Founder Myspace Jual Myspace Harga USD580 Juta Hanya Untuk Jadi Photographer?

Bagi yang lahir pada penghujung tahun 80an hingga awal 90an mesti tahu dan pernah ada account Myspace kan? Dulu Myspace ni macam Facebook lah, social media paling popular pada zaman tu. Di homepage kita siap boleh letak lagu kegemaran, set gambar background cantik-cantik, boleh letak glitter-glitter jadi bila orang buka page kita nanti keluar glitter tu turun macam salji. Haha kenangan sungguh~

Bagi anak-anak muda zaman millennium yang tak tahu, Myspace ni dulu ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Tom Anderson dan Chris Dewolfe. Tahun 2005 hingga 2008 memang Myspace ni antara social media networking yang paling tinggi pengunjung setiap bulan iaitu dalam 75.9 juta orang. Di sini lah remaja pada ketika itu berhubung dengan kawan-kawan dari serata tempat, upload gambar, dengar lagu, dan tak kurang juga menjadi tempat luahan perasaan. 

Kemudian, pada tahun 2009 Facebook muncul dan pengunjung Myspace yang dahulunya dah semakin ramai beralih arah kepada Facebook. Pada tahun 2005, Tom dan Chris membuat keputusan untuk menjual Myspace kepada News Corp dengan harga $580 Million. Tom masih dikekalkan sebagai President tetapi sumber dalaman mengatakan beliau dah tak seronok bekerja under News Corp.

Pada tahun 2009 akhirnya Tom meninggalkan News Corp dan dari sinilah bermulanya 'career' Tom sebagai travel photographer. In fact, Tom juga create account Instagram beliau dengan username; @myspacetom dan masih menggunakan profile photo yang sama sejak zaman Myspace. Siapa yang pernah ada account Myspace sebelum ni mesti kenal Tom Anderson ni sebab Tom ni ialah 'first friend' kita di Myspace.  

 

Sejak Tom dah berhenti kerja dan mempunyai ratusan juta Dollar hasil jual Myspace, Tom membuat keputusan untuk pencen awal. Jadi dia luangkan masa dengan travel dan sambil-sambil itu buat travel dan landscape photography. Kami kongsikan gambar-gambar memukau dari Instagram beliau di sini. Yang paling best, setiap posting gambar-gambar beliau pasti ada kisah menarik yang ingin beliau kongsikan. 



 

 



Filter
Founder Myspace Jual Myspace Harga USD580 Juta Hanya Untuk Jadi Photographer? - Saiful Nang Academy
Founder Myspace Jual Myspace Harga USD580 Juta Hanya Untuk Jadi Photographer? - Saiful Nang Academy