6 Jenis Objek Di Sekeliling Kita Yang Boleh Dijual Dalam Nilai US Dollar

Eh gambar buah oren ni pun ada orang nak beli ke?
Haa jangan tak tahu, sebenarnya banyak jer objek keliling kita yang boleh kita ambil gambarnya dan jual lepas tu dapat duit dalam US Dollar. Siapa nak bagi duit banyak macam ni time ekonomi tengah tak menentu ni kan.. Cumanya kita kena tahu gambar yang bagaimana dan kat mana nak jual stok gambar gambar kita.

1. SAYUR-SAYURAN / GROCERIES


Selalu je kan kita pergi pasar atau pergi hypermarket? Ha jangan pergi kosong okay. Kita boleh je ambil gambar bawang, ikan, buah-buahan, sayur-sayuran cantik-cantik. Yang penting kena tahu gambar macam mana yg boleh dijual. Make sure komposisinya menarik okay.

 

Contoh macam gambar buah di Chow Kit je ni. Pandai kita susun objek dalam gambar, pandai main colour, pun dah boleh jana income RM50. Zaman sekarang ni, siapa nak bagi kita duit free? Jadi kita kena usaha lebih sikit untuk mendapatkan hasil yang lumayan.. Tak perlu keluar peluh, tak perlu jual dr rumah ke rumah atau jadi salesman, semuanya hanya dihujung jari sahaja. Sambil layan anak main pun duit boleh masuk.

2. TAMAN REKREASI


Kalau kita ada pergi taman rekreasi bawa anak-anak ambil angin boleh la ambil gambar banyak-banyak buat simpanan untuk kita jual di Shutterstock. Penat kejar anak dapat, duit pun dapat. Jangan disia-siakan peluang yang ada depan mata. Atau tak pun, cuba kita check gallery dalam phone kita ada tak gambar lama-lama yang ada dan boleh kita jual.

Ini pula contoh gambar di taman rekrasi yang sudah pun dibeli sebanyak 37 kali. Ya betul, gambar yang kita upload di Shutterstock tu boleh dibeli banyak-banyak kali oleh client yang berbeza. Gambar ini sahaja sudah pun dapat menjana pendapatan sampingan sebanyak RM70. RM70 tu lebih bagus dari 1000 likes yang kita dapat di Instagram. 

3. BUNGA


Gambar bunga-bungaan pun boleh dijual juga. Gambarnya haruslah cantik dan dan clean. Siapa yg nak beli gambar mcm ni? Ha jangan tak tahu, selalu online magazine yg beli stok gambar begini, yang menjalankan perniagan nursery (kebun bunga), persendirian dan berbagai lagi.

4. PENGANGKUTAN AWAM


Ada ke orang nak beli gambar macam ni?

Yes, ADA! Mungkin ada online portal yg tulis article mengenai transportation, atau syarikat yang nak buat iklan dan perlu gambar kenderaan yang cantik (nak hire professional kos tinggi) dan macam-macam lagi keperluan lain. Kalau nak tahu, gambar kita boleh dibeli dari serata dunia. Mungkin ada journalist yang sedang menulis article mengenai public transport dan sedang mencari stock photo yang berkaitan. Kenapa cari gambar online? 

Jimat masa.
Jimat tenaga.
Kos rendah.

5. BANGUNAN PENCAKAR LANGIT


Malaysia kan banyak bangunan tinggi tinggi. Pandai angle gambar yang kita ambil, memang cantik lah hasil gambar kita nanti. Jangan simpan dlm gallery tak buat apa apa, kita upload je dlm website mana tahu untung untung ada org beli. Contoh macam gambar bawah ni sudah dibeli sebanyak 527 kali dengan jumlah jualan bernilai hampir RM 1300. 



6. SERANGGA

Yup, betul! Gambar serangga pun ada yang nak beli. Dan yang best nya gambar kita boleh dilihat bukan saja buyer dari Malaysia, malah dari serata dunia. Jangan terkejut kalau tiba-tiba kita tengok gambar kita keluar di majalah, pengiklanan atau sosial media orang dari negara luar.

Semua TIPS AND TRICKS ni kami akan ajar dalam kelas Fotowang. Satu dunia boleh tengok dan beli gambar kita berkali-kali.

Sambil kerja duit masuk.
Sambil makan duit masuk.
Sambil tidur duit masuk. 
Sambil shopping online duit masuk. 

Kaching Kaching Kaching! 

Taknak ke? Jom lah kami ajarkan cara-caranya.. Klik sahaja gambar kat bawah ni untuk info lanjut. Kelas pula boleh join dan tonton anytime mengikut kelapangan masa kita. Lebih cepat kita belajar, lebih cepat la proses kita nak buat pendapatan sampingan. 



Filter
6 Jenis Objek Di Sekeliling Kita Yang Boleh Dijual Dalam Nilai US Dollar - Saiful Nang Academy
6 Jenis Objek Di Sekeliling Kita Yang Boleh Dijual Dalam Nilai US Dollar - Saiful Nang Academy