5 Tips Anak Dengar Kata Tanpa Jerit
Anak memang satu anugerah yang tidak ternilai, mereka juga adalah amanah besar yang perlu ibubapa bentuk menjadi insan yang berguna.
Tetapi dalam mengharapkan yang terbaik untuk mereka, pasti ada UJIAN & CABARANNYA yang perlu dihadapi seperti degil, tak dengar kata dan sebagainya. Di sinilah ibubapa perlu sentiasa kuat agar tidak MENINGGALKAN ANAK YANG LEMAH di belakang.
Berikut kami kongsikan 5 tips untuk melembutkan hati anak - anak, khususnya buat para ibu yang banyak memainkan peranan dalam pembentukan anak - anak.
1. PANGGIL NAMA MEREKA DENGAN INTONASI YANG LEMBUT
Intonasi memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi. Ini kerana, sebelum anak dapat memahami perkataan, mereka terlebih dahulu memahami intonasi dan amat sensitif terhadap perasaan kita.
Sebab itulah bayi boleh ‘mencebik’ atau menangis apabila kita bergurau dengan berpura-pura memarahi mereka.
Jangan biasakan anak untuk hanya bertindak terhadap JERITAN kita. Ini kerana, anak anda menganggap kita TAK SERIUS dan boleh dilengahkan semasa pertama kali menyuruh mereka membuat sesuatu.
2. BERI PERHATIAN PADA APA YANG SEDANG MEREKA LAKUKAN
Ada masanya, mungkin anak-anak tadi tak bermaksud untuk melengahkan apa yang kita arahkan. Sebaliknya, mungkin mereka rasa tidak didengari.
Contohnya, apabila anak balik sekolah, kita terus suruh mereka mandi tanpa sepatah perbualan atau pertanyaan bersama mereka. Padahal, mungkin mereka melalui hari yang sukar dan amat meletihkan di sekolah tadi. Secara tidak langsung kita MENGABAIKAN perasaan mereka.
Sebagai manusia biasa, mesti kita juga akan sedih dan kecewa apabila rasa kehadiran ini TIDAK DIHARGAI. Jadi, cubalah BERI PERHATIAN terhadap apa yang sedang/ telah dilakukan oleh anak sebelum kita nakm mereka dengar cakap kita
3. ELAK AYAT NEGATIF
Antara ayat negatif yang selalu disebut oleh ibu bapa adalah perkataan ‘JANGAN’ atau ‘TAK BOLEH’. Menurut Noraini Ahmad, penulis buku Kaunseling Kekeluargaan, perkataan ‘jangan’ ini bukan saja menutup ruang untuk berinteraksi, tetapi juga mengundang negativiti pada perkataan seterusnya.
Contohnya: “Jangan malas.” Kadangkala, anak yang rajin pun boleh menjadi sebaliknya kerana tertekan dan bosan apabila dilabel ‘malas’.
Cuba bandingkan pula ayat “Jangan menipu” dengan “Cuba beritahu ibu apa yang sebenarnya berlaku tadi”. Ada perbezaannya di situ, kan?
4. BERI ARAHAN DENGAN JELAS
Adakalanya mungkin kita anggap anak kita ni tak mahu buat apa yang kita suruh, sengaja melambat - lambatkan. Tetapi sebenarnya cuba kita PERIKSA kembali bagaimanakah arahannya yang kita berikan pada mereka?
Kalau terlalu banyak perkara yang perlu dibuat dalam satu arahan, anak juga akan 'jammed', tak tahu nak buat yang mana satu dahulu. Bila salah nanti, akan kena marah pula.
Bantulah mereka dengan memberi arahan yang MUDAH DAN RINGKAS. Berikan pilihan atau alternatif sekiranya ia terlalu sukar. Tetapkan ‘deadline’ supaya lebih mudah mereka memahami kemahuan kita. Contohnya: “Muiz, pergi mandi dalam masa 10 minit. Kita akan makan malam sekejap lagi.”
5. SENTIASA MENDOAKAN ANAK
Selain memperbaiki komunikasi dan hubungan dengan anak, kita juga perlu memperbaiki hubungan kita dengan Tuhan, iaitu Allah yang satu. Dengan cara ini, kita boleh melihat sesuatu dari sudut pandangan yang lebih positif setiap hari.
Walau degil macamana sekalipun anak kita, jangan lupa MENDOAKAN kecemerlangan mereka di dunia dan akhirat kerana doa seorang ibu itu sangat MUSTAJAB. Janganlah jadi orang yang sombong, berusaha dan berdoalah, pasti kita akan dibantu.
Lembutkan hati anak melalui aktiviti melukis yang pastinya membuatkan mereka seronok juga. Daftarkan sahaja ke kelas seni Artman bersama kami dengan klik sahaja button ADD SELECTED TO CART di bawah untuk dapatkan harga DISKAUN melalui PAKEJ ARTMAN