5 Sebab Kampung Adalah Lokasi Terbaik Hasilkan Gambar Landskap Cantik Guna Smartphone

Jangan rasa rendah diri kalau dah kita memang tinggal di kampung. Sambil santai-santai petang, bakar sabut dan masak air kopi dalam cerek di tepi bendang, Nikmat berganda. 

Sebenarnya di kampunglah fotografi landskap terbaik pun kita boleh hasilkan. Kenapa?


1) Bebas dari pencemaran 
Dekat kampung yang jauh dari pencemaran bunyi, cahaya, debu-debu; gambar cantik lebih mudah dihasilkan. Gambar perlukan cahaya yang cukup dan sesuai, barulah akan dapat jadi cantik semuanya. 

2) Guna landskap sedia ada tak perlu guna props tambahan
Guna apa yang ada. Kalau dah memang di tengah-tengah ladang jagung, jagung setongkol tu pun dah boleh jadi 'props' sesuai. Kalau di sawah bendang, gunakan saja jerami kering yang ada banyak di bendang tu. 

3) Bangga hasilkan yang cantik dari landskap kampung sendiri
Kalau bukan diri sendiri, siapa lagi? Orang kampung sebelah pun boleh tumpang bangga sebab ada kampung jiran dengan landskap cantik.

Petang-petang selepas jemput anak balik mengaji, berhenti tepi bendang, shoot sikit, edit sikit guna smartphone yang ada, siap dah. Lawa juga kampung kita, kan?

4) Dapat ketenangan depan mata
Dengan suasana kampung yang mendamaikan, bendang seluas mata terbentang, angin sepoi-sepoi bahasa, bunyi burung berkicau; tenangnya hidup di kampung. Tak macam di bandar bingit dengan bunyi hon segala. Belum dengar bunyi kereta 'berlaga' dan pemandu bergaduh juga. Di kampung, kita jadi lebih sihat mental dan fizikal. Gambar kita pun boleh buat orang bandar meruntun rasa nak balik kampung jadinya!

5) Dapat bantu jana pendapatan untuk kampung sendiri
Kotlah di kampung kita tu ada pengusaha ladang tanaman atau penanam sayur-sayuran, boleh kita bantu mereka perkenalkan hasil tani kepada orang luar. Bila orang tahu dalam kampung kita ada hasil tani, bolehlah mereka yang berhajat bantu membeli.

Kat mana-mana pun dalam dunia ni, bila ada gambar tempat cantik, mesti ada yang nak datang melawat. Ada masa, tempat tu biasa-biasa je, tapi sebab dalam gambar dinampakkan lebih cantik, berjujuk orang datang melawat. Sebab tu travel companies, akan guna gambar-gambar super cantik untuk buat orang geram nak pergi ke tempat tu. 

Kita dah ada kampung dengan suasana cantik, takkan nak lepaskan apa yang ada depan mata, kan? Shoot je guna smartphone kita tu. Ada rezeki, boleh bawa pendapatan kepada seluruh orang kampung.

Jangan bertangguh. Cikgu nak kongsi tips hasilkan gambar landskap cantik, guna smartphone je. Kalau bukan kita, siapa lagi nak 'up' kampung sendiri, kan? Tekan gambar-gambar untuk link ke kelas.

 

 



Filter
5 Sebab Kampung Adalah Lokasi Terbaik Hasilkan Gambar Landskap Cantik Guna Smartphone - Saiful Nang Academy
5 Sebab Kampung Adalah Lokasi Terbaik Hasilkan Gambar Landskap Cantik Guna Smartphone - Saiful Nang Academy