Ibu Ayah Wajib Tahu Kesan Bahaya Gadget Terhadap Kesihatan Mata Anak

Bila anak menghadap gadget lama - lama pun boleh buat mata jadi ROSAK
.
Anak - anak sekarang kalau tak 'melekat' dengan gadget memang tak sah. Lagi kan pula bila belajar pun secara online, memang banyak masa mereka menghadap skrin henfon, iPad, laptop.
Tapi adakah ibubapa tahu, sekiranya tidak pantau penggunaan gadget ini kepada anak - anak, boleh menyebabkan KEORASAKAN MATA juga?
.
1. MATA KERING

Kedudukan anak yang tidak sesuai semasa menggunakan gadget akan menyebabkan masalah mata kering, mata penat dan kesakitan di bahu dan leher.
.
2. PENINGKATAN MIOPIA (RABUN JAUH)

Menurut kajian, kanak - kanak zaman sekarang lebih ramai yang memakai cermin mata berbanding kanak - kanak di zaman dahulu. Ini kerana anak - anak sekarang lebih terdedah dengan gadget terlalu lama. Ianya boleh menyebabkan regangan bebola mata turut berlaku apabila semasa proses akomodasi berlaku pada masa yang sama.
.
3. PENGLIHATAN KABUR

Penurunan penglihatan yang teruk boleh menyebabkan sakit kepala dan penglihatan berganda.
.
Ingat ya ibubapa, bagi mengisi lapang anak, bukan sahaja dengan memberi ruang main gadget sahaja, lebih baik gunakan waktu tersebut untuk buat aktiviti seni seperti melukis, mewarna, origami dan lain - lain.




Filter
Ibu Ayah Wajib  Tahu Kesan Bahaya Gadget Terhadap Kesihatan Mata Anak - Saiful Nang Academy
Ibu Ayah Wajib  Tahu Kesan Bahaya Gadget Terhadap Kesihatan Mata Anak - Saiful Nang Academy