4 Tips Untuk Ibu-Ibu Ambil Gambar Anak Dengan Cantik Guna Henfon

Pejam celik pejam celik, tahu-tahu nanti anak kita dah besar dan nak masuk universiti dah. Jadi semasa mereka masih kecil ni lah ibu-ibu kena ambil gambar mereka banyak-banyak untuk simpan sebagai kenang-kenangan nanti. 

Ambil gambar guna henfon saja sebab henfon lah sering ada dengan kita setiap masa. Nak capture moment anak ni kena cepat, tak dan dah time tu nak pergi grab camera DSLR kita. 

Bagi ibu-ibu yang nak hasilkan sendiri gambar anak kecil kita cantik-cantik, ini kami kongsikan beberapa tips nya.

1. PALING PALING PENTING, pastikan anak dan kita sendiri dalam mood yang baik. 

2. Gunakan cahaya matahari, kalau tiada cahaya matahari gambar kita akan senang blur. Lagi-lagi bila anak-anak kita ni susah nak duduk diam kan.

3. Ambil gambar di awal pagi atau lewat petang, masa matahari dengan kuning cantik dan tidak panas. Dalam bahasa fotografi waktu ini dipanggil Golden Hour. 

4. Belajar tentang komposisi dalam fotografi (rule of third, leadling line, framing dan lain-lain) dan gunakan dalam gambar. 

Manfaatkan gambar yang ibu-ibu dah ambil sejak PdPR dan WFH ni dengan jual gambar tu di platform online. Tak semestinya gambar anak, gambar bawang dan lesung batu kat dapur tu pun boleh dijual. Nak belajar bagaimana caranya boleh klik di gambar. 

Ada banyak lagi sebenarnya ilmu dan teknik untuk dapatkan gambar anak yang cantik walaupun kita guna henfon murah. Ibu-ibu kena ingat, gambar anak kita yang paling cantik bukan datang dari tangan jurufoto profesional tetapi datangnya dari seorang ibu (kitalah tu) yang sentiasa bersamanya. 

Gambar pertama kali berjalan
Gambar pertama kali makan makanan solid 
Gambar pertama kali masuk tadika 
Gambar mereka tidur
Gambar mereka cranky muncung sedepa

Inilah gambar yang paling cantik dan berharga. Kami kongsikan beberapa keping gambar anak-anak yang kami ambil sendiri ambil menggunakan ilmu komposisi dalam fotografi.

 

 

Seronok bila kita dah ambil gambar cantik-cantik ni, jadi jangan simpan dalam henfon jer. Rugi. Ibu-ibu boleh jual gambar-gambar yang kita shoot tu di platform online. Ada banyak tempat yang kita boleh jual gambar online contohnya di Shutterstock, Getty Image, Adobe Stock, Alamy dan banyak lagi. Gambar dan moment anak waktu kecil dapat, duit pun dapat

Yang paling mudah dan paling senang untuk beginner ni platform Shutterstock. Jual beli pula dalam nilai US Dollar. Best kan! Sambil jaga anak, duit masuk. Sambil tidurkan anak pun duit masuk. Cikgu Syibli sendiri dah beribu ringgit dia dapat hasil jual gambar kat Shutterstock. Nak belajar boleh klik 'Add Selected To Cart' di bawah ni je. Boleh pilih pakej mana yang kita nak. 

Sekarang ni dah ada kelas online DAN dengan rakaman yang boleh diulangtonton dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh kita daftar. Boleh pilih masa sesuai nak belajar dan praktikkan ilmunya. Boleh masuk kelas dengan anak-anak sekali dan jadikan sebagai aktiviti hujung minggu kita.

Jangan tunggu lama-lama. DAFTAR TERUS DI BAWAH


Related Posts

5 Kamera Smartphone Terbaik Tahun 2022
5 Kamera Smartphone Terbaik Tahun 2022
Kami percaya, rata-rata pembeli hari ini pasti akan pertimbangkan ciri kamera yang bagus apabila hendak membeli smart...
Read More
Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Gambar oleh Ugur Akdemir Rujukan untuk blog kali ini dipetik daripada laman web rasmi Nikon USA. Kepada pemula fotogr...
Read More
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
Buat mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan smartphone, pasti perlukan aplikasi yang cepat dan mudah untuk me...
Read More

Filter
4 Tips Untuk Ibu-Ibu Ambil Gambar Anak Dengan Cantik Guna Henfon - Saiful Nang Academy
4 Tips Untuk Ibu-Ibu Ambil Gambar Anak Dengan Cantik Guna Henfon - Saiful Nang Academy