Gambar Dari Smartphone Keluaran 5 Tahun Lepas Juara Pertandingan Fotografi Antarabangsa

Teknologi berevolusi dengan begitu pantas sehingga gambar daripada kamera iPhone pun boleh setanding dengan gambar DSLR. Begitulah pandangan István Kerekes yang muncul sebagai juara iPhone Photography Awards 2021. 

Kerekes István, seorang guru fotografi dan jurnalis foto berusia 44 tahun dari Hungary ini baru sahaja memiliki iPhonenya yang pertama. Namun, beliau sudah berjaya membawa balik anugerah daripada gambar yang diambil sendiri dengan iPhone 7 beliau.

Yep, kualiti smartphone zaman sekarang dah jauh beza dengan 10 tahun lepas. Smartphone sekarang kualiti cameranya sudah semakin bagus dan kami sendiri sebagai vlogger RARETV pun memang menggunakan smartphone untuk ambil gambar dan video hampir kebanyakan masa.


Gambar István yang berjudul “Transylvanian Shepherds” telah memenangi 'Grand Prize' dan 'Photographer of the Year' di iPhone Photography Awards tahun ini. Beliau berjaya merakam gambar dua orang penggembala kambing berlatar belakangkan kawasan perindustrian yang sepi dan bersalji di Romania. 

Kata Istvan, beliau mengabadikan momen menarik itu pada 10 Mac ketika berjalan-jalan di kawasan Transylvania untuk mencari penggembala yang boleh diambil gambarnya. Kebetulan, beliau terlihat dua orang penggembala yang sedang mendukung kambing comel berdekatan kawasan kilang baja yang diseliputi salji nipis. 

"Translyanian Shepherds" oleh Kerekes István yang memenangi Grand Prize di iPhone Photography Awards 2021 (Sumber asal: Cult of Mac)

Sebaik sahaja melihat scene yang menarik itu, beliau terus mengeluarkan iPhone 7 dan DSLR untuk mengambil gambar. Kemudian, István membandingkan hasil gambar daripada iPhone 7 dengan gambar daripada DSLR.

Hasilnya?

Tiada perbezaan antara kedua-dua gambar tersebut!

Walaupun István masih mengutamakan DSLR untuk mengambil gambar, namun iPhone tetap ada nilai tambah yang tersendiri. 

iPhone lebih mudah digunakan berbanding DSLR kerana lebih ringan dan boleh dibawa ke mana-mana. Hanya tinggal keluarkan iPhone dan ‘snap’ bila nampak perkara yang menarik untuk diabadikan dalam sekeping gambar.

Jangan tak tahu gambar kita yang berlambak dalam henfon tu boleh jual online tau. Dari memberatkan henfon baiklah jual, dapat juga duit. Nilai jual beli pula dalam US dollar. 

Sebenarnya, kita pun mampu mengambil gambar secantik jurugambar profesional ini dengan smartphone masing-masing. Tetapi ada syaratnya, perlu ada ilmu fotografi dan editing. Jadi guna smartphone jenis apa pun, yang menentukan gambar itu cantik atau pun tak -- ialah orang di belakang camera smartphone itu sendiri. Jom lah kalau nak kami ajarkan cara ambil gambar cantik guna smartphone.

Guna henfon biasa-biasa je?
Tak apa sebab model henfon tak penting sangat. 

Tak pandai ambil gambar?
Takpe, boleh belajar. Kami ajarkan.

Tak boleh commit masa untuk kelas?
Takpe kita bagi akses selama 2 bulan. Boleh tengok bila dah berkelapangan dan boleh tengok video kelas berulang kali sampai faham.

Betul ke boleh pandai ambil gambar nanti? 
Boleh kalau selalu praktis dan ikut apa yang cikgu ajarkan. Nanti gambar boleh hantar dalam Telegram group kita juga untuk cikgu komen.

Ada discount tak?
Ada kalau daftar lebih dari 1 kelas. Discount sehingga RM80 kita beri.

Apa yang perlu ada untuk kelas?
Kelas kita secara online sahaja, cuma perlu sediakan henfon dan buku nota utk catit apa yg cikgu kongsikan. 

Macam mana nak daftar?
Klik jer ADD SELECTED TO CART pakej yang ada di bawah ni.. Pilih 1 pakej yang mana sesuai dengan kita.


Related Posts

5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
Gambar oleh De an Sun Hari ni saya kongsikan serba sedikit idea lokasi untuk fotografi secara santai. Terpulang ke...
Read More
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Gambar oleh Jeremy Bishop Dalam era moden ini, kita sedar perubahan di sekeliling kita banyak berlaku mengikut pereda...
Read More
Ibnu al-Haytham, Orang Pertama Yang Menemukan Konsep Fotografi
Ibnu al-Haytham, Orang Pertama Yang Menemukan Konsep Fotografi
Pada hari ini, dunia fotografi telah berkembang pesat dengan teknologi moden dan canggih. Manusia berjaya memahami ko...
Read More

Filter
Gambar Dari Smartphone Keluaran 5 Tahun Lepas Juara Pertandingan Fotografi Antarabangsa
Gambar Dari Smartphone Keluaran 5 Tahun Lepas Juara Pertandingan Fotografi Antarabangsa