Tiktok Untuk Business, YES or NO ?
Baru buat video tak sampai 1 hari dah dapat view beribu, senangya nak dapat view nak naikkan follower dalam TikTok
Elok tak saya buat tiktok untuk perniagaan ?
Jika nak jadi cepat popular dan nak dapatkan ramai follower dengan segera, tiktok adalah platform terbaik kerana Tiktok masih di fasa "growth".
Fasa growth di dalam media sosial ini bermaksud jumlah content sedikit, jumlah pengguna ramai. Maka content yang kita hasilkan di dalam Tiktok lebih mudah mendapat view yang tinggi.
Apa yang sedang berlaku di Tiktok sebenarnya sama seperti yang dilalui oleh instagram ketika awal dahulu.
Persoalan berkenaan perniagaan, sesuai tak ?
YES JIKA :
Yes jika kita melihat demografik pengguna tiktok sejumlah 4 juta orang di Malaysia, majoriti penggunanya di bawah umur 30 tahun. 58% pengguna tiktok di Malaysia pula adalah perempuan.
Jika produk dan perniagaan kita berada dalam lingkungan demografik yang sama, (alat mekap, pakaian untuk orng muda, gadget dll) maka TikTok adalah platform perniagaan yang baik untuk anda.
NO
Tiktok bukan untuk kita jika produk dan perniagaan kita tidak sesuai dengan demografik tiktok itu sendiri. (Contoh : Pakej umrah, tudung labuh, rumah mewah dll )
Ingat dalam perniagaan, pembinaan followers adalah untuk penjanaan duit. Tiada guna follower ratus ribu tapi nak jual sehelai t-shirt pun tak laku.
Quality follower is more important than Quantity.
Tak perlu ikut trend orang, fahami kekuatan sendiri maka kita lebih tahu di mana kita nak membina.
Cikgu Syibli