Karya Muif Barista Dari Terengganu Diiktiraf National Geographic Dan Apple

Walaupun hanya sekadar hobi namun foto yang diambilnya orang cakap bukan 'kaleng-kaleng' kerana foto dan videonya mendapat pengikhtirafan jenama besar seperti National Geographic dan Apple. Beliau ialah Najmuddin Muif Zulkifli, 26 tahun yang juga lebih dikenali sebagai Muif.

Beliau yang juga seorang pemegang Ijazah dalam bidang Matematik Pengkomputeran ini sebenarnya kerap berkongsi foto dan video di media sosial dan ternyata ia mendapat perhatian ramai.

Menurut mStar, Muif minat mengambil gambar sejak sekolah namun ianya sekadar suka-suka sahaja.

Muif yang kini berkerja sebagai Barista dan menetap di Terengganu sangat teruja dengan kecantikan negeri tersebut. Sesuai dengan jiwanya yang sukakan nature.


Menurut Muif, dia bersyukur apabila dikelilingi rakan yang turut mempunyai minat yang sama sehingga mereka sanggup bergerak ke serata negeri demi mencari kepuasan yang tersendiri.

"Ada kawan yang jenis suka ambil gambar juga. Kami biasanya tiada perancangan. Selalu last minute, terus pergi cari tempat lawa-lawa.

Boleh dikatan gigih juga. Sanggup bangun seawal 3 pagi untuk kejar matahari terbit. Sanggup hiking bukit awal pagi."

Katanya lagi, "Banyak cabaran kalau nak ambil visual dalam air, saya kena menyelam. Kena ambil risiko. Free diving je dalam air."

"Ramai yang mesej, bagi kata-kata positif dan sebagainya. Saya terharu, ada yang kata mereta tak pernah tahu mengenai lokasi-lokasi di Terengganu yang saya tunjukkan dalam gambar dan video."

Untuk rekod, hasil karya Muif juga pernah menjadi bualan ramai apabila videonya terpilih untuk dipaparkan oleh pihak Apple pada tahun ini. Video tersebut telah dipaparkan di Instagram Apple sendiri.

Selain itu, foto di Langkawi yang dirakam oleh Muif juga turut dipaparkan di website National Geographic pada tahun 2020. Foto tersebut terpilih sebagai pemenang dalam Nat Geo Moments of Joy Contest!

Muif berazam akan terus berkarya dan menghasilkan foto dan video yang lebih kreatif serta menarik dimasa akan datang.

Sumber: mStar



Filter
Karya Muif Barista Dari Terengganu Diiktiraf National Geographic Dan Apple - Saiful Nang Academy
Karya Muif Barista Dari Terengganu Diiktiraf National Geographic Dan Apple - Saiful Nang Academy