4 Aplikasi Untuk Belajar 'Posing' Yang Semua Usahawan Pakaian Boleh Download

Buat semua usahawan, stokis, agent mahupun dropship kecil-kecilan yang berniaga pakaian tapi tiada modal nak hire model mat saleh harga ribu-riban, boleh la install aplikasi di bawah. Aplikasi ni dia beri kita guideline bagaimana untuk beri posing yang terbaik di depan camera. Kita jadi model untuk produk jualan kita pun boleh juga, banyak boleh jimat kos di situ tak perlu hire studio, dan model. 

Ada banyak kategori posing yang disediakan, kita boleh pilih ikut kesesuaian produk jualan kita. Jadi lepas ni dah tak ada alasan 'tak reti posing' dan tak boleh shoot gambar cantik-cantik, okay? Ini antara 4 apps yang kami sarankan:

1. PINTEREST 

Antara keyword yang boleh di cari di apps ini; 

'Posing guide'
'Posing guide for women'
'Posing guide men'
'Posing guide for women photo shoots'
'Posing guide for women hijab'

Dan keluarlah beratus-ratus gambar posing untuk panduan kita. Paling penting, practice makes perfect. Jika kita beginner untuk posing di depan camera, mungkin memek muka, reaksi, posing kita agak nampak kekok, tapi tak apa. Teruskan praktis dan praktis. 

2. UNSCRIPTED 

Aplikasi ini sebenarnya di bina oleh photographer untuk photographer. Unscripted di design supaya photographer dah tak perlu encounter photoshoot yang awkward lagi. Apa yang best dekat Unscripted ni?

- Ada beratus pose yang boleh dipilih, baik candid pose atau pun photo shoot pose
- Ada banyak kategori untuk setiap jenis photoshoot; dari newborn hingga ke orang tua. 
- Tak perlu internet untuk akses gambar-gambar pose

 3. STRIKE A POSE

Satu aplikasi yang beri tutorial cara untuk posing khusus untuk photographer atau usahawan pakaian. Ada banyak style yang boleh digayakan, boleh scroll dan pilih gaya mana satu yang lebih sesuai dengan product placement kita. 

4. POSING APP

 

Posing App ni pula sesuai untuk belajar melalui photography poses. Uniknya aplikasi ini ialah dia tak gunakan gambar real, instead mereka gunakan drawing. Tujuannya supaya kita boleh mentally visualise model kita melalui drawing poses yang diberikan. 

Ada banyak posing ideas yang diberikan untuk couple, kanak-kanak, group photo mahupun gambar perkahwinan. Ha jadi yang buat bisnes baju kahwin pun boleh juga gunakan aplikasi ini. Kekurangan apps ini ialah kena bayar sikit, itu sahaja.  

 

Sebenarnya ada banyak lagi apps yang ada seperti PopPhoto Poses, Model Poses dan beberapa lagi yang menarik. Tapi cukup dulu kami kongsikan 4 applikasi ini. Dah tahu macam mana nak pose tapi kalau tak reti nak shoot/ambil gambar model pun tak guna juga kan. Kedua-dua kemahiran ini perlu seiring lebih lagi jika kita peniaga kecil-kecilan yang semuanya perlu dibuat sendiri. Nak hire profesional mahal sangat pula, nak hire model pun tak cukup budget, jadi boleh la kita jimat kos dengan shoot sendiri sahaja guna smartphone. 

Pengalaman photography kami melalui salah satu perniagaan fesyen kami, WERDA dan SARC Menswear akan kami curahkan kepada semua. Kami akan ajar ambil gambar model (fashion) hanya dengan menggunakan smartphone. Jadi yang tak ada camera pun masih boleh belajar dengan kami. Kami ajarkan juga apa props yang boleh digunakan untuk shoot fashion (pakaian), apa equipment yang perlu, teknik pencahayaan yang bagaimana, cara editing gambar fashion dan banyak lagi. Nak belajar boleh klik sahaja di gambar bawah ni okay.

 

 



Filter
4 Aplikasi Untuk Belajar 'Posing' Yang Semua Usahawan Pakaian Boleh Download - Saiful Nang Academy
4 Aplikasi Untuk Belajar 'Posing' Yang Semua Usahawan Pakaian Boleh Download - Saiful Nang Academy