Bella : Tip of The Iceberg

Penulis Asal : Fdaus Ahmad
Cerita kebenaran tentang Bella anak SD yang teruk didera
.
Beberapa hari lepas aku ada berbual panjang dengan seorang kawan. Kawan ni aku dah kenal lebih kurang 16 tahun masa aku mula kerja di KLCC. Selain kerja hakiki, dia memang aktif dengan aktiviti NGO rajin tolong orang sana sini.
Lepas aku resign tahun 2013 aku tak jumpa dia dah. Jumpa di FB je atau kadang kadang berborak di wassap. Tapi hari tu dia wassap aku dan bgtau nak ceritakan something. 
.
Something yang dimaksudkan ni ialah cerita kebenaran tentang Bella anak SD yang teruk kena dera (Masa ni isu Bella baru gain momentum di media sosial).
Aku cakap ok call aku anytime kau free, aku bersedia.
.
Tak lama lepas tu fon aku ringing, dan lepas borak ringan lebih kurang kawan aku mulakan cerita;
*Aku tulis dalam point form supaya lebih mudah
.
1. "Aku pergi kondo rumah sewa Bainun cari Bella. Bila aku tahu Bainun kena Covid dan kena hantar ke Sg Buluh, aku jadi pelik sebab budak budak yang 5-6 orang di kondo tu termasuk Bella tu macam mana? Tak test Covid ke? Aku dah lama tak jumpa Bella last jumpa awal tahun ni.
Bila aku nak jumpa Bella Bainun akan mengelak bagi alasan macam macam. Aku pun hairan, Bainun ni dah macam adik aku tapi kenapa dia macam nak taknak aku jumpa Bella? So now Bainun dah ke Sg Buluh, ini peluang aku jumpa Bella!
Tapi macam mana aku nak masuk kondo?"
.
2. "Aku call adik yang setiap hari provide makan ke kondo, aku cakap aku ada nak bagi makanan. Aku dapat pinjam akses kad. That's it masa aku sampai depan pintu, aku terus panggil Bella"
.
3. "Bella keluar dari bilik stor, muka dia lemah, dari depan pintu aku dah nampak penuh luka bernanah di tangan kanan Bella. Masa ni mata aku dah berair - suspicious aku selama ni jadi kenyataan! Patutlah masa aku jemput birthday party dulu Bella tak datang, patutlah Bainun asyik elak bila aku nak jumpa Bella! Patutlah macam ada something wrong!"
.
4. "Aku rasionalkan fikiran, walaupun masa ni air mata dah berambu. Aku tahu inilah bukti aku kena simpan untuk hukum si pendera durjana! Ketar tangan aku onkan video henfon, sebak pecah hati remuk emosi aku masa Bella tanggalkan lengan baju tangan kiri tu.
.
Astaghfirullahalaziem patutlah dia pakai baju luar, penjenayah nak sorok luka yang punya teruk seluruh badan! Ko boleh dengar suara aku menangis nangis dalam video tu, aku tak tahan! Bella yang elok comel beberapa bulan lepas hari ni depan mata aku jadi macam ni, macam binatang kena seksa"
.
5. "Orang pertama aku call masa tu Syed Azmi. Dia tak percaya dan minta aku urus sendiri kalau aku yakin tu kes dera. While dia janji nak call JKM immediately. Aku masa tu dengan luluh hati terus bawa Bella ke HKL, bayangkan 6 jam aku di HKL nak selesaikan urusan Bella, sampai terketar ketar kaki.
.
Nurse HKL punya kesiankan Bella dia belikan nasi goreng kasi Bella makan, nasi tu jatuh 2-3 biji luar bungkusan Bella kutip semula ambil makan. Ya Tuhan betapa lapar Bella, dan betapa punya lama dia tak diberi makan yang sempurna. Di HKL pun aku masih menangis. Husband aku datang bawa biskut etc pun habis semua Bella makan, punya lapar dia.
.
Paling aku kecewa, Syed Azmi tak return call aku. In fact esoknya aku check dengan JKM ada tak sesiapa buat laporan pasal penderaan di RB?
Jawapan pegawai JKM - TIDAK ADA!
Dia janji nak call, tapi malang apa pun tak dibuat.
.
6. "Aku buat laporan polis. Report yang Scrut viralkan tu aku lah yang buat. Aku dapat tahu cerita dari budak budak lain, mungkin semua takut bila aku tahu Bella kena dera. Rupanya Bella setiap pukul 6.30 pagi kena berdiri tepi dinding, tak diberi makan. Kalau nampak dia duduk budak budak lain akan pukul. Yaa pendera Bella bukan sorang, tapi hampir semua 5 orang budak budak yang duduk di kondo Bainun tu terlibat dalam kecelakaan mendera Bella, hari hari! Bella ni sampai derang ikat tangan sumbat dalam stor!"
.
7. "Bella budak baik, budak tak buat masalah, tak kacau orang, tapi kenapa dia kena dera sampai macam tu? Ini bukan setakat dera, ini ATTEMPTED MURDER! Aku akan pastikan semua yang terlibat kena hukum!"
.
8. "And you guess what? Hari ni (hari yang kami berborak) aku dan Kak Mona terima LOD dari peguam Bainun. Dia nak saman kami. Bayangkan aku yang selamatkan Bella yang dah separuh mati kena dera, Kak Mona pula lawan di FB tegakkan kebenaran - sudahnya kami yang nak kena saman. Gila!"
.
9. "Aku dah kontek sorang peguam kawan aku untuk respond LOD tu"
(At this point aku bgtau yang Scrut pun dah sediakan seorang peguam untuk defend)
.
10. "Aku masih trauma. Tak dapat tidor malam, in fact dah jadi depression sejak aku jumpa Bella dalam keadaan menyayat hati macam tu.
Dan kau tahu apa yang paling gila? Bella ditinggalkan dalam keadaan dia positive Covid. Ya Bella positive Covid, tapi orang yang konon konon jaga Bella ni tak nak dedahkan, sebab apa? Kalau Bella keluar konfemlah kantoi KKM nampak kecederaan badan sana sini yang sangat teruk"
*****
Ya tuan puan, kawan aku ni lah hero sebenar yang bersusah payah buat akal nak jumpa Bella, selamatkan Bella bawa ke hospital, buat report polis buat dan segala benda demi Bella.
.
Kalau dia tak jumpa Bella entah kan mati budak tu tak lama lagi.
Semua video yang dirakam, gambar luka luka badan Bella yang didera - kawan aku ni lah yang rekod simpan semua bukti.
.
Kenapa aku tulis tajuk Bella : Tip of The Iceberg?
.
Dengan munculnya kes Bella telah timbul pelbagai persoalan lain;
- Kenapa setelah berbelas hari masih belum ada tahanan?
- kenapa si pendera masih bebas siap boleh saman orang? Adakah dia ada bekap politik?
- kenapa RB boleh beroperasi sebegitu rupa?
- kenapa ramai budak termasuk Bella (SD) dijaga oleh sorang perempuan yang belum berkahwin? JKM benarkan mengapa?
- Dah ada aduan ex RB yang start buka mulut, mereka dulu pun ada yang kena pukul kena dera. Bukti bukti ini sedang dikutip. Siap lah!
- Makin banyak cerita under carpet muncul, yang kalau kita susun infographicnya boleh jadi berselirat dan kompleks.
.
Whatever it is, kita doakan semoga pendera Bella dan sesiapa yang bertanggungjawab dalam isu penderaan kejam ini akan ditangkap segera dan mendapat balasan setimpal di dunia dan di akhirat.
.
Sepatutnya dua malam lepas kami buat live session anjuran Scrut untuk menerangkan naratif sebenar pasal Bella dan RB. Poster dan panel semua dah ready, tapi last minit call off, kawan aku rasa dia masih trauma tak sanggup nak bercerita kepada audience. Cukuplah katanya dia cerita pada aku, Kak Mona, peguam dan Scrut.
.
InsyaAllah kita on di lain masa, bila kawan aku dah gain konfiden.
Atau kita nak panggil Syed Azmi dan Bainun Live sekali?
.

Related Posts

Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Ada tak dekat sini mak ayah yang beri 'GADGET TIME' untuk anak, instead of beri anak pegang gadget sendiri? Dalam dun...
Read More
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Mak ayah ada tak anak yang setiap kali nak ke sekolah je mulalah buat perangai, tantrum dan beri banyak alasan? Pasti...
Read More
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
Ramai sebenarnya yang dah tahu, gadget ni ada banyak keburukannya untuk anak - anak disebalik kebaikan lain yang kita...
Read More

Filter
Bella : Tip of The Iceberg - Saiful Nang Academy
Bella : Tip of The Iceberg - Saiful Nang Academy