Aktiviti Seni Bantu Anak Lebih Kreatif & Yakin Berkomunikasi

Anak-anak dalam Kelas Komik & Kartun kami yang lepas ini nampak teruja sangat membuat perkongsian komik hasil kreativiti mereka. Yang paling tak disangka, anak-anak comel seusia 5-6 tahun++ gembira memberikan perkongsian, walaupun asalnya, pemalu sangat-sangat!
Memang seni boleh jadi medium untuk anak berlatih jadi bakal 'public speaker' di masa depan.
Yakin menzahirkan idea di atas kertas lukisan, yakin memilih warna yang diperlukan dan yakin juga menceritakan semula tanpa paksaan.
Tugas kita sebagai ibu ayah, cuma bantu berikan galakan dan sokongan. Selebihnya, kami bantu anak kembangkan lagi potensi diri dalam kelas 2 jam setengah - 3 jam ini.
Aktiviti mewarna pun anak-anak suka. Selain menggembirakan, aktiviti ini jadi terapi minda kepada anak-anak juga. Tak adalah stress sepanjang hari bersekolah dan mengikuti pembelajaran online dan offline, kan?
Bila anak ikuti aktiviti melukis dan mewarna, ini sebenarnya latihan untuk fokus selesaikan tugasan. Bicara amal, bicara hasil. Kalau fokus, lukisan pasti akan menjadi dan menarik. 
Aktiviti seni juga boleh latih anak untuk ikut arahan. Dalam kelas ini bukan hanya aktiviti melukis dan mewarna sahaja, penerapan adab dan akhlak juga akan dipertekankan. Bila diberi arahan dalam kelas-kelas, anak perlu ikut langkah demi langkah. Tak gopoh dan perlu sopan dalam menuturkan perkongsian, pertanyaan dan maklumbalas bila diminta. Mudahlah nanti ibu ayah bila anak lebih mudah mengikut aturan, kan?
Hasilnya nanti, komik menarik pun boleh terhasil. Kalau tak mampu ikut arahan, mana nak dapat siapkan komik.
Kelas Komik Kartun (sesuai untuk anak-anak berusia 5-12 tahun), tapi anak berusia 17 tahun ini pun boleh dapat manfaatnya. Seni tak terhad kepada sesiapa, sebenarnya. Kami pun ada juga buat Kelas Teknik Mewarna, sesuai jika nak ada kelas kesinambungan dari kelas Komik Kartun sebelumnya. Dah belajar melukis, kita belajar mewarna pula. 
Cikgu Izzah dan Cikgu Aina yang ceria dan sentiasa tersenyum akan bimbing anak-anak dalam kelas-kelas nanti. Selain sangat kreatif dan banyak ilmu nak dikongsikan, mereka juga sudah terbiasa menguruskan adik-adik asnaf dan yatim di Rumah Pengasih Warga Prihatin seramai 130 orang. Jadi, peserta seramai 90 orang dalam setiap batch kelas masih boleh diuruskan mereka. 
Lihat sahaja sebahagian mereka yang telah menyertai kelas-kelas ini, sebelum ini.
Alhamdulillah, dah 3 batch berlangsung, Batch 4 MASIH DIBUKA untuk KELAS KOMIK & KARTUN. Kelas Teknik Mewarna pula baru diperkenalkan atas permintaan ramai. Boleh daftarkan anak segera sebagai HADIAH kepada mereka.
Inilah antara HOBI MENARIK yang jadi salah satu yang dinilai dalam temuduga kemasukan pelajar di University of Cambridge, United Kingdom. Bermakna, ianya bukan saja-saja tetapi PERLU untuk keseimbangan emosi, mental dan fizikal anak-anak untuk membantu mereka memacu dalam pembelajaran dan kehidupan.
Jom ibu ayah, daftarkan terus anak-anak dalam kelas-kelas ini! Setiap kelas cuma limited kepada 90 orang sahaja.. Ibu ayah boleh klik je di gambar bawah ni dan daftarkan anak cepat-cepat sebelum slot habis. Kalau nak daftarkan untuk anak 2,3 orang cuma perlu buat bayaran RM50 sahaja. Nanti masa kelas boleh kongsi-kongsi screen dengan adik beradik yang lain.


Filter
Aktiviti Seni Bantu Anak Kuasai Kemahiran dan Keyakinan Berkomunikasi serta Cemerlang dalam Kehidupan - Saiful Nang Academy
Aktiviti Seni Bantu Anak Kuasai Kemahiran dan Keyakinan Berkomunikasi serta Cemerlang dalam Kehidupan - Saiful Nang Academy