Bagaimana saya ditegur anak saya melalui lukisan.

Memang dari kecil saya galakkan Umar dan Ilyas ni untuk melukis, bukan untuk dia pandai lukis sangat tetapi sebagai satu medium bercerita untuk anak kecil ini.
.
Biasanya saya akan minta Umar ceritakan semula apa yang di lukis dan juga saya akan mengambil masa melihat semula apa yang dilukis.
.
Tujuannya untuk kita lebih mengenali apa yang ada di dalam hati anak kecil ini. Lukisannya kebiasaan berkenaan kartun yang di tonton dan adakalanya berkaitan dengan kehidupan yang sedang di lalui.
.
Dari pemerhatian saya, dari lukisan ini sebenarnya anak kita dapat bercerita perkara adakalanya dia lupa nak cerita pada kita atau dia takut/segan nak cerita pada kita.
.
Dan dari lukisannya ini juga kita dapat melihat kelemahan kita sebagai seorang parents untuk diperbaiki.
.
Bila dia lukis ayah dia main phone maknanya kita dah beri lebih masa pada phone lah berbanding dia. Ahaha.
.
Teguran ikhlas dari anak kepada ayah.
.
Hebat kan lukisan anak kecil ini.
.
Banyak yang kita boleh pelajari dari lukisan anak kecil ini, kita sahaja yang mahu atau tak mahu ambil pelajaran darinya.
.
Syibli Fakih
Kecik2 rajin lukis Son Goku



Related Posts

5 Aktiviti Seni Unik Dan Mudah Yang Ibu Boleh Buat Bersama Anak-Anak Di Rumah
5 Aktiviti Seni Unik Dan Mudah Yang Ibu Boleh Buat Bersama Anak-Anak Di Rumah
Walaupun pergerakan kita terbatas semasa PKP, masih ada aktiviti kreatif yang ibu ayah boleh cuba buat bersama anak-a...
Read More
Tengok YouTube Tanpa Had, Anak Mia Ahmad Speech Delay
Tengok YouTube Tanpa Had, Anak Mia Ahmad Speech Delay
Pelakon Mia Ahmad menyesal kerana tidak menyedari masalah speech delay yang dialami oleh anak sulungnya, Sayf Issa ya...
Read More
Bella : Tip of The Iceberg
Bella : Tip of The Iceberg
Penulis Asal : Fdaus Ahmad Cerita kebenaran tentang Bella anak SD yang teruk didera . Beberapa hari lepas aku ada ...
Read More

Filter
Bagaimana saya ditegur anak saya melalui lukisan. - Saiful Nang Academy
Bagaimana saya ditegur anak saya melalui lukisan. - Saiful Nang Academy