8 Tips Penjagaan Luka Lepas Berkhatan

Hujung - hujung tahun ni, selain daripada musim orang kahwin, cuti sekolah, tidak ketinggalan juga menjadi musim BERKHATAN (sunat). Ramai mak ayah yang akan daftar untuk khatankan anak - anak lelaki ketika ini.

Dalam urusan khatan ni, sebenarnya ramai je mak ayah yang tak tahu bagaimana nak menguruskan luka dalam tempoh 'pantang' anak - anak ni, terutamanya ibubapa moden.

Di sini kami kongsikan tips penjagaan luka lepas berkhatan daripada Dr Izad sebagai panduan semua terutama bagi ibubapa yang menguruskan anak - anak.


1. REHAT YANG CUKUP
Selepas sunat, adalah penting untuk dapatkan rehat yang cukup, sekurang-kurangnya 3 hari untuk lelaki dewasa sebelum bertugas semula seperti biasa. Banyak berjalan sejurus selepas sunat boleh menyebabkan bengkak pada kawasan luka.

2. MAKAN UBAT
Doktor akan beri ubat penahan sakit, antibiotik (pembunuh kuman), ubat bengkak untuk dimakan dan krim antibiotik untuk disapu. Sila makan ubat tersebut mengikut jadual yang ditetapkan, supaya luka tersebut cepat sembuh dan jangkitan boleh dielakkan.

3. CUCI LUKA
Cuci luka sunat sewaktu mandi, dua kali sehari dengan cecair antiseptik seperti Dettol. Selepas cuci, lapkan luka dengan tisu atau kain yang kering dan bersih. Sapukan krim antiseptik yang diberi untuk mengelakkan dari jangkitan kuman.

4. PANTANG MAKAN
Adalah bagus sekiranya dapat berpantang makan. Makanan yang “gatal” seperti makanan laut, daging merah, telur dan apa-apa juga yang anda “alergik” adalah tidak digalakkan untuk ambil sewaktu penjagaan luka sunat.



5. MAKANAN YANG DISYORKAN

Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu, ikan haruan adalah bagus untuk penyembuhan luka. Jika tidak mahu beli dan siang ikan haruan yang hidup, anda boleh dapatkan pati ikan haruan dari farmasi. Pati ayam pun bagus untuk diambil.

6. JANGAN CABUT BENANG
Benang jahitan luka sunat akan putus selepas 10-14 hari. Jangan gunting atau putuskan benang luka sunat terlalu awal, kerana ia akan menyebabkan luka sunat tidak dapat melekat dan sembuh sempurna.

7. CECAIR KUNING DI KEPALA
Jika ada mengalami phimosis (glans penis melekat dengan kulup), anda mungkin akan mendapati ada cecair kuning jernih dan keruping terbentuk di kepala dan kawasan luka. Ia adalah normal dan ia bukan nanah. Ia akan tanggal sendiri selepas beberapa hari.

8. RASA NGILU/SENSITIF
Adalah agak normal untuk berasa ngilu atau sensitif apabila kepala glans penis anda bergesel dengan seluar dalam yang dipakai pada awalnya. Rasa tersebut akan hilang selepas beberapa minggu, apabila glans kepala sudah biasa.

Kredit perkongisan artikel: Dr Izad

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibubapa yang menguruskan anak - anak yang berkhatan ini agar tidak berlaku sebarang komplikasi sepanjang tempoh 'berpantang' anak - anak ini.

Bagi ibubapa yang ingin memanfaatkan cuti sekolah anak - anak hujung minggu ini, boleh daftarakan anak - anak ke KELAS SENI ARTMAN untuk sama - sama kami bantu ASAH BAKAT SENI anak - anak ini. Hanya klik ADD SELECTED TO CART di bawah untuk mendaftar di bawah pakej yang disediakan untuk dapatkan HARGA DISKAUN.


Related Posts

Ajar Anak Tidak Malu Kerja Kotor, Satu Hari Nanti Mereka Tak Jijik Menjaga Kita Di Waktu Kita Pikun
Ajar Anak Tidak Malu Kerja Kotor, Satu Hari Nanti Mereka Tak Jijik Menjaga Kita Di Waktu Kita Pikun
Program Artcamp daripada Artman baru sahaja melabuh tirai. Seminggu cuti sekolah digunakan sepenuhnya untuk anak-anak...
Read More
Ajar Anak Setia Bertudung Sebelum Umur 7 Tahun
Ajar Anak Setia Bertudung Sebelum Umur 7 Tahun
Dulu kami fikir, umur bawah 7 tahun masih belum wajib nak bertudung. Masih kanak-kanak lagi kononnya. Namun kami rasa...
Read More
Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ini anak-anak RPWP. Waktu pagi mereka ada sesi akademik di sebelah petang pula mereka membantu mengembala kambing dan...
Read More

Filter
8 Tips Penjagaan Luka Lepas Berkhatan
8 Tips Penjagaan Luka Lepas Berkhatan