANGAN SALAHKAN ANAK, INI 3 PUNCA ANAK DEGIL

Setiap mak ayah memang mahukan anak - anaknya menjadi yang terbaik. Tapi bukan semudah yang disangka, memang banyak CABARAN yang perlu dilalui, dari kecil, sampailah dewasa.
Dalam musim PKP, PKPD ni, memang seluruh ahli keluarga perlu berada di rumah. Memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi bagi seorang ibu untuk kawal anak disamping buat tugasan harian, lagi - lagi menguruskan anak yang agak degil.
.
Adakah kita nk teruskan salahkan anak atas sikap degil ini, ataupun kita perlu CHECK diri kita? Ketahui 3 punca yang menjadikan anak degil
.
1. KESIBUKAN KERJA
Memang tugas kita sebagai ibubapa ni sangat banyak, lagi - lagi bila sebelum musim Covid ni, nak menguruskan rumah, nak cari rezeki, nak masak, bayar bil dan sebagainya sehinggakan masa bersama anak dan keluarga yang diluangkan AMAT SEDIKIT sekali. Tahu tak, yang anak - anak ini perlukan QUALITY TIME untuk bersama dengan kita? Ianya tak perlu lama pun, sekadar kita ambil sedikit masa sahaja dalam sehari untuk anak kongsikan apa yang mereka belajar, apa masalah yang dialami sudah cukup. Masa yang berkualiti itu tidak diukur berapa lama, tapi ISINYA yang SANGAT BERMAKNA. Dari situlah boleh mengeratkan hubungan kasih sayang keluarga.
.
2. KURANG PERHATIAN
Bila kita dalam kesusahan/ kebuntuan, kita perlukan seseorang untuk kita luahkan untuk mencari penyelesaian. Begitu juga dengan anak - anak. Adakalanya mereka tidak tahu meluahkan, ibubapa lah yang perlu bijak MEMBACA TANDA dari segi body language anak. Kalau mereka ni kelihatan diam sahaja, mesti ada sesuatu perkara yang dipendam. Selagi kita tidak cuba dekati hati anak ini, selagi itulah mereka terus memendam dan lama - kelamaan hati mereka menjadi KERAS. Itulah puncanya mereka jadi lebih DEGIL kerana kita yang tidak mahu dengar pun isi hati mereka.
.
3. KURANG TARBIYAH
Secara mudahnya, tarbiyah ini adalah pendidikan. Pendidikan bukan hanya pada guru disekolah sahaja, sebenarnya pendidikan daripada IBUBAPA itu sendiri lagi penting kerana anak membesar dengan kita. Pendidikan utama yang perlu dididik adalah AKHLAK. Sekiranya cara didikan kita terhadap anak terlalu kasar, memang kasar lah anak kita itu, bahkan boleh jadi lebih teruk daripada kita satu hari nanti. Jika terlampau nak marah sahaja setiap masa, anak pun akan STRESS. Perlu seimbangkan GARAM & GULA dalam pendidikan. Ada masa bila anak buat kebaikan, wajarlah untuk kkita berikan KREDIT kepada mereka tanda mereka DIHARGAI.
.
Harus diingat, anak itu ibarat kain putih. Oleh itu, bagaimana WARNA atau CORAK yang terhasil itu adalah daripada tangan kita SENDIRI. Semoga ibubapa semua tidak berputus asa dalam mendidik anak - anak menjadi insan yang hebat dan berjaya.
.
Bagi ibubapa yang berminat untuk mengisi masa lapang anak - anak di hujung minggu, boleh daftarkan ke KELAS SENI ARTMAN kami. KLIK SAHAJA GAMBAR DI BAWAH INI UNTUK MENDAFTAR

Related Posts

Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Ada tak dekat sini mak ayah yang beri 'GADGET TIME' untuk anak, instead of beri anak pegang gadget sendiri? Dalam dun...
Read More
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Mak ayah ada tak anak yang setiap kali nak ke sekolah je mulalah buat perangai, tantrum dan beri banyak alasan? Pasti...
Read More
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
Ramai sebenarnya yang dah tahu, gadget ni ada banyak keburukannya untuk anak - anak disebalik kebaikan lain yang kita...
Read More

Filter
JANGAN SALAHKAN ANAK, INI 3 PUNCA ANAK DEGIL - Saiful Nang Academy
JANGAN SALAHKAN ANAK, INI 3 PUNCA ANAK DEGIL - Saiful Nang Academy