Anak Tak Dapat Ke Sekolah, Ibu Bawa Sekolah ke Rumah Guna Smartphone
Ibu, guru pertama bagi anak-anak. Tiada siapa dapat menyangkal hakikat ini. Dari dalam kandungan si ibu jugalah yang memastikan anak mendapat yang sebaiknya sebagai bekal kehidupan. Sebab itulah, walau bagaimana lelah pun, ibu jugalah yang perlu kuat demi anak.

Seperti yang dikongsikan ini, ibu muda ini menggunakan sepenuhnya smartphone android miliknya untuk membantu PdPR kesemua 3 anak yang bersekolah dan untuk semua urusan pengajaran dan pembelajaran serta urusan hariannya.

Bukan mudah mempunyai 9 orang anak dan dalam masa yang sama memastikan kebajikan dan pendidikan mereka terjaga, terutamanya dalam musim PKP yang masih berlarutan sehingga sekarang. Namun, kesungguhan ibu ini membuktikan dengan kesungguhan dan azam yang kuat, ianya adalah BOLEH.
Mungkin ibu-ibu di luar sana, jika tak dapat meniru sepenuhnya apa yang dikongsikan, boleh mula dahulu dengan mengambil sedikit dari cara bagaimana Pn Nor Salina bt Hairan surihati kepada Ustaz Mohd Kamal b Nasirudin ini lakukan kepada anak-anak yang bersekolah di rumah sepanjang PKP 2021 ini.
Kelas PdPR


Menggunakan 100% smartphone android dan guna apa yang ada, Pn Nor Salina dan keluarga menjalani PdPR di sepanjang musim PKP di rumah mereka.

Umarul Mujahid 10thn, Khaulatul Mujahidah 8 thn dan Rufaydah Az-Zahra 7 thn yang bersekolah dari rumah telah mendapat sokongan sepenuhnya dari 'Umi' dan 'Abi' mereka dan menganggap ianya adalah satu proses yang perlu dan mengadaptasi sebaiknya dengan keadaan semasa.
Yang menariknya, walaupun anak-anak tak dapat ke sekolah, Pn Nor Salina berusaha 'membawa sekolah ke rumah mereka' dengan konsep-konsep menarik yang ada di sekolah dalam PdPR di rumah.
Bahan Bantuan Pengajaran dan Pembelajaran
Pn Nor Salina menyediakan sendiri bahan bantuan pengajaran mengikut silibus sekolah dan seperti usaha seorang guru berdedikasi, Pn Nor Salina juga sehabis baik menyediakannya sendiri dengan bantuan anak-anak bagi memastikan proses PdPR anak di rumah berjalan lancar. Bahan-bahan diambil dari pelbagai sumber yang boleh dilayari menggunakan browser yang ada pada smartphone kegunaannya.
























Nak belajar macam mana guna smartphone kita boleh rakam gambar anak bersekolah di rumah cantik-cantik? Boleh lancarkan PdPR anak dan boleh dijadikan kenangan sampai bila-bila.