5 Cara Orang Jepun Didik Anak Jadi Kreatif

Bila cakap tentang orang Jepun, automatik dalam pemikiran kita akan nampak satu negara yang maju, negara yang bersih. Negara mereka boleh jadi begitu tidak lain kerana rakyatnya yang berdisiplin dan sudah pasti mempunyai pemikiran yang KREATIF.

Jika dibandingkan dengan negara - negara lain, rakyat Jepun boleh dikatakan berada dalam kelas yang pertama. Apakah rahsia mereka dalam mendidik rakyat untuk jadi BIJAK - BIJAK belaka?

Di sini kami kongsikan antara 5 cara orang Jepun mendidik anak - anak mereka supaya menjadi seorang yang kreatif sejak kecil.

1. BERIKAN KATA - KATA YANG POSITIF

Dalam waktu yang tenang seperti waktu tidur, ianya adalah waktu yang terbaik untuk kita sampaikan kata - kata yang baik, positif kepada anak. Ianya perlu bermula sejak anak masih bayi lagi. Walaupun kita sangka anak tidak memahami apa yang kita sampaikan, tetapi sebenarnya AURA itu sampai kepada mereka.

2. BIASAKAN MEREKA DENGAN KERTAS DAN PENSEL WARNA

Biarkan anak bebas menconteng kertas walaupun pada peringkat awalnya tidak nampak apakah gambaran sebenar apa yang mereka nak hasilkan, kerana melalui aktiviti lukisan mampu meningkatkan kemahiran motor halus (fine motorskill) dan juga merangsang OTAK KANAN mereka yang mana sangat bagus untuk meningkatkan kreativiti anak - anak.



3. JANGAN TENGKING ANAK

Sekiranya anak membuat kesilapan sekalipun, janganlah sesekali menengking mereka dan melepaskan kemarahan secara tiba - tiba tanpa penjelasan yang membuatkan mereka faham. Ini akan membuatkan anak lebih MEMENDAM rasa seterusnya menghalang mereka untuk mencuba perkara baru kerana sudah KURANG KEYAKINAN dalam diri, lebih - lebih lagi apabila nak berhadapan di khalayak ramai.

4. GUNAKAN TEKNIK IMAGINASI

Perasan tak, anak - anak kecil ni sangat gemar bercerita. Ini kerana tahap imaginasi mereka sangat tinggi. Sesetengah ibubapa ada yang tidak mengendahkan apa yang diceritakan oleh anak, akan tetapi janganlah kita berbuat sebegitu juga. Sebaliknya, jadilah pendengar yang baik untuk latih anak menyambung cerita mereka. Dari situ juga dapat melatih otak kanan mereka. Nak lebih baik, ibubapa juga boleh galakkan anak - anak untuk menyampaikan PELAJARAN/ nilai murni dihujung penceritaan mereka.

5. BERMAIN TEKA - TEKI

Aktiviti ini kelihatan santai, tetapi sangat bagus untuk mengaktifkan otak kanan anak untuk berfikir secara kreatif sekaligus menambah pengetahuan mereka juga.

Menarik, kan? Mudah rupanya caranya. Yang penting, ibubapa juga perlu BERI KERJASAMA untuk jadikan anak KREATIF ni. Boleh sertai mana-mana kelas seni kami seperti jadual di bawah:

SABTU | 29 JANUARI 2022
10.00am - 1.00pm Kelas Komik Kartun
2.00pm - 4.30pm Kelas Teknik Mewarna


Bagi ibubapa yang berminat untuk latih kreativiti anak di hujung minggu, bolehlah daftarkan ke KELAS SENI bersama kami. Klik sahaja button ADD SELECTED TO CART di bawah untuk mendaftar mengikut PAKEJ YANG LEBIH MENJIMATKAN yang disediakan dan dapatkan harga DISKAUN.


Related Posts

5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
Ramai sebenarnya yang dah tahu, gadget ni ada banyak keburukannya untuk anak - anak disebalik kebaikan lain yang kita...
Read More
Filem Pendek Raya 2022: Anak dibuang Cari Ibu yang Membuangnya
Filem Pendek Raya 2022: Anak dibuang Cari Ibu yang Membuangnya
Kisah Kimi pernah viral 6 tahun lalu iaitu, seorang anak yang dibuang ibunya dan menderita hidup dalam angan-angan se...
Read More
Anak lebih peka bila lebih awal didedahkan dengan warna
Anak lebih peka bila lebih awal didedahkan dengan warna
Persekitaran yang berwarna-warni membawa kesan yang besar kepada pemerhatian, pemikiran dan ingatan kanak-kanak. Kana...
Read More

Filter
5 Cara Orang Jepun Didik Anak Jadi Kreatif
5 Cara Orang Jepun Didik Anak Jadi Kreatif